loading...

Friday, 15 June 2018

'Kalau suami camni takpelah walau miskin tetapi menyejukkan hati'


Apabila bergelar sebagai suami, banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Bukan sahaja fokus mencari rezeki untuk suami, juga membantu isteri menguruskan rumah tangga dan menjaga anak.

Malangnya pada hari ini, tidak ramai golongan suami yang gemar membantu isteri. Realitinya, ramai yang gemar membiarkan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak seorang diri. Ini kerana, ada sesetengahnya sudah diajar sejak dari kecil bahawa kerja-kerja menguruskan rumah tangga ini adalah kerja kaum perempuan. 

Namun tidak pada rakan kepada @Crow_Empire ini yang lebih mengutamakan keluarganya. Walaupun kerjanya tidak seberapa, lelaki ini tetap berusaha mencari pendapatan untuk menyara keluarganya. 

AKU ada seorang kawan berumur 30-an. Dia ada isteri kerja shift sebagai nurse, anak dua orang. Dia ini terkenal di kalangan kawan sebagai lelaki 'tiada duit' sebab ayat 'aku tiada duit' sering keluar dari mulut dia. 

Dia bekerja sendiri, buat sewaan audio sistem orang kahwin dan lighting yang tak seberapa. Kadang-kadang sebulan dua tiada job. 

Dia cuma punya motosikal. Jika ada job, dia akan sewa lori bapa aku atau orang lain. Isterinya pandu Myvi ke tempat kerja. Hari biasanya lebih banyak habis di rumah. 

Rezeki dia, ada rumah pusaka emaknya. Jadi, tak perlu keluar duit untuk tempat tinggal. Tak berduit, duduk di rumah bagi dia adalah perkara biasa. Isteri keluar bekerja setiap hari. 

Tetapi dia ini ada satu perangai yang bagus. Bila ada job, duit akan habis untuk beli barang rumah. "Aku takde duit" nak hantar baju anak bini pergi dobi, dia beli mesin basuh second hand. "Aku takde duit" nak cantikkan dapur. Lebih 8-9 bulan dia simen kabinet dapur sendiri sedikit demi sedikit.

Dia ni, kalau kita ajak lepak waktu bini dia kerja, memang kami terpaksa lepak di rumah dia sebab dia nak jaga anak-anak. Sambil lepak, boleh tengok dia sambil-sambil basuh baju, buat susu, tidurkan anak atau dia akan tinggalkan kami melepak sekejap untuk masak makanan anak. 

Aku pernah beberapa kali buat job dengan dia. Bila aku nak beri payment dia akan kata belanja la, payment lebih sikit, "aku takde duit" ni. Lama tak belanja bini makan di luar. 

Yup, tiap kali payment, dia bawa family makan luar. Family first, he gain my respect. 



Inilah kawan aku. Waktu ini berborak sambil dia mandikan baby boy dia. Dia bukan kira ada kawan ke tak, tanggungjawab perlu dilaksanakan. Sempat dia ajar aku cara betul nak mandikan baby. Kejadah betul. Hahahaha! 

Aku kenal ramai lagi kawan lelaki bergelar suami yang bagus-bagus. Cuba kita kurangkan 'up' yang buruk-buruk. Buka mata dan hati, lihat sekeliling. Banyak contoh lelaki yang masih bertanggungjawab yang boleh kita jadikan pedoman kepada orang lain. 

Kesedaran kita kongsi bersama. 

Sumber: @Crow_Empire


from The Reporter https://ift.tt/2ld014C
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LTkk2t
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...