loading...

Tuesday, 5 December 2017

'Kalau betul budak ni mati, korang tunggu polis cari korang' - Netizen


Viral di media sosial beberapa video seorang remaja lelaki berbadan gempal disebat dan dipukul sekumpulan lelaki yang mendakwanya mencuri. 

Menurut individu yang memuat naik gambar dan video tersebut di media sosial, Jayaprakash Nair, berkata, remaja berusia 16 tahun itu didakwa telah mencuri duit datuk. 

"Kes curi duit datuk. Hari ini budak itu dah mati. Punca kematian belum pasti, masih lagi dalam siasatan. 

"Orang Tangkak. Kasihan budka muda lagi, 16 tahun. Ada banyak lagi cara untuk ajar. Tak perlu pukul macam ni. RIP boy. Hmmm," katanya. 

Post Jayaprakash yang dimuat naik sejak jam 6.28 petang semalam telah ditonton hampir sejuta kali dan dikongsi semula 3,829 kali di Facebook.





Berdasarkan video tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah bengkel lori, mangsa menangis dan merayu agar sekumpulan lelaki itu berhenti memukulnya.

Namun tidak diendahkan dan terus disebat dengan rotan berkali-kali di seluruh badannya. 

Video ketiga pula menunjukkan mangsa berada dalam keadaan lemah kerana ditahan sekumpulan lelaki itu sehingga malam. 

Sementara itu, netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan lelaki berkenaan yang mengambil tindakan sendiri. 


from The Reporter http://ift.tt/2jiPIvw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zU1WAZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...