loading...

Thursday, 28 June 2018

Anak berkomplot dengan ibu untuk bunuh bapa kerana tidak benarkan mereka pakai jeans


Seorang isteri dan empat anak perempuannya didakwa bersekongkol mengupah dua pembunuh upahan untuk membunuh suaminya yang merupakan anggota polis demi mendapatkan dana bantuan berjumlah RM465,171.26 dan juga kerana mangsa tidak membenarkan keluarganya memakai jeans, lapor Daily Mail. 

Mayat Meharbaan Ali, ditemui di loji kumbahan di Uttar Pradesh, utara India, kira-kira 250 meter dari kediaman keluarganya, Ahad lalu. 

Selepas mayat mangsa ditemui, polis mula menjalankan siasatan dan meneliti semua video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut untuk membantu siasatan. 

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Zahida Begum, 52, dan anak perempuannya, Saba, 26, Zeenat, 22, Iram, 19 dan Alia, 18, di kediaman mereka di Shahjahanpur.


Daya Chand Sharma, inspektor dari Balai Polis Bazaar berkata, Zahida dan anak-anaknya kecewa dengan tindakan Ali yang melarang mereka memakai jeans. 

"Sejak mayat mangsa ditemui, kami mengesyaki anggota keluarganya terlibat dalam kejadian ini kerana mayat mangsa ditemui kira-kira 250 meter dari kediaman mereka. 

"Rekod panggilan telefon semua ahli keluarga mangsa juga diperiksa dan siasatan mendapati, Zahida kerap menghubungi satu nombor yang sama. 

"Operasi siasatan yang dilancarkan secara besar-besaran dan pemeriksaan pada video CCTV menemui petunjuk penting dalam membantu menyelesaikan kes ini.

"Ketika disoal siasat, suspek (Zahida) mengaku telah mengupah dua lelaki untuk membunuh mangsa," katanya. 


Difahamkan, Zahida membayar RM5,814 kepada dua lelaki terbabit dan bakinya akan dibayar menggunakan duit gaji mangsa yang disimpan di rumah, sekiranya mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi. 

Berdasarkan siasatan polis, mangsa meninggalkan balai pada jam 10 pagi Sabtu dan tiba di rumahnya pada jam 10.45 pagi. Dua pembunuh upahan, Tahseen dan Ehsaan, kemudian memasuki kediaman itu dan Ali dibunuh kira-kira jam 1 petang. 

Dua suspek itu kemudian membawa keluar dan membuang mayat mangsa dengan bantuan ahli keluarganya sendiri. 


Menurut sumber polis, Zahida dan empat anak perempuannya akan menerima tiga faedah berikut sekiranya Ali meninggal dunia iaitu:
  • Salah seorang anak perempuannya akan mendapat pekerjaan di jabatan tempat bapanya bekerja.
  • Isteri akan bayaran pencen (separuh dari gaji)
  • Ahli keluarga akan mendapat dana bantuan dari polis sebanyak RM465,171.26. 

Sementara itu, dua pembunuh upahan yang terlibat juga mempunyai rekod jenayah lampau dilaporkan telah melarikan diri selepas kejadian itu. Bagaimanapun, kedua-duanya berjaya ditahan semula pada Rabu. 


from The Reporter https://ift.tt/2tJ67O4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2tLq6Mb
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...