Terkejut baca pengakuan berani mati seorang pengguna Twitter yang mengakui bahawa dia telah meniduri sepupunya sendiri di pagi raya. Menurut lelaki itu, semuanya bermula dengan usikan nakal yang akhirnya menyebabkan kedua-duanya terlanjur.
Pengakuannya itu mengundang tweet balas dari rakannya yang juga mengakui punyai hasrat yang sama terhadap dua saudara perempuannya. Turut respon sama, seorang lagi lelaki meluahkan keinginan yang sama tetapi terbantut kerana sepupu perempuannya masih kecil.
Tweet jijik itu menerima banyak kecaman netizen di media sosial yang rata-rata meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak serta ahli keluarga sendiri. Mengulas mengenai perkara ini, Mag Malaya Ahmad tampil memberikan pandangannya.
ENGKAU dah tengok satu screenshot dari seorang pengguna Twitter yang menulis soalan dia untuk berjimak dengan saudara/sepupu sendiri di pagi raya?
Seperti yang kita sedia maklum, penyampaian, pemilihan kata dan topik, dan keterbukaan yang ada dalam Twitter di kalangan orang Melayu agak berbeza dengan Melayu yang menggunakan Facebook di sini. Di sana lebih terbuka, lebih liar, lebih ganas dan tak terkawal.
Waktu aku nak terbang ke Guangzhou selepas SPM, bapa aku berkali-kali bagi nasihat jangan pegang dadah, pandang pun jangan. Jangan main pelacur, jangan cuba arak.
Tiga benda ini bapa aku ulang-ulang sebelum aku melanjutkan pelajaran di sini sebab bapa aku tahu, anak yang membesar tanpa kawalan mak bapa di usia remaja, mudah terdedah dengan ajakan sosial yang negatif.
Bila aku tengok screenshot Twitter itu, aku pejam mata. Entah nasihat jenis apa lagi aku nak beri kepada anak perempuan aku yang bakal lahir ini. Entah macam manalah kita ini nak membesarkan anak kita di zaman mendatang nanti.
Tahun 2018 ini pun, orang kita yang beragama Islam tak segan silu tayang minum Hennesey, tak segan silu ambil gambar dengan awek di hotel, tak segan silu nak tweet pasal jimak dengan sepupu.
Bayangkan tahun 2028 punya gila macam mana?
Dulu nak beli rokok sebatang pun takut-takut. Apatah lagi nak merokok di depan orang tua? Zaman sekarang, bapa yang hisap rokok dengan anak remaja adalah satu family yang cool.
Selama aku di Guangzhou, aku dah saksikan macam mana Muslim Turki hadap Ramadhan dengan arak, macam mana budak Arab main perempuan setiap hujung minggu, aku dah saksikan budak Muslim Indonesia keluar masuk kelab, aku dah saksikan macam mana budak perempuan Korea kena jama 3-4 lelaki satu malam, yang Thailand gay, yang lesbian, yang bapuk, yang bertikam sebab kalah judi bola.
Waktu itu aku rasa bertuah betul jadi Melayu sebab Melayu tak seekstrim bangsa lain yang aku nampak di sini. Tetapi bibit demi bibit bangsa kita semakin terdedah dengan perkara yang bagi kita taboo di zaman sekarang.
Ya kita akan nampak kolot kalau tak pergi Zouk, kita akan nampak mundur kalau kita tak bergambar berbikini di Instagram, orang akan cop kita 'so 1990' kalau kita tak open minded.
Okaylah, mungkin masih okay kalau kita sembang pasal seks secara terbuka. Tetapi masalahnya kita ada masyarakat yang cenderung nak berjimak dengan keluarga sendiri di bulan Syawal. Kita ada masyarakat yang buat WhatsApp group pedophile yang share gambar budak-budak bawah umur untuk tatapan nafsu, kita ada awek-awek Melayu yang bertudung yang tak segan silu berbicara tentang batang zakar Zul Ariffin.
Kita dah mula ada semua itu, di depan mata kita sekarang ini. Dan kalau kita tak bicara benda-benda ini di media sosial, lambat laun orang cop kita tak open minded, mundur, lapok, kolot. Kita tak nampak cool kalau kita tak selari dengan zaman.
Entah macam mana lagi kita nak mendidik masyarakat sekarang bahawa tak semua perkara itu harus open. Ada perkara yang kalau kita terlalu open, dia jadi songsang, dia akan jadi taboo. Entah cinta jenis apalah yang sukakan lubang dubur ini.
Tak perlukan kita ambil contoh kaum Nabi Luth itu. Orang makin menjauhkan diri dari agama kalau kita nak nasihatkan mengikut saluran agama.
Kau bayangkan sajalah kau nak besarkan anak perempuan kau itu nanti. Anak-anak saudara lelaki kau ada nafsu ke dia pagi hari raya. Kau bayangkan itu sajalah. Kau bayangkan sajalah, kau kedapatan anak lelaki kau tengah bergomol dengan budak lelaki lain dalam bilik dia. Kau bayangkan sajalah gambar bini kau yang mengandung itu tersebar di group Facebook lelaki gersang.
Kita sekarang berada dalam masyarakat yang 'sick' yang dalam rumah kita nak beraya sesama keluarga pun kita terpaksa berwaspada sesama sendiri.
Sumber: Mag Malaya Ahmad
from The Reporter https://ift.tt/2yuoDPI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2lkBKcW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment