loading...

Friday, 15 December 2017

'Dia tekan RM10, tapi tak boleh sebab baki kurang dari RM30' - Apa yang dilakukan oleh lelaki ini untuk bantu si ibu dua anak, buat netizen kagum


Viral di Twitter, kisah seorang ibu bersama dua anaknya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM, menarik perhatian netizen. Namun baki wang di dalam akaunnya tidak mencukupi. Nak buat pengeluaran RM10 pun tak dapat. Putus harapan si ibu nak beli barang keperluan anak. 

Namun, dalam diam kejadian itu disaksikan oleh seorang pemuda yang berada di belakang si ibu. Alhamdulillah, Allah hadirkan seseorang insan yang baik hati untuk membantu wanita berkenaan. Semoga perkongsian kisah ringkas ini memberi manfaat kepada semua. Percayalah dengan konsep rezeki, inshaAllah urusan dipermudahkan. 

TENGAH beratur di depan mesin ATM, di depan saya ada seorang kakak bersama dengan dua anak kecilnya. Biasalah budak kecil merengek. Saya terdengar yang kakak ini kata dia nak keluarkan duit untuk beli pampers anak dia (baby yang dia pegang) pada anaknya seorang lagi berusia lebih kurang 4-5 tahun. 

Saya tahu saya salah tetapi disebabkan saya lebih tinggi dari kakak itu, saya terpandang skrin ATM. Kakak itu tekan butang semak baki. Jadinya saya terpandang tanpa sengaja yang baki dalam akaunnya tak sampai RM30 pun. 

Kakak itu kemudian sapu skrin dengan jari, mungkin sedang mengira berapa saja jumlah yang dia boleh keluarkan dari baki itu. 

Dia tekan RM10, tetapi tak boleh sebab baki tidak mencukupi. Saya jadi serba salah. Saya ligat berfikir macam mana saya nak tolong kakak ini tanpa dia rasa bersalah nak menerima dan tidak nampak janggal di situ. Akhirnya saya terfikir taktik jatuhkan duit. 

Saya cepat-cepat buka zip wallet, kebetulan ada duit dalam wallet. Nilai dirahsiakan dan saya terus jatuhkan atas lantai. Bila kakak itu nak gerak, saya terus menahannya dan kata duit dia terjatuh. Dia pelik dan tak mengaku tetapi saya yakinkan dia duit itu terjatuh dari purse dia sewaktu dia tutup tadi. 

Dia ambil tetapi keberatan. Saya sempat buat iklan sekejap suruh kakak itu berhati-hati dan jangan lupa tutup zip. Kakak itu perlahan-lahan pergi dan saya ternampak dia masuk menuju ke Giant. 

Saya doakan lepas hajat kakak itu nak beli barang keperluan dia. Di tengah kota bandar raya, tak sangka masih ada kes seperti ini. Saya bukan nak highligt saya acah-acah ke apa, itu tolak ke tepi. Tetapi saya nak kita muhasabah diri bahawa ada insan di luar sana sangat memerlukan. Kalau ditakdirkan Allah awak berjumpa dengan orang yang memerlukan, berilah manfaat pada mereka. InshaAllah ada ganjarannya untuk kita juga nanti. 

Saya taklah jiwang sangat tetapi saya pernah rasa perasaan duit ada baki dalam bank tetapi tak boleh dikeluarkan sebab baki tidak mencukupi. Jadi saya faham sangat perasaan kakak tadi, ditambah pula dia ada anak. Saya anak tekak saja lebih, tak ada duit pun boleh emergency family lagi. 

Tetapi sebenarnya tidak perlu untuk kita pernah rasa atau jadi susah nak menolong orang. Cukup kita ada ada simpati, common sense dan yakin dengan konsep rezeki. Rezeki bukan duit semata-mata. Kesihatan yang baik, urusan dipermudahkan pun rezeki juga. 

Semenjak saya percaya dengan konsep ini, semua perkara menjadi senang. Walaupun macam kurang sopan tetapi selagi ia boleh manfaat kepada orang lain, hentam saja. Cuma saya tak adalah biarkan kakak itu kutip duit di atas lantai. Saya tolong kutipkan untuk dia tetapi sama-sama atas lantai. Her face expression, priceless. 



from The Reporter http://ift.tt/2CjbyG1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2CjosEe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...