Semalam heboh di media sosial mengenai seorang ibu mengelar leher anaknya yang baru berusia 19 bulan selepas selesai mengaji Al-Quran. Kejadian itu hanya disedari oleh suaminya selepas terdengar jeritan lemah dari mangsa.
Menurut si suami, isterinya sebelum ini kerap bertanya siapakah yang membunuh anak mereka itu. Rata-rata netizen menganggap apa yang berlaku mungkin berpunca dari si isteri yang 'meroyan' selepas bersalin.
Melalui perkongsian Hyannan Moktar, ada banyak persediaan yang pasangan suami isteri perlu tahu apabila isteri baru lepas bersalin. Bukan sahaja suami, malah orang di sekeliling seperti keluarga dan sahabat juga tidak digalakkan memberi tekanan kepada si isteri yang mengalami perubahan pada badannya. Semoga bermanfaat.
AWAL pagi tadi suami panggil, suruh dengar berita TV3. Riuh rendah rumah dengan auntie dan ayah bercakap. Kak Ratu lagi terkejut bila pemberita kata si isteri tengah mengaji, tiba-tiba ambil anak. Terkejut, tapi tak terkejut. Kenapa?
Sebab sememangnya dari fasa berkahwin, mengandung sehinggalah bersalin adalah perubahan drastik kepada wanita. Baik dari segi tubuh badan, hormon, mental dan fizikal. Kewangan pun menjadi faktor postpartum depressed boleh berlaku.
Meroyan bukan isu lapuk. Benda ini sudah berlaku sekian lama. Cuma dulu, info tidak selaju seperti hari ini. Apa sahaja berita, ilmu dan tips kita boleh Google.
Meroyan jangan dituju pada suami seorang saja sebab bukan suami saja yang boleh menjadi 'sebab' kemurungan si isteri. Keluarga mertua, keluarga sendiri, sahabat, netizen dan bahkan pakcik kedai bawang itu pun boleh menjadi sebabnya. Sikap mahu berlawan-lawan, sikap mahu ada-ada juga boleh menyumbang.
Satu Kak Ratu nak share. Wanita, andai kata memilih untuk berkahwin, wajib tahu yang berkahwin kita perlu ada ilmu. Apa saja, be ready. Siapkan diri dengan perisai.
Macam mana nak ada perisai? Kembali kepada Allah. Sentiasa rujuk pada Allah bila ada masalah. Bercakap dengan Allah, istikharah pada Allah. Buang sifat malu bertanya.
Stress? Jangan dipendam, let it go. Ceritakan kepada suami kerana dia yang paling hampir dengan kita. Selain itu, solat lima waktu. Juga cerita kepada keluarga, apa perubahan yang kita lalui, suka dan duka.
Kak Ratu tahu rasa tertekan. Tapi Kak Ratu memilih untuk bercakap mengenainya. Jangan biarkan diri itu berseorangan bila tengah tension. Buat apa yang kita suka bila kita tengah stress.
Kak Ratu doakan keluarga kita semua sentiasa terpelihara dari bisikan syaitan. Amalkan vitamin untuk menguatkan badan bila mengandung dan dalam pantang. Badan kuat, InsyaAllah kita boleh berfikiran waras.
Sumber: Hyannan Moktar
from The Reporter https://ift.tt/2JPquUR
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2yk4DiO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment