Susulan keluhan penyanyi, Sheila Majid mengenai kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara yang mendapat pelbagai reaksi netizen, pejuang siber politik dan termasuk pelakon dan presiden persatuan artis tempatan.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez berkata, artis yang berminat dengan politik perlu sertai parti politik.
"Jika berminat dengan politik, mereka perlu sertai parti politik dan mengkaji isu dengan lebih mendalam sebelum mengeluarkan cadangan bagaimana mahu meningkatkan kehidupan rakyat," katanya.
Freddie menasihatkan artis tempatan supaya bersyukur kerana mereka masih bebas menyuarakan pendapat tanpa sebarang sekatan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, setiap artis adalah berhak menyuarakan pandangan mereka di media sosial kerana ia adalah platform individu. Malah katanya, pemimpin perlu menghadapi realiti luahan anak seni di media sosial untuk memperbetulkan negara.
"Apa yang Sheila Majid luahkan adalah hak individu. Bagi saya, itu pandangan masing-masing. Negara kita pun bukan sentiasa dalam keadaan baik, ada turun naiknya. Itu perkara biasa.
"Lantang itu bagus, kadang-kadang pihak atasan tergelincir dari landasan dan kita kena sedarkan mereka untuk berada di landasan yang sebenar," katanya.
Bagaimanapun, Zed menasihatkan artis berhati-hati apabila meluahkan perasaan di media sosial kerana setiap perkataan mereka mempengaruhi peminat mereka.
Pengarah dan pelakon, Ahmad Idham kesal Sheila Majid dikecam sehingga ada pihak yang mencari kesalahannya berbanding mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Tidak pernah lagi ada artis yang membantai kerajaan setahu saya. Mereka hanya menyuarakan pandangan dan apa yang boleh dibuat adalah cari dan cuba selesaikan persoalan diberikan mereka, itu saja.
"Tetapi datang kecaman dari pejuang siber politik yang menidakkan hak mereka untuk bersuara. Ini adalah cara menangani isu dengan level mentaliti rendah. Saya benar-benar kecewa.
"Campur tangan pejuang siber politik sebenarnya hanya menambah keruh, malah ia merosakkan silaturrahim antara rakyat dengan pemimpin. Pemimpin menjadi mangsa dibenci oleh rakyat apabila pejuang siber politik menghentam seseorang artis yang bersuara.
"Saya sendiri pernah berjumpa dengan pemimpin untuk meminta penjelasan mengenai sesuatu isu semasa dan jawapan mereka sebenarnya lebih menyenangkan.
"Jangan melihat mereka hanya sebagai artis sahaja tetapi lihatlah mereka sebagai rakyat negara ini. Mereka berhak bersuara," katanya.
Sumber: Free Malaysia Today, MalaysiaKini
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter http://ift.tt/2B9aiJp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2k18FT1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment