loading...

Wednesday, 6 December 2017

'Biarlah kali ini dia dimanjakan oleh ibu bapanya' - Suami beri isteri luangkan masa sebulan di kampung, inilah salah satu cabang 'ME TIME' buat isteri


Bila sudah berumahtangga, teramat jaranglah si anak perempuan pulang ke kampung meluangkan masa bersama ibu bapanya. Rasa rindu, rasa homesick itu pasti pernah terbit dalam diri. Namun, sepanjang perkahwinan, berapa kali suami izinkan isteri meluangkan masa di kampung bersama keluarganya di kampung? 

Bak kata Akhtar Syamir, paling tidak pun isteri hanya berpeluang ketika cuti raya, cuti sekolah anak atau masa berpantang sahaja. Jadi, apalah salahnya suami izinkan isteri luangkan masa lama sikit di kampung. Biar hubungan isteri dengan ibu bapanya kembali rapat dan tiada jurang di antara mereka. 

DAH dua hari pandang benda nie. Kadang-kadang rase kelakar pulak bila kita yang gedabak macam nie pun dipanggil baby. Inilah isteri saya Nora Azni yang manjekan sangat suami dia.

Tahun nie pertama kali dia berpeluang untuk pulang ke kampung selama hampir sebulan. Anak yang sulung tu nak masuk darjah 1 tahun depan. Bagi diorang enjoy puas-puas kat kampung.

Inilah salah satu cabang ME TIME buat Isteri

Cuba bayangkan, sejak isteri berkahwin dengan si suami, berapa lama masa yang dapat dia luangkan bersama ibu - bapa dan adik - beradik sendiri? Paling lama mungkin seminggu, mungkin masa raya atau cuti sekolah. Mungkin jugak masa dalam pantang.

Tapi masih tak sama. Dia masih tak dapat jadi anak manja ibu - bapa dia sendiri. Memang betul, lepas kahwin semuanya pada suami. Tapi naluri anak kepada ibu terutamanya anak perempuan nie lain macam sikit. Cara suami manjakan isteri kesannya tak sama dengan apabila ibu manjekan anaknya. Kategori dia lain dan tak perlu dibandingkan.

Jadi, apabila isteri saya nyatakan hasrat untuk ikut abang kandung dia yang nak pulang ke kampung baru - baru nie, saya terima dengan hati yang terbuka. Datang lagi peluang untuk saya bagi ME TIME untuk dia. Saya yang seronok dapat bagi dia peluang duduk di kampung seperti dulu. Macam - macam dia boleh buat kat sana, berkebun, mengail dan lain - lain lagi. Tu tak masuk dapat makan masakan mak sendiri. Mesti dia rindu sangat.

Saya berkahwin dengan isteri apabila umurnya 22 tahun. Hanya beberapa tahun sahaja selepas dia habis sekolah. Ianya seperti mengambil anak kesayangan ibu bapanya dan bawa jauh - jauh. Walaupun kami kerap jugak balik kampung selepas kahwin, mesti perasaan tu tak sama.

Isteri saya seorang suri rumah sepenuh masa. Segala keperluan saya dia sediakan dari makanan, pakaian dan lain - lain. Saya memang dimanjakan dari awal perkahwinan lagi. Boleh dikira dengan jari berapa kali saya basuh baju sendiri. Tapi ini bukanlah bermakna saya tidak membantu langsung, tetapi dia yang cekap melengkapi hidup saya.

Biarlah kali ini dia dimanjakan oleh ibu - bapa dia pulak. Lagipun anak - anak dapat bermain dengan sepupu mereka. Mase kecik nie la nak bagi diorang rapat, nanti dah besar mesti dah lain. Saya pulak? Biar saya terus cari rezeki untuk keluarga. Apelah sangat sebulan tu kalau nak dibandingkan dengan ruang masa yang isteri saya dapat bersama keluarganya sendiri di kampung. Bagi la can sikit ye tak?

Masa untuk asah kembali skill masak megi. Hehehe.

Sumber: BroOhsem


from The Reporter http://ift.tt/2B3jdvz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AB9VnK
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...