loading...

Wednesday, 28 February 2018

'Saya harap awak menyesal' - Suri rumah curi barang pasar raya (RM1,244.50) dipenjara 5 hari, denda RM1,000


Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM1,000 terhadap seorang suri rumah yang didapati bersalah kerana mencuri pelbagai barangan di pasar raya Tesco, hujung tahun lalu, lapor Bernama. 

Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Aishah Abdullah, 29, mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri barang-barang tersebut dan memerintahkan hukuman penjara itu dibermula dari tarikh wanita itu ditangkap pada 13 Disember lalu. Jika gagal membayar denda, Aishah akan dipenjara sebulan. 

Mengikut pertuduhan, Aishah telah mencuri 35 pasang baju dan seluar kanak-kanak pelbagai jenama, dua buah beg sekolah dan dua botol minuman di pasar raya Tesco Puchong yang jumlah keseluruhannya bernilai RM1,244.50 pada jam 2.30 petang, 13 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman tersebut, Majistret Nurshahira menasihatkan Aishah agar tidak mengulangi lagi perbuatannya dan berharap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya itu dijadikan sebagai pengajaran.

"Saya harap awak menyesal atas perbuatan awak, awak sebagai ibu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dengan bekerja dan mencari rezeki yang halal," kata Majistret Nurshahirah kepada Aishah yang dilihat menangis.

Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin sebelum itu memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak melakukan jenayah seperti itu. 

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Datin Raj Preet Kaur memohon anak guamnya diberikan hukuman ringan atas alasan wanita itu mempunyai empat orang anak berusia antara 4 hingga 12 tahun dan ketika melakukan perbuatan itu, tertuduh berada dalam keadaan tertekan. 


from The Reporter http://ift.tt/2F4B43N
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oyzqRT
via IFTTT

Neelofa minta maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya


Pelakon dan pengacara, Neelofa, akhirnya tampil memohon maaf dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung dan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab malam Isnin lalu sehingga mencetuskan kontroversi yang mengundang pelbagai reaksi negatif netizen, lapor Berita Harian

Neelofa melalui Instagramnya berkata, Neelofa memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif. Bagaimanapun mengucap terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan dan memahami situasi yang berlaku. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku. Kami akan memberi perhatian yang lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan. Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya," katanya. 

Dalam kenyataan itu juga, Neelofa mengaku bahawa dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu. 

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan," katanya. 


Terdahulu, Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Noor Nabila Mohd Noor, tampil memohon maaf di atas kontroversi berkenaan terutamanya kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Disebabkan kontroversi itu juga, Neelofa yang sebelum ini mempunyai 5.5 juta pengikut di Instagram turut kehilangan lebih 100,000 pengikut menjadikan jumlah terkini adalah 5.4 juta. 

Sementara itu di media sosial, netizen mendakwa laporan media yang mendakwa jualan tudung jenama berkenaan 'sold out' di laman web mereka susulan kontroversi yang dianggap 'berkesan' itu dipercayai hanya sekadar strategi pemasaran. 

Izar Azmi berkata, netizen jangan terlalu naif dan belajar serba sedikit mengenai strategi pemasaran itu agar tidak terperdaya. 

"Letak 'sold out' di website tu saya pun selalu buat. Launch jam 11.30 pagi, jam 5.30 petang dah sold out. Ingat system inventory untuk website itu tak boleh manipulated ke? 

"Kau pakai Prestashop ke, Wordpress ke, Shopify ke, Squarespace ke, Oberloo ke, semuanya boleh set tukar jadi konon-kononnya sold out. Padahal dalam warehouse berkoyan-koyan lagi balance. 


"Ini semua marketing strategi, jangan naif sangat. Hari ini letak sold out, maka berduyun-duyunlah yang lain gundah-gulana tak dapat beli. Tunggulah seminggu dua dia akan keluarkan semula 'kami restock atas permintaan ramai'. 

"Come on, benda ini banyak brand selalu buat, bukan brand ini saja. Jadi tak payah nak perasan yang dia sold itu tandanya dia berjaya walaupun launching di tempat seperti itu," katanya. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2oF1tOI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oELLmB
via IFTTT

'Sudah tiada hati untuk hidup bersama' - Ude


Suami kepada Intan Liana Saleh, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengakui bahawa perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah dia sudah tiada hati mahu meneruskan hidup bersama isteri pertamanya itu, lapor Berita Harian

Ude berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama. 

"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

"Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya," katanya.

Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertama selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Difahamkan permohonan cerai itu telah dibuat pada 30 November lalu, pada bulan yang sama isteri pertamanya mendapat tahu dirinya telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan peguam yang mewakili Ude yang memohon untuk menangguhkan penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes.

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak. Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes," katanya.

Sementara itu dalam laporan mStar pula, Intan berkata dia tidak tahu apa salah dirinya namun dia akur dan reda dengan keputusan suaminya itu. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2FeayrZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2FET5qt
via IFTTT

'Diorang suka berdiri keliling mesin tu' - Terus meremang bulu romanya mendengar cerita pesakit itu


Jangan teruskan membaca jika anda tidak punya semangat yang kuat. Peristiwa yang berlaku adalah berdasarkan kisah yang diceritakan oleh penulis. Sama ada benar atau sebaliknya, hanya yang mengalaminya saja tahu. 

Berikut kisah yang dikongsikan oleh Fairy_Fairy di sebuah laman forum tempatan.

MASA saya dan kawan gathering sebab dah lama tak berjumpa, kitorang borak-boraklah tentang kerja. Dalam group ini ada beberapa orang doktor, cerita punya cerita terbukalah cerita tentang pengalaman para doktor ini di hospital. Ada yang lucu dan ada juga yang just plain scary!

DOKTOR Y

1. Masa tu time HO dan bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU). Adalah seorang pakcik ini yang pada masa itu tengah intubated, jadi tak dapatlah bercakap. Pakcik ini berada di ICU agak lama juga. Hari yang tube pakcik ini kena buka dan nak pindah ke wad biasa adalah hari saya pergi buat round. Jadi seperti biasa, kitorang akan bertanya kepada pesakit tentang keadaan diorang okey ke tak okey?


Saya: "Pakcik, macam mana keadaan pakcik? Selesa ke?"


Pakcik: "Okey doktor. Cuma ramai sangat nurse di sini."

Saya: "Oh, memanglah nurse ramai sebab nak periksa pesakit kan."

Pakcik: "Siang memang ramai doktor, tetapi malam lagi ramai! Diorang suka berdiri keliling mesin itu," sambil menunjukkan jarinya ke arah mesin.

Saya pusing badan ke arah yang ditunjukkan oleh pakcik itu, mesin dialisis. 

2. Masih di ICU, another pakcik was intubated. Almost every night badan pakcik ini akan mengeras as if tengah fitting. Jadi kami akan suntik pakcik ini untuk tidurkannya. Bila tube dah dibuka, saya pergilah bertanya tentang keadaan pakcik itu. 

"Saya okey doktor, tetapi itulah, malam-malam kena inject untuk bagi tidur. Saya cuma nak beritahu, ada orang atas kipas itu," katanya. 


DOKTOR A

1. Saya pada masa itu sedang menjaga bahagian kecemasan. Ada dua buah bilik yang kami tak selalu gunakan sebab pernah berlaku kes di bilik itu iaitu bilik dua dan bilik empat. Jadi bilik-bilik ini kitorang akan kunci awal. Jam 10 malam adalah waktu terakhir kami menggunakan bilik-bilik itu. Masa aku kena itu lebih kurang jam tiga pagi. Tiba-tiba lampu bilik dua menyala dan panggil nombor yang seterusnya. Masalahnya, mana ada orang di dalam bilik itu!

2. Masa itu hospital tengah under renovation. Masa saya pergi buat rounds, ada MA ini cerita tentang dia dengan kawannya kena kacau. Diorang lalu di kawasan yang sedang diubah suai itu. Masa ini mereka sedang berjalan sebelah menyebelah sambil berborak. Lama kelamaan kawan MA itu ketinggalan di belakang. Jadi MA berkenaan bertanyalah kenapa jalan lambat sangat. 

"Kau tak nampak ke ada orang tarik kaki aku ni??!!" 

Padahal tak ada apa pun. MA terus tarik kawan dia itu dan lari laju-laju. 


DOKTOR M

1. Masa itu saya dah habis shift. Habis pun jam menunjukkan jam 10 malam lebih kurang. Jadi nak cepat pulang dan berehat. Sampai di kereta, terus hidupkan enjin dan bergerak. Nak keluar ke jalan besar, perlu lalu bilik mayat terlebih dulu. 

Ketika kereta lalu bilik mayat, saya mula terdengar suara-suara dalam kereta. Ingatkan suara itu datang dari luar, jadi saya bukalah tingkap. Tetapi memang suara-suara itu datang dari dalam kereta! Saya tak berani nak tengok ke arah belakang, jadi saya pecut kereta sambil berdoa. Suara itu hilang apabila lalu di satu kawasan ini. Mungkin benda itu nak menumpang saja agaknya. 

2. It is a non-written rule that we don't do blood transfusion waktu malam sebab darah itu selalu akan berkurangan. Ambil dari blood bank 2 volumes. Bila nak buat transfusion, dah kurang satu volume. 

Sumber: Fairy_Fairy


from The Reporter http://ift.tt/2oEgG2u
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2F3iA3w
via IFTTT

(Video) 'Saya tak tahu apa salah saya' - Intan masih sayang tapi terpaksa akur dan reda


"Segala-galanya terpulang kepada Ude, saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti," demikian kata Intan Liana Saleh meskipun dia sebenarnya enggan perkara itu terjadi. 

Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude) dilaporkan mahu menceraikan isteri pertamanya dan menurut peguamnya, antara alasan bercerai adalah kerana tiada persefahaman. 

Intan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai situasi rumah tangga pada masa ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan. 

"Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang perkara ini," katanya memetik laporan dari mStar Online. 

Dalam laporan yang sama, Intan mengakui dia masih menyayangi Ude dan berharap semua orang mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Intan dan dua lagi anaknya berusia tiga dan satu tahun kini masih tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

Menurut Intan lagi, mereka sudah tinggal berasingan semenjak November lalu. 

"Saya masih sayangkan dia sehingga hari ini, cuma saya tak tahu apa salah saya. Harap semua doa yang terbaik untuk kebahagiaan saya dan dia. 

"Saya dan anak-anak tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Tapi hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana," katanya. 


BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2t3ULao
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2GP5eIO
via IFTTT

Ude mahu ceraikan Intan, Izreen enggan komen


Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, suami kepada Intan Liana Saleh dan pelakon Izreen Azminda dilaporkan bakal menceraikan isteri pertamanya, menurut laporan dari mStar Online. 

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November lalu. 

Intan hadir ditemani ahli keluarganya kelihatan menitis air mata, manakala Ude pula tiba pada jam 2.30 petang.

Hakim Syarie, Shaiful Aziz Jamaludin bagaimanapun membenarkan permohonan peguam yang mewakili Ude, Datuk Mohd Zaidi Md Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Ude yang merupakan pemuzik bebas memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, Izreen Azminda menegaskan dia enggan mencampuri urusan Ude dan Intan serta berasa dia tidak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.


"Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belitkan dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.

"Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik bagi mengelakkan konflik.

"Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya dan saya tidak punya hak untuk mengambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian," katanya memetik dari Harian Metro.

Izreen juga telah menutup semua ruangan komen di akaun Instagramnya. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2EZbotp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BWYuth
via IFTTT

'Lagi diorang kecam, lagi saya nak buat lagu baru' - Respon Neera Aziz selepas viral video nyanyiannya secara live didakwa sumbang



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2EYVET7
via IFTTT

'Beri kami peluang untuk perbaiki diri dan perbetulkan keadaan' - Pihak Neelofa tampil mohon maaf dan beri penjelasan



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BXq61t
via IFTTT

Tuesday, 27 February 2018

'Duit dia dan produk dia, hak dialah nak buat di mana' - Ramai netizen setuju dengan pandangan lelaki ini


PERINGATAN: GOLONGAN 'PEMBARIS' DILARANG BACA.

Ramai pihak yang menegur termasuk beberapa ilmuan agama, namun respon yang diterima pula amat mengecewakan apabila isu yang timbul tidak dijawab dengan jawapan yang sepatutnya. Jadi, harus bagaimana ingin menerangkan kepada tuan empunya badan agar beliau faham dengan masalah yang dibangkitkan itu?

Bak kata Imam Muda semalam, cara halus tak jalan, mungkin cara sinis boleh diterima. Justeru, lelaki ini tampil memberikan pandangannya berhubung isu pemilihan kelab malam Zouk sebagai tempat untuk pelancaran koleksi tudung artis berkenaan sehingga dikecam hebat netizen. 

NEELOFA launching tudung di Zouk. Come on guys, apa masalah dia? Hak dialah nak buat di mana. Duit dia, produk dia, yang korang duk sibuk kecam sana sini dah kenapa? Neelofa kot, successful entrepreneur, Air Asia Non Executive Director, takkanlah tak fikir? Takkanlah dia buat salah? Apa yang dia buat, betul okey. 

First, tempat yang dia pilih sah-sah tepat sebab zaman sekarang perempuan berhijab bebas. Ada orang cakap perempuan berhijab sekarang harus keluar tak malu-malu. So Neelofa di situ nak tunjuklah korang yang berhijab pun masih boleh ke club hokayy. 

Hello guys, bukalah pemikiran itu sikit. Pakai tudung itu bukan untuk mengikut ajaran Islam saja, kenalah ikut trend dan untuk pengetahuan korang, Zouk itu hall dia murah okey. Awal-awalnya Neelofa dan team dia nak buat di Dewan Serbaguna Haji Talib Semenyih, tetapi full sebab ADUN guna untuk program pilihan raya dan beberapa dewan harga sama seperti itu pun dah penuh. 

Neelofa dah kata kan, bajet dia ciput sebab sale tudung tak okey sangat tahun lepas. Korang fahamlah situasi dia. 

Second. Program menari untuk menang baucar fashion valet RM600. Korang tak fikir lagi sekali ke? Takkan korang nak buat program dikir barat dalam club? Atau program lain yang bersesuaian dengan wanita berhijab? Come on, very the old school guys. Yang datang nak join program itu hijabista kot? Femes-femes kot? Pakai tudung kot? Mesti nak menari tunjuk aset yang ada, terkinja macam Iqram baru kena dengan launching tudung Neelofa. 

Pemikiran korang bukan level Neelofa. Ini baru tepat dengan gelaran yang diberi, beauty with brain and dia hajjah kan. Dia lagi faham dari koranglah. Korang hajjah pun tak ada, setakat ulang alik solat di surau taman je, so diamlah. 

Akhir kata, mana-mana kawan-kawan saya yang berniaga itu, ini marketing paling berkesan okey. Biar orang bercakap, biar orang kritik, biar orang viral untuk tujuan promo produk korang. Cara menghalalkan niat, barulah berbaloi bayar kelas berpuluh ribu itu, baru berkesan. Bijak! Barulah betul Islam mengikut zaman, bukan zaman mengikut Islam! Nauzubillah. Barulah style bila jadi penunggang agama! Allahuakbar. 

Ya Allah, Kau jahilah kawan-kawan aku yang berniaga dari hatinya hitam dan gelap kerana mengejar kejayaan tanpa mengikut ajaranmu Ya Allah. Jadikanlah kawan-kawanku yang berniaga berjaya dengan mengikut syariatMu Ya Allah. Mengangkat sunnah kekasihMu Muhammad ke jalan yang diredhai. Amin. 

Sumber: Faiz Rahim

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2oCPTn5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oBfqNz
via IFTTT

Air percuma untuk rakyat Kedah


Kerajaan Negeri Kedah menawarkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna di negeri itu bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan, lapor Astro Awani.

Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, langkah itu diambil bagi mendidik sifat berjimat dan penggunaan air, di samping membantu rakyat untuk mengurangkan bebanan pembayaran terhadap keperluan asas.

"Kita mahu mengajar rakyat berjimat dalam menggunakan air selain membantu mereka mengurangkan beban pembayaran terhadap keperluan asas," katanya selepas merasmikan Insentif Penggunaan Air Percuma oleh Syarikat Air Darulaman (SADA) sempena Hari Air Percuma di sini, hari ini.

Katanya, insentif itu diluluskan dalam pembentangan bajet Negeri Kedah 2018, baru-baru ini.

Selain itu Ahmad Bashah berkata dengan insentif itu, kerajaan negeri akan menanggung kos sebanyak RM1.5 juta setiap bulan atau RM18 juta setahun.


from The Reporter http://ift.tt/2HPRbUH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ozTnqk
via IFTTT

(Video) 5 lelaki ditahan, disyaki cuba seludup dadah di Lapangan Terbang Sandakan


Lima lelaki ditahan oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki cuba menyeludup masuk dadah disyaki jenis syabu di Lapangan Terbang Sandakan, Sabah di sini, pada Selasa.

Menurut sumber, dadah berkenaan dipercayai disimpan di dalam empat bagasi pakaian yang dirampas daripada lima lelaki itu.

Mereka ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas tiba di lapangan terbang itu dari Kuala Lumpur.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Hamzah Sundang mengesahkan mengenai tangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya kes itu masih dalam siasatan dan akan mengadakan satu sidang media itu dalam masa terdekat mengenai rampasan dadah itu.


Dalam pada itu, video dan gambar rampasan dadah serta tangkapan suspek itu tular di media sosial.

Gambar dan video itu turut menunjukkan pergelutan ketika pegawai JKDM bersama anggota pasukan keselamatan dibantu orang awam menahan seorang suspek di luar pintu Balai Ketibaan. - BERNAMA






from The Reporter http://ift.tt/2ozQGVK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2owo9kL
via IFTTT

'Yang tak datang saja kecoh' - Neelofa tampil pertahankan diri


Setelah dikecam hebat di media sosial kerana membuat majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam di ibu kota, pengacara dan pelakon, Neelofa tampil mempertahankan tindakannya. 

Lapor Harian Metro, Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTOP, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu. 

"Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung. 

"Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku," katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria malam ini. 

Sebelum itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis surat terbuka buat Neelofa berhubung penganjuran majlis pelancarannya di pusat hiburan berkenaan. 

"Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung," kata beliau dalam surat terbuka itu. 

Datuk Dr Zulkifli juga berpesan agar Neelofa bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki yang diberkati Allah SWT. 

Sementara itu di akaun Instagramnya, Neelefo dikecam teruk dan hampir semua gambar-gambarnya yang berkaitan dengan majlis tersebut dihujani komen-komen dari netizen yang berbaur kecaman dan tidak kurang juga memberikan nasihat atau doa agar Neelofa bertaubat. 




BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2EXkc31
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2FCyJyg
via IFTTT

'Cakap nak tidur dengan aku malam ni?' - Dia terus berlari keluar dari dewan makan tanpa toleh ke belakang


Semenjak peristiwa di bilik tv itu, dia serik dan mengambil keputusan untuk tidur di surau saja. Menyangka itu gangguan terakhir, tetapi dia silap. Ternyata benda itu masih berminat untuk mengusiknya dan kali ini lebih dekat dan bersentuhan. 

ONCE again aku datang bawa thread berangkai, cerita seram episod tiga! Marvel boleh buat kau tertunggu sampai bertahun, takkan aku tak boleh? #storypuaka

Selepas peristiwa malam itu, aku serik tidur di bilik tv. Aku rela tidur di surau, mandi di tempat ambil wudhuk. Kalau minggu itu budak balik, jam lima petang aku dah sedia barang nak dibawa turun ke surau. Yang peliknya, time budak ada, 'dia' tak kacau pula. Ish! 


Aku dah macam mubaligh. Tidur di surau, makan di surau. Kalau bosan, aku akan mengaji. Bosan mengaji, aku main tasbih. Bosan main tasbih, aku lipat kain sejadah, jadikan boomerang. Bosan main boomerang, aku karaoke di mikrofon surau. Kau bayangkan, jam 9 pagi aku azan dekat mikrofon. 

Dua bulan selepas itu. Hari Jumaat jam 11 pagi, masa itu pishang gila. Dah tak tentu arah. Nak main game Bounce, asyik terlekat di level mana entah. Dah pakai cheat pun noob. 787898! Ha itu cheat dia. 


Aku deide nak buat maggi untuk sarapan pagi. Bawa mangkuk berisi maggi ke water dispenser yang duduk betul-betul di depan bilik prep. Sampai di sana, aku isi air panas dalam mangkuk, air sejuk dalam botol. 


Tiba-tiba aku terdengar suara. "Buat gapo?" Suara yang sama seperti di bilik tv tempoh hari. Pendek dan ringkas saja suara perempuan itu. Orang kata, kalau kita dengar suara perlahan itu maknanya 'dia' dekat dengan kita. 

Aku teringat pesanan pakgad hari itu, dia kata kalau kena ganggu aku kena tegur. Entah macam mana aku boleh berani nak tegur benda itu pun aku tak tahu. 

"Nok isi air ni. Jange kaca aku (Nak isi air ni, jangan kacau aku)." 

Jantung macam nak meletup. Aku cepat-cepat tutup botol dan bawa mangkuk maggi jalan balik ke surau. 


"Tok kaca. Nok saing jah (Tak kacau, nak berkawan saja)," tiba-tiba suara itu berkata lagi. 

Aku berlari ke surau! Sampai di surau, maggi pula hilang. Aku pandang belakang, tengok maggi tercicir di tengah jalan. Sedih bodoh! Nak menangis beb tengok maggi jatuh atas jalan macam tu. Sudahlah kena kacau, maggi pula tak dapat. 

Petang itu, aku nampak pakgad tempoh hari datang bawa nasi. Bersyukur gila! Aku tak pernah menangis nampak nasi dan ini pertama kali. 

Kemudian aku ceritakan pada pakgad tentang apa yang berlaku. Aku tanya dia, kenapa bila aku dah tegur benda itu tetapi benda itu menjawab? 

"Keno kuat! Tegur tapi nakuk hapah wak gapo? Hati pikir Allah. Ning mung duk tegor tapi duk mikir ko go lain meme dok jadi ah. (Kena kuat. Tegur tapi takut buat apa? Hati kena fikir Allah. Ini kau duk tegur tapi duk fikir benda lain memang tak jadilah)," katanya. 

Malam itu, aku nak tengok tv sebab ada cerita Captain Amerika jam 10 malam. Lagipun dah hampir dua bulan aku tak tengok tv. Aku ajak pakgad itu tengok sekali. Masa itu dia duk hisap rokok di pos pengawal. Dia on. 

Aku gerak dengan dia pergi ke bilik tv. Masa jalan ke bilik tv, mata aku memang pandang bawah saja. Kiri kanan, bilik prep, dewan makan semua gelap! Aku pegang saja baju dia. 


Tiba-tiba dia berhenti depan bilik sakit yang terletak di antara bilik tv dengan bilik prep, khas untuk pelajar sakit. Tetapi berkunci dan budak jarang gunakan bilik ini. 

Tiba-tiba pakgad itu kata, "Gapo kelih-kelih? Tepi sikek, aku nok lalu (Apa pandang-pandang? Tepi sikit aku nak lalu)."

Aku pandang dia dan dia pandang ke depan, tak ada orang. Ini aku agak mesti dia nampak benda ni. Damn! Aku terus menyorok di belakang dia wei! Aku yang badan besar dan setinggi 185 cm ini tiba-tiba menjadi sekecil pokok bonzai sebab ketakutan. 

Kemudian dia sambung berjalan. Sampai di bilik tv, dia baring atas kerusi. Aku lepak atas lantai di depan dia. Takut punya pasal, aku duduk serapat yang mungkin dengan dia. 


Dalam jam 11 malam, dia berdiri. Aku tengah syok tengok tv, terkinjat pandang dia. Dia kata dia kena keluar sekejap, nak kunci jam. Pakgad-pakgad ini kena kunci jam di beberapa area asrama dan sekolah bagi menandakan dia sudah datang memeriksa kawasan itu untuk setiap beberapa jam. Dia suruh aku tunggu. Aku acah-acah berani, angguk sajalah sebab masa itu tengah babak berlawan. 

Dia keluar. Dalam jam 11.30 malam, dia masuk balik. 

"Male ni tido sini deh? (Malam ni tido sini tau?)" katanya. 

Aku iyakan saja sebab masa itu duk ralit. Dia baring semula. Masa dia baring itu, kuat bau peluh orang tua ini. Dengan baju hapak, bau tanah dan macam bau rumput. Mungkin sebab seharian bekerja dan tak tukar baju. 


Dalam jam 12 pagi, Nightline start. Pakgad itu bangun dan dia ajak aku minum di dewan makan sebab dia ada kunci pendua. Aku pun apa lagi, ibarat orang mengantuk disarungkan paha gebu! Aku follow orang tua itu. 

Dia buka pintu dewan makan, buka lampu depan dewan. Aku follow dia dari belakang. Dia suruh aku duduk, sementara dia masuk pantri buatkan air. Masa itu penghadang antara tempat makan dengan pantri tutup. Jadi aku tak nampak dia buat apa di dalam. 



Aku tunggu dia sambil pandang keadaan sekeliling dewan makan yang suram. Bunyi dia mengacau air dalam teko makin lama makin kuat. Kuat dia macam bukan dia kacau air. Macam dia pukul teko itu menggunakan senduk. 

Aku jalan ke pintu pantri dan mengintai dia. Manalah tahu kalau dia tak reti kacau air ke. Aku intai dalam pantri, ternampak bayang perempuan duk pegang senduk sambil ketuk-ketuk teko itu sambil mencangkung di atas lantai dengan rambutnya yang panjang kusut serabut dan beruban. Dia tak ada rupa fizikal. Dia macam bayangan (hologram) tetapi kau boleh nampak! 

"KETANG! KETANG! KETANG!" bunyi dia mengetuk teko.


Bau bangkai penuh satu pantri. Bau dia macam kau lalu jalan kampung kemudian terserempak dengan bangkai biawak yang dilenyek kereta. Bau yang menyengat hidung wei! Kalau tak dapat bayangkan, pergi cari bangkai dan cuba hidu. 

Kaki, mulut aku kaku beb. Kemudian aku tak tahu apa kena dengan mulut aku. Aku termarah 'benda' itu. Dia macam tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut. 

"Wei jange kaca aku nate! Mung maing jauh! Jange duk buak bodo sining! (Woi! Jangan kacau aku binatang! Main jauh-jauh! Jangan buat bodoh kat sini!). 

Rambut kusut masai tutup muka, dia berhenti mengetuk. Dia bersuara lembut, halus, sunyi dan sama seperti suara yang selalu aku dengar. 

"Oyak nok tidur denge aku male ni? (Cakap nak tidur dengan aku malam ni?)" katanya. 

Aku terus lari keluar dari dewan makan. Lari selaju yang boleh ke pos pengawal asrama sehingga terlanggar pasu, water dispenser dan sebagainya. Sampai di depan pos pengawal, aku nampak sebuah motosikal datang. Dia tanya aku nak pergi mana malam-malam ini. Dari tadi dia cari aku tetapi tak jumpa! 


Nak tahu siapa bawa motosikal itu? Dia pakgad yang sepatutnya bersama aku dalam bilik tv. Dia cakap dia keluar dari Asar sebab nak mengubat orang kampung kena sampuk. Dia baru sampai sebab nak kunci jam. 

Tetapi kalau dia baru datang, siapa yang temankan aku dari tadi di bilik tv? Aku siap peluk 'pakgad' depan bilik sakit tadi!

Sejak dari hari itu, aku decide nak balik rumah member setiap kali asrama kosong. Dan hijab aku mungkin sudah terbuka sikit sebab aku akan senang nampak bayang-bayang. Cuma bila kau ternampak sesuatu, selepas lima minit kemudian kau baru terfikir. "Eh? Apa benda tu tadi?" 

Aku tak pasti sama ada aku lembab macam senduk atau itu dikira kebolehan istimewa. Kemudian aku terfikir, pernah tak di rumah jam 2-3 pagi, tiba-tiba korang terdengar pinggan berdecing di dapur atau barang bergerak di luar semasa korang dalam bilik. Sedangkan korang pasti semua orang sedang tidur? Atau kucing kau tiba-tiba mengiaw malam-malam atau tiba-tiba kau dengar bunyi guli atau gapover time tengah malam? 

Well, mungkin dia dan dia 'cubo nok gura denge demo'. Terjemahan tak disediakan, tanya kawan Kelantan korang. Jangan asyik nak bash je. Babap karang! 

Aku pernah terlajak tidur on weekend time semua budak balik. Jam 9 malam baru aku bangun! Asrama pula dah kosong, koridor dah gelap, dorm semua gelap!

Yang itu nanti-nanti aku cerita. Jangan tanya bila nak sambung. Aku santau jap gi. Cerita ini memang tak boleh habis dalam satu thread. Ingat senang ke nak buat lawak dan pada masa yang sama cuba ingat peristiwa lepas? 

Tak marah, aku memang semangat macam ni. Naik kejang saluran otak aku duk menulis. Lagipun aku sibuk. Sejak kena push ni, kencing aku pun bercabang siak. Kita sambung lagi nanti okey? Tapi kalau aku rajin, aku update awal. 


Nak pesan, kalau terdengar suara kata "Nak masuk" atau "Nak tumpang" atau apa-apa tanpa kau pasti tuan suara, lebih baik jangan jawab. Sekali kau bagi jawapan 'Ya', ibarat kau beri lampu hijau. Saya pesan saja, mana tahu malam ini tiba-tiba dia tanya kau nak temankan dia tidur tak? Chao! 

Sumber: Ikmal Hanif


from The Reporter http://ift.tt/2Cp3DuS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2FBCIuW
via IFTTT
loading...