Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, memuat naik gambar makan bersama beberapa pemimpin yang lain di sebuah restoran mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Tengah makan ketam di Colombo! Sedapnya." tulisnya di Twitter.
Tweet dan gambarnya itu mendapat perhatian netizen yang mengatakan mereka hanya mampu makan makanan biasa sahaja.
"Untunglah makan ketam. Kitorang makan maggi perisa ketam je." - Ezrin Erisha
"Rakyat makan telur sambal je. Sedap jugak. Hmm..." - Md Syahmir
"Amboi makan ketam, tapau kat Rosmah tak tu? Karang merajuk pulak, tak tahuuu." - Loner Silent
Bagaimanapun, ada beberapa individu tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengecam tindakan segelintir netizen yang didakwa bersangka buruk terhadap pemimpin berkenaan.
"Hang makan maggi pun salah PM. Pergilah kerja. Kat Malaysia bawa RM10 pergi kedai mamak, mewah makan." - BNPost
"Malaysia ni unik dia pelik sikit. Haha uniknya bila PM post je gambar makan mewah, semua dok share jadual makanan harian diorang yang ciput. Padahal ada je hari-hari tu pergi Starbucks, SR, KFC, kelakar kan?" - Slyvester
"Tak apalah, Allah sudah susun baik-baik rezeki kita semua dari alam ruh lagi. InshaAllah adalah rezeki untuk masing-masing. Pergh pakjib tak mengajak eh makan, nanti hantar sikit kat rumah. Hehe." - Ahmad Zul Arfi
Bagi mereka yang sedang mengidam nak makan ketam. boleh cuba resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang disertakan di bawah. Selamat mencuba!
from The Reporter http://ift.tt/2AQZHi7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2kc9cSJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment