loading...

Friday, 1 June 2018

Jumlah kutipan terkini Tabung Harapan Malaysia, RM18.6 juta


Tabung Harapan Malaysia (THM) kini mengumpul RM18.6 juta sehingga 3 petang ini sejak ia mula dilancarkan Rabu lalu, menurut Kementerian Kewangan yang mengumumkan jumlah terkini tabung itu di Twitternya, lapor Harian Metro.

Setakat 3 petang semalam, tabung berkenaan berjaya mengumpul RM7.07 juta dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dipetik, berkata pihaknya akan terus mengumumkan jumlah kutipan tabung berkenaan pada setiap hari. Selain itu, sumbangan kepada tabung berkenaan juga boleh diberi pengecualian cukai dan penderma diminta untuk menyimpan resit bagi tujuan berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan THM berikutan pengumuman hutang negara mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila ramai menyatakan kesediaan untuk menderma bagi mengurangkan hutang itu di media sosial.


Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga menasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan menyemak terlebih dulu nombor akaun Tabung Harapan Malaysia (THM) sebelum membuat transaksi.

Menterinya Lim Guan Eng berkata, ini bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan. Beliau turut menafikan satu poster yang tular di laman sosial berkaitan nombor akaun THM.

"Nombor akaun yang tertera di poster palsu itu adalah berlainan dengan nombor akaun THM yang bernombor 566010626452 (Maybank) seperti diumumkan sebelum ini.



"Ingin ditegaskan bahawa kementerian akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana bersatu hati dalam membantu meringankan beban hutang kerajaan persekutuan,” katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2sn3LED
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2kDKLO6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...