Viral di Twitter perkongsian seorang gadis mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku pada rakannya di Pagoh, Johor baru-baru ini.
"Kenapa gadis-gadis yang selalu duduk di rumah seorang diri, berhati-hati dan pastikan pintu rumah dikunci. Malang tak berbau dan kalau boleh, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling rumah kita.
"Kejadian ini baru saja terjadi pada kawan kami tadi. Semoga Allah melindungi kita," tulis Wiwin di Twitternya.
Berdasar gambar-gambar perbualan di antara mangsa dengan Wiwin, mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah, terdengar bunyi pecah masuk dari bahagian pintu belakang rumah.
Difahamkan, dua lelaki warga asing telah memecah masuk ke rumah mangsa yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.
Bimbang dengan keselamatan anaknya, si ibu kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum segera pulang ke rumah untuk mendapatkan mangsa, bersama dengan beberapa anggota polis.
Sebelum ibu mangsa tiba di rumah, dua suspek berkenaan menendang pintu bilik berhampiran dapur, namun gagal membukanya. Takut dengan keadaan itu, mangsa menangis teresak-esak ketakutan.
Menyedari ada penghuni di dalam, suspek kemudian menjerit dan meminta mangsa membuka pintu bilik tersebut. Namun mangsa tidak mengendahkan permintaan suspek.
Berang pintu masih tidak dibuka, suspek kemudian mengambil tong gas dan cuba menggunakannya untuk membuka pintu bilik itu.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana ibunya bersama anggota polis sempat sampai di rumah dan mendapati dua suspek berkenaan sedang berusaha memecahkan pintu bilik.
Terkejut dengan kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.
Kedua-dua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa dikunci bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
from The Reporter http://ift.tt/2DuKKTQ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2lhGn8h
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment