loading...

Sunday, 17 December 2017

'Bantulah kawan saya dan isterinya ini...' - Cuba elak objek melintas, kereta yang dinaiki pasangan suami isteri dan dua lagi penumpang terjunam ke dalam gaung


Empat cedera selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Lenggeng- Pantai, berdekatan Hutan Lipur Lenggeng, Nilai, malam tadi, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam, dan kereta Proton Saga yang dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan dari Nilai ke Jelebu. 

"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu dikatakan cuba mengelak objek yang melintas menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam gaung. 

"Kejadian itu menyebabkan semua mangsa terperangkap. Orang awam yang menyedari kejadian itu terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin untuk bantuan," katanya. 

Napsiah Idris, 70, bersama pemandu Emmer Faizal Abd Rohim, 28, Hanisah Md Ladzim, 29 dan Muhammad Ariyan Aripan, 18, cedera di badan dan muka akibat kemalangan itu. 

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan. 

Sementara itu, rakan pemandu, Badaw Jello memohon orang ramai yang membantu meringankan bebanan Emmer atau lebih dikenali sebagai Emy. 



PASANGAN ini baru berkahwin lapan bulan lalu. Tetapi apa yang berlaku pada mereka baru-baru ini sangat mengejutkan. Ini kisah kawan saya, nama dia Emmer. Tapi kebanyakkan kenalannya dan termasuk saya juga lebih selesa memanggilnya Emy. 

Emy ini seorang yang pandai mengambil hati sesiapa sahaja. Cara Emy melayan seseorang itu boleh membuatkan orang itu rasa seperti seorang raja yang sedang dihidangkan makanannya sambil duduk di kerusi takhta. Senang cerita, kalau kita nak lepak dengan Emy ini, tak kiralah baru kenal atau sudah lama kenal, Emy senang nak 'masuk kepala' (friendly) serta memahami dan pandai melayan kita. 

Emy seorang kawan yang pandai angkat mood seseorang bila dia perasan kawan dia tengah down. Sebab ini juga, ramai yang suka lepak dengan dia dan saya kin anda yang membaca ini juga ada kawan seperit Emy, kan?

Emy baru saja berkahwin, tak sampai lagi setahun. Kasih dan sayang pada isterinya Anis ternyata pada satu perkara yang dia selalu lakukan iaitu, emy seorang suami yang selalu bertanya, "awak okey tak?" setiap kali bila dia perasan akan perubahan dalam wajah isterinya. 

Ada satu insiden yang pernah berlaku pada saya dan saya masih ingat lagi sehingga kini. Suatu hari itu, kami sedang menolong kakak angkat kami mengemas rumahnya. Dipendekkan cerita, semasa kami sedang mengemas, ada duri tercucuk di celah isi kuku saya. Yang saya boleh beritahu, rasa pedihnya ibarat seperti salu luka yang sudah melekat, kemudian dikoyakkan semula dengan paksaan. 

Semua orang di dalam rumah yang sedang mengemas hanya bertanya, "jari kau okey tak?" dan hanya cakap, "ala, sikit je. nanti okeylah tu". Tetapi tidak bagi Emy. Ini apa yang Emy lakukan:
  • "Tengok sat jari kau" sambil dia menarik dan pegang jari saya
  • Jarak muka dia dengna jari saya lebih kurang lima inci (memang betul-betul dekat).
  • Kemudian dia ambil pengetip kuku dan berusaha mengeluarkan duri itu. 
  • Lebih kurang setengah jam mencuba, akhirnya dia berjaya. 
"Ya Allah, leganya" kata saya dalam hati selepas duri itu ditarik keluar. Mana nak dapat kawan yang sanggup buat macam ini? Hanya satu dalam sejuta. 

Baru-baru ini saya menerima berita buruk. Emy sedang konvoi bersama keluarganya. Sedang mereka meneruskan perjalanan dari Nilai ke Jelebu, tiba-tiba keluarga mereka sedar yang kereta Emy tiada di belakang. Bila patah balik, apa yang memeranjatkan ialah kereta Emy kemalangan dan terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter. 

Kalau dah masuk gaung, boleh bayangkan sendiri betapa teruknya situasi itu. Keadaan keretanya sangat teruk. 




Ambulans datang ke tempat kejadian dan membawa Emy dan isterinya ke Hospital Seremban. Ini apa yang berlaku selepas mereka tiba di hospital:
  • Emy dan Anis masuk wad kecemasan
  • Emy dalam proses kembali stabil tetapi bengkak di kepala, rahan dan rusuk kiri, manakala mukanya pula luka dan bercalar balar
  • Isterinya tidak sedarkan diri
  • Selepas dirawat, doktor memaklumkan Anis terpaksa ditahan
  • Doktor perlu buat pembedahan pada Anis di pergelangan tangannya untuk dimasukkan besi kerana patah.
  • Dalam lingkungan 12 jam selepas kejadian, Emy masih berdegil duduk di hospital untuk menemankan isterinya Anis.
  • Kebanyakan masa, Emy terpaku duduk di atas kerusi dan tidak melepaskan pandangan serta meletakkan sebelah tangan pada tubuh isterinya.
  • Rumah mereka berada di Selangor, jadi Emy perlu berulang alik dari Selangor ke Hospital Seremban untuk menjenguk isterinya. 





Kalau kereta sudah teruk, badan dan muka pula luka, bagaimana Emy nak bergerak? Kalaulah saya berada di tempat Emy sekarang, saya tidak boleh membayangkan apa yang berada di dalam fikirannya. Emy adalah seorang yang mampu menukarkan mood negatif kepada positif dalam sekelip mata. Tetapi apa yang berlaku kali ini benar-benar membuatkan Emy terpaku. 

Saya tidak sanggup melihat kawan saya berada dalam keadaan sedih begini. Jadi saya sebagai kawannya nak memohon pertolongan dari anda semua untuk membantu meringankan beban Emy dari segi kewangan. 

Kehidupan ini tidak menentu, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Jadi masa kita berada di bawah, apakah perkara yang anda ingin orang lakukan untuk membantu anda? Jika jawapan anda ingin dibantu dengan sumbangan, begitu jugalah dengan Emy. 

Kita lihat begini sajalah. Kalau setiap seorang derma RM10, 100 orang sudah RM1,000. Apalah sangat RM10 itu jika hendak dibandingkan dengan situasi kita (yang tengah selesa) dengan keadaan Emy. Nak atau tidak, RM10 itu tetap akan kita guna dan kita tidak tahu lagi akan gunakan untuk apa. 

Cuma bezanya, kalau kita menggunakan RM10 itu untuk Emy sekarang, sudah tentu kita tahu duit itu telah membantu mengurangkan bebanan seseorang. Ketahuilah dengan RM10 yang tuan puan sumbangkan, ia tidak dapat pulihkan parut luka Emy dan Anis. Tetapi ia dapat memulihkan semangat kawan saya, Emy. 

Jika tidak dapat membantu dengan sumbangan, sharelah post ini agar lebih ramai lagi yang membaca cerita ini. 

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Emy, boleh salurkan ke akaun ini:

Maybank :
112362164309
Atas nama - Emmer Faizal

Terima kasih sebab sudi membaca cerita mengenai Emy dan Anis. 

Sumber: Badaw Jello


from The Reporter http://ift.tt/2k6AwSE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2CPtAAL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...