loading...

Friday, 22 December 2017

'Dah bagi masuk percuma, habis jahanam barang pameran'


Geleng kepala melihat beberapa gambar dikongsikan di Facebook Pusat Sains Negara yang menunjukkan beberapa barangan pamerannya rosak dan fasilitinya turut dicemari dengan sampah oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. 

Terdahulu, viral di media sosial yang mengatakan Pusat Sains Negara mempelawa orang ramai mengunjungi pusat berkenaan dengan kemasukan adalah percuma sehingga 31 Disember. Berikutan viral itu, ramai pengunjung dari serata Malaysia datang ke pusat berkenaan bersama keluarga. 

Malangnya, ada segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab telah melakukan vandalisme sehingga menyebabkan banyak kerosakkan yang berlaku pada barang pameran dan fasilitinya. 

Berdasarkan gambar yang dimuat naik Facebook Pusat Sains Negara, selain dindingnya rosak atau pecah, sampah juga turut dibuang merata-rata. Replika haiwan juga turut menjadi mangsa (patah dua). Lebih teruk lagi, ada ibu bapa yang membuang lampin pakai buang di tempat yang tidak sepatutnya. 










Kolam air pancut juga menjadi tempat kanak-kanak bermandi-manda, sedangkan ianya bukan tempat untuk berbuat demikian. Tindakan sekumpulan kanak-kanak berkenaan menimbulkan persoalan, di mana kecerdikan ibu bapa kanak-kanak terbabit? Di lutut? 

Berikutan insiden itu, netizen menggesa Pusat Sains Negara berhenti dari terus memberi kemasukan percuma kepada orang awam, bagi mengelakkan kerosakkan yang lebih teruk berlaku. 

Meskipun begitu, tiada sebarang kata putus dari Pusat Sains Negara. 


from The Reporter http://ift.tt/2C0JIlz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2l2O7tV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...