Susulan penemuan bayi perempuan berusia 17 tahun yang dilarikan dari kediaman keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, awal pagi tadi, polis telah menahan seorang lelaki warganegara Nepal berusia 25 tahun untuk membantu siasatan, lapor Harian Metro.
Suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 8 pagi tadi bersama dengan sebuah telefon bimbit yang dilarikan dalam kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek kemudian membawa kepada penemuan mangsa yang ditinggalkan di satu kawasan tidak jauh dari rumah keluarga mangsa.
"Hasil daripada soal siasat yang kita lakukan akhirnya membawa kepada penemuan mangsa iaitu bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer daripada rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.
"Mangsa yang dalam keadaan bersendirian kemudiannya diselamatkan oleh pihak polis dan kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)," katanya.
Pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu dan kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
BERITA BERKAITAN:
- Aisyah ditemui dalam semak
- Alhamdulillah! Dah jumpa Nur Aisyah
- 'Pulangkan anak saya' - rayu ibu Nur Aisyah
- 'Last Aisyah minum susu pukul 8 malam' - Ibu
- 'Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui' - Bayi perempuan diculik, ibu minta bantuan orang ramai
from The Reporter https://ift.tt/2kSy9mh
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HsJ92z
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment