loading...

Monday, 11 June 2018

Silinder gas pemedih mata melekat di mulut lelaki Palestin


Seorang penunjuk perasaan Palestin mengalami kecederaan parah apabila silinder gas pemedih mata yang ditembak tentera Isreal mengenai mulutnya, lapor Reuters.

Mangsa, Haitham Abu Sabla kini diletakkan di Unit Rawatan Rapi dan bergantung pada mesin sistem sokongan hidup.

Dalam kenyataan rasmi Hospital Gaza, silinder yang melekat di mulut Abu Sabla telah berjaya dikeluarkan secara pembedahan. 

Menurut abang mangsa, Mahmoud berkata, dia dan Haitham tidak pernah terlepas menyertai tunjuk perasaan di sempadan Gaza setiap kali selesai menunaikan solat Jumaat. 



Kejadian itu sempat dirakam oleh jurugambar Reuters, Abu Mustafa, 23, yang turut berada di tempat kejadian menyaksikan asap tebal keluar dari mulut mangsa yang juga mengalami pendarahan teruk. 

"Seorang tentera Israel keluar dari sebuah jip tentera lalu menembak gas pemedih mata ke arah sekumpulan penunjuk perasaan. 

"Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri, tetapi di belakang ada seorang pemuda terhuyung-hayang dengan silinder gas pemedih mata melekat di mulutnya dan dia berlari ke arah saya. 

"Saya mula merakam gambarnya sebelum dia terjatuh dan paramedik segera datang menyelamatkan dia. 

"Situasi itu sangat menakutkan, asap gas pemedih mata keluar dari mulutnya," katanya.




Sementara itu, Tentera Israel mengambil maklum mengenai kejadian yang menimpa mangsa dan menegaskan pihaknya menggunakan gas pemedih mata sebagai langkah untuk berdepan dengan penunjuk perasaan di sempadan Gaza. 

Difahamkan, angka kematian rakyat Palestin yang maut dibunuh sejak tunjuk perasaan bermula 30 Mac lalu meningkat kepada 121 orang dan 13,000 lagi cedera.

Hampir 1,000 lelaki, wanita, tua dan muda terus menyertai desakan supaya mereka dibenarkan kembali ke tanah yang dirampas oleh Israel 70 tahun lalu. 


from The Reporter https://ift.tt/2Jw0iyt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2l0i4uT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...