loading...

Tuesday, 19 December 2017

'Suami kena sabar dan kebal, jika tidak kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan KRT dan segala keluh kesah di FB'


Tidak banyak yang isteri pinta dari suami, cukuplah jika si suami memahami diri kepenatan mereka menguruskan rumahtangga, sepertimana suami juga mahu isteri memahami penat lelah diri mencari rezeki menyara keluarga. 

Namun, dalam hal ini, tidak salah suami bersabar dan cuba bertanya apa yang tak kena. Bukannya terus mencurahkan minyak tanah ke dalam api lalu mengamuk bersama dan akhirnya keluar dari rumah meninggalkan isteri dan anak sendirian. 

Semoga perkongsian dari Ustaz Abu Hurairah Asifa ini bermanfaat. 

SAYA pakai baju macam biasa. Isteri nampak, dia terus bertanya. 

"Kenapa pakai baju tu?" soalnya.

Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ini? Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri.

"Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek."

"Takyah lah. Pakai je baju tu," katanya.

Baik. Baru nak buka, sarung balik. 😂

"Bagi sup tulang dan nasi satu!" order di kedai makan.

"Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!" kata isteri.

Allahu, nak makan pun tanya lagi. 

"Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya"

'Takyah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je." katanya.

Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan didiami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri. 😂


Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv. Ini kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ini, Allah saja yang tahu sukarnya nak hadapi.

"Saya tidur dulu ya," sambil hulur tangan pada isteri.

"Tidur je tahu," katanya.

Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke? Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya, saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya. Saya cuma kata,

"Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita"

Isteri perlahan-lahan pegang tangan, meletakkan kepala di bahu.

"Maafkan saya. Saya penat.."

Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat. Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya. Kadang suami mampu diam. Kadang suami tak faham. Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan.


Sebab itu, kitalah yang kena hadapi mereka. Kitalah yang kena dengar mereka. Kitalah yang kena sabar dan kebal hal ni. Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan page KRT dan segala keluh kesah di fb.

Sungguh, rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan. Sangat mendidik dan menghiburkan. #sweeterapi



from The Reporter http://ift.tt/2kKUMbL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BAcRBA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...