loading...

Saturday, 30 September 2017

Lelaki didakwa merogol dan membunuh pesara berusia 72 tahun


LEICESTER, UNITED KINGDOM - Seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa merogol dan membunuh pesara berusia 72 tahun selepas mayat mangsa ditemui di rumah banglonya minggu lalu, lapor Daily Mail. 

Craig Keogh, 25, juga didakwa menyamun barangan berharga di rumah Jane Hings, yang tinggal bersendirian sehingga mati dibunuh suspek. 

Mangsa ditemui mati pada Ahad lalu di rumahnya di Fleckney, dan polis juga berkata terdapat tanda-tanda rumah itu digeledah. 

Keogh yang dibawa ke Mahkamah Majistret hanya sekadar mengesahkan nama dan tarikh lahirnya, serta tidak diminta membuat pengakuan semasa pertuduhan itu dibacakan selama empat minit. 

Tertuduh yang memakai pakaian berwarna kelabu, tampil di kandang tertuduh bersama dengan pengawal keselamatan wanita di sebelahnya, sebelum ditahan semula di Mahakmah Leicester pada Selasa lalu. 


Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal minggu ini, Polis Leicestershire berkata, bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa masih belum menemui punca sebenar kematiannya dan pihaknya kini masih menunggu keputusan hasil bedah siasat. 

Polis berkata, kematian mangsa tidak dapat dijelaskan selepas laporan bedah siasat tidak menemui sebarang jawapan tetapi kes disiasat sebagai kes bunuh selepas polis menemui tanda-tanda pecah rumah. 



from The Reporter http://ift.tt/2xP6ydb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2x4qmu7
via IFTTT

'Saya bayar awak malam ini, boleh?' - Pemandu Uber cuba 'makan luar' sementara si isteri menunggu kepulangannya di rumah


Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Alangkah tidak bertanggungjawab seorang pemandu Uber yang telah mencemarkan perkhidmatan Uber, dan tempiasnya turut terkena pada perkhidmatan Grab dan juga teksi. 

Sepatutnya pemandu menghantar penumpang dengan selamat ke destinasi, tetapi lelaki ini tergamak melakukan perkara  yang dilarang dan sedangkan dia sendiri juga sudah berkahwin dan yang pastinya si isteri menunggu kepulangannya di rumah dengan harapan si suami membawa pulang rezeki yang halal. 

Kejadian seperti ini sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan Uber/Grab/Teksi. Semoga anda semua berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga serta segera hubungi pihak berkuasa jika berlaku kejadian yang tidak diingini. 

ASSALAMUALAIKUM. Nak mohon viralkan isu baru-baru ini demi keselamatan adik, kakak, mak, makcik dan semua perempuan di luar sana.

Beberapa hari lepas terjadi dekat kawan baik saya sendiri (panggil dia S), dia dari Sarawak dan non-muslim. Selepas dikenakan gangguan seksual dari Uber driver, memandu kereta Perodua Bezza berwarna merah. 

Dia keseorangan pada waktu itu dan baru nak pulang dari pusat beli belah Subang. Kejadian berlaku sekitar waktu tengah malam. Ini dialog perbualan dalam kereta sewaktu mereka dalam perjalanan yang saya masih ingat. Pada awal perbualan itu masih normal bagi Uber driver nak buka topik berbuat dengan penumpang. 

Driver: "Umur berapa? camna nak sebut nama awak."

S: "24 tahun." (sambil memperbetulkan sebutan nama)

Selepas beberapa minit perjalanan, Uber driver ini macam saja-saja salah masuk jalan agar perjalanan mereka lebih lama. Sehinggalah driver ini mula tanya soalan bukan-bukan.

Driver: "Awak dah makan ke? Kalau lapar, saya bawa awak makan sekarang." 

S: "Tak apa, tak payah, saya nak balik." 

Driver: "Awak duduk dengan siapa. Saya ikut awak balik boleh tak?"

S: "Tak payah. Saya tinggal dengan family. Abang saya tengah tunggu saya sekarang. (S saja mereka cerita sebab mahu menjaga maklumat peribadi)

Bila sudah hampir sampai ke destinasi, S sengaja menyuruh driver drop-off jauh sikit dari apartment tempat tinggalnya kerana dia tidak mahu lelaki itu tahu di mana tempat tinggalnya. Alhamdulillah selamat sampai, itu yang paling penting.

Selepas S keluar dari kereta dan dia jalan balik ke apartment, mujurlah ada beberapa pengawal keselamatan menjaga kawasan di situ. S menerima empat panggilan tidak dijawab dari Uber driver berkenaan dan ada satu mesej darinya yang mengatakan;

"Saya bayar awak malam ini, boleh?"

Dalam erti kata lain, Uber driver itu mahu membayar S untuk 'tidur' dengannya. 


Apa lagi, S balas mesej driver itu bersertakan dengan amaran. S segera membuat aduan terhadap Uber dan laporan polis agar lelaki itu ditahan dan diharamkan dari memandu atau menjadi pemandu Uber di masa akan datang. 

Pada mulanya, nombor telefon S disekat oleh lelaki itu, sebab itu mesej tidak dapat dihantar kepadanya. Keesokan harinya, S menerima satu lagi mesej dari lelaki terbabit yang merayu dan meminta maaf. Tetapi nasi sudah menjadi bubur kerana aduan/laporan sudahpun dibuat dan difahamkan lelaki itu sudah berjaya ditahan. 


Terima kasih kepada pihak berkuasa di atas kerjasama dan tindakan yang sangat cepat. Perlu diingatkan, mungkin S bukan mangsa pertama driver ini dan mungkin ada ramai lagi perempuan di luar sana yang sudah menjadi mangsanya. Mungkin mereka hanya mampu terdiam dan terpaku dari mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu. 

Tolong pesan pada rakan-rakan perempuan anda semua tak kiralah adik, kakak, kawan atau teman wanita, jangan biarkan mereka naik Uber/Grab/Teksi seorang diri terutamanya pada waktu tengah malam.

Ini pesanan saya untuk drivers di luar sana. Drivers, you have one job, drive your passengers safely to their destination. Kalau nak cari jodoh, dating apps bersepah. 

Pesan juga kepada kawan-kawan yang drive Uber/Grab/Taxi, tolong jangan buat onar, jangan menggatal, jangan nak mengorat. Be a professional driver, be a gentleman. Walaupun driver diam saja pun tetap akan dapat 5 stars, asalkan penumpang rasa selesa dalam perjalanan. Jangan sangka perempuan tak berani melawan. Sekian, terima kasih. 

EDIT 1: 

Pesanan ringkas untuk perempuan kalau ada situasi terpaksa naik Uber seorang diri, kalau boleh duduk di tempat duduk belakang. Kalau driver mencurigakan, pastikan telefon bimbit itu on atau hubungi rakan dan beri informasi mengenai kereta dan drivernya. Jangan provok driver, kerana tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Jangan panik dan cuba bertenang. 

EDIT 2: 

Sebelum ada yang menyalahkan mangsa berpakaian seksi atau freehair, peringatan sekali lagi kepada anda semua. S adalah non-muslim dan bagi lelaki sangap di luar sana, mereka dianggap 'easy target'. Disebabkan sikap dan mentaliti gemar menyalahkan perempuan inilah lelaki sanggap di luar sana berkeliaran. Kes mangsa rogol pun ada melibatkan mangsa berhijab dan berpakaian menutup aurat ya. Jadi tolong terapkan ini, apa yang kita kata itu mencerminkan diri kita yang sebenar. Buat tabiat gemar menyalahkan mangsa, buang mentaliti seksis. 

EDIT 3: 

Di atas permintaan isteri kepada driver ini  yang saya terima melalui messenger, merayu agar gambar suaminya dibuang, maka gambar itu saya sudah buang. Anggap ini sebagai pengajaran buat masing-masing. Saya buang sebab saya kasihankan si isteri, bukan terhadap si suami. Semoga driver terbabit mendapat hidayah. Allah itu Maha Adil dan Maha Pengampun. Moga kami semua terpelihara di bawah-Nya. 



from The Reporter http://ift.tt/2xHWVxm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2kczAhS
via IFTTT

'Ya Allah, mulianya hati mereka'


Kita kerap mendengar pelbagai kes jenayah yang berlaku di lebuh raya di mana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya terutamanya golongan wanita yang memandu bersendirian. Dari kes pecahkan tayar kereta, pancitkan tayar kereta, baling telur pada cermin depan kereta dan macam-macam lagi menyebabkan ramai di antara kita yang bimbang jika perkara itu akan terjadi pada kita suatu masa kelak. 

Tetapi apa yang berlaku pada wanita ini adalah sebaliknya yang mana pada awalnya dia menyangka dirinya akan menjadi mangsa jenayah lebuh raya. Rupa-rupanya tidak apabila tiga lelaki itu berniat baik dan mahu membantunya, sedangkan mereka perlu cepat sampai ke destinasi mereka. 

KEJADIAN di highway tadi. Ketika sedang memandu, tiba-tiba ada lelaki India buka tingkap dan tunjuk ke arah tayar kereta. Kita ni tak fikir apalah sebab drive tak ada rasa apa-apa pun. Tak ada rasa tayar itu lembik ke apa. 

Selepas itu, dia tahan dan suruh kita berhentikan kereta. Dia pun terus keluar dan datang menghampiri kita. Kita tak terus buka pintu sebab tak berani, buka tingkap sikit saja. 

Kemudian dia kata, "Tayar kereta you pecah.". Ya Allah, kita memang tak tahu nak buat apa terus keluar tengok, a'ah memang betul pecah. 

Selepas itu, keluar tiga lagi lelaki India. Ya Allah, masa ini perasaan tuhan saja yang tahu. Takut mereka nak buat apa-apa sebab taktik perompak sekarang kan macam-macam. Dalam hati ini berdoa saja macam-macam. 

"You ada tayar spare tak?" soal mereka. 

"Saya tak tahu, rasanya ada kot?" balas saya, lalu mereka suruh buka bonet kereta, dan tengok ada tayar spare. 

Terus mereka tukarkan tayar itu. Tak sampai lima minit pun mereka tukar. Ya Allah, mulianya hati mereka. Padahal mereka tengah rushing tapi sanggup berhenti sekejap untuk tolong kita. 




Selepas tukar tayar, mereka terus pergi. Kita sempat cakap terima kasih saja, tak sempat nak menghulur duit apa-apa. 

Di sini cuma nak cakap, kalau ada sesiapa yang kenal pemilik Honda Accord JRA 9606 ini, beritahu kita please. Rasa tak sedap pula sebab tak sempat nak hulur apa-apa. Thank you so much korang.

Alhamdulillah tuhan mempermudahkan urusan kita hari ini. Dia hantar orang yang baik untuk membantu kita. 

Sumber: Cik Dyla


from The Reporter http://ift.tt/2x6bAy4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2xGLs19
via IFTTT

Empat beradik ditinggalkan bersendirian di rumah, sementara ibu mereka pergi bercuti di Jerman selama 11 hari


IOWA, AMERIKA SYARKAT - Empat kanak-kanak ditemui bersendirian di rumah minggu lalu selepas ditinggalkan ibu mereka yang pergi bercuti ke Jerman selama 11 hari, lapor Daily Mail. 

Polis di Johnston, Iowa mengarahkan pihak kebajikan memeriksa rumah Erin Lee Macke,30, pada 21 September lalu selepas mendapat maklumat dua anak kembarnya (lelaki dan perempuan) berusia 12 tahun dan dua lagi adik perempuan mereka masing-masing berusia 7 dan 6 tahun ditinggal bersendirian di rumah. 

Hasil siasatan mendapati, kanak-kanak itu bukan sahaja ditinggalkan bersendirian, malah Macke juga turut meninggalkan sepucuk pistol kepada mereka. 

Difahamkan, Macke meninggalkan pistol jenis Glock 9mm di atas almari pakaiannya, yang masih dipenuhi dengan peluru hidup. 

Kanak-kanak itu memaklumkan, ibu mereka telah pergi ke Jerman sehari sebelum dan tidak merancang untuk pulang dalam masa terdekat sehingga 1 Oktober 2017. 

Polis kemudian telah menghubungi Macke yang berada di luar negara dan wanita itu memberikan alasan yang pengasuh anaknya terjatuh, lalu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan anak-anaknya di rumah begitu sahaja. 

GAMBAR MACKE BERCUTI DI JERMAN



"Siasatan mendapati bahawa Macke langsung tidak membuat sebarang persediaan untuk mengupah orang dewasa untuk menjaga anak-anaknya ketika dia bercuti ke Jerman," menurut jurucakap polis. 

Polis kemudian tidak menerima alasan Macke, lalu meminta wanita itu pulang ke rumahnya segera. 

Selepas empat hari kemudian, Macke pulang ke rumah pada malam Rabu. Polis kemudian menahan Macke pada pagi Khamis dan didakwa di atas empat pertuduhan membahayakan anak-anak dan meninggalkan senjata api secara terbuka di rumahnya. 

Di Iowa, seorang kanak-kanak tidak cedera atau dibunuh akibat berada dalam keadaan bahaya, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau satu tahun bersama dengan denda $625 hingga $6250. Manakala kesalahan yang melibatkan senjata api pula boleh dihukum penjara setahun dan denda dari $315 hingga $1,875. 

GAMBAR MACKE BERSAMA EMPAT ORANG ANAKNYA



Tidak dapat dipastikan apa sebenar tujuan Macke bercuti di Jerman. Namun difahamkan terdapat sebuah pesta arak, 'Oktoberfest', yang akan dianjurkan di Munich di mana ia akan diadakan selama dua minggu bermula 16 September sehingga 3 Oktober. 


from The Reporter http://ift.tt/2xSCVYR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wpmpvG
via IFTTT

Friday, 29 September 2017

'Nak berjalan tak boleh, kalah orang dalam pantang, sakit tahap maksima!' - Menderita akibat guna jamu disumbat dalam lubang kemaluan


Dulu masa pertama kali dengar kaedah penggunaan jamu yang yang dimasukkan ke dalam lubang vagina, menimbulkan pelbagai tanda tanya di kepala, apakah boleh memasukkan sesuatu yang tidak sepatutnya ke dalamnya? Tidakkah ia akan mendatangkan sebarang kesan yang memudaratkan pengguna? Produk jamu ini selamat atau diiktirafkan oleh pihak kesihatan? 

Persoalan demi persoalan dan hari ini persoalan itu serba sedikit sudah terjawab berikutan ada bekas pengguna yang mendedahkan bahawa produk jamu itu telah mendatangkan masalah yang besar pada dirinya. 

Semoga pendedahan dari Khairul Yoi, Nor Suriani dan beberapa lagi individu yang lain mampu menyedarkan orang ramai betapa bahayanya menggunakan produk tersebut. 

"Jamu korek-korek ketat" 
(Tajuk macam haramjadah, tapi baca sajalah)

Itulah, aku dah kabor, orang perempuan memang gelojoh. Engkorang sabar jap. Nak ketat ke, nak sedap ke, nak mantap ke, jangan jadi mangkuk. Ini kes lebuh kurang macam meruang juga. Konon cuci faraj, nanti faraj bersih ketat macam masih dara katanya. Ini kata-kata dari founderlah. Biasanya founder yang suruh meruang dan insert segala makhluk asing dalam lubang korang ini, selalunya mengaji di Google sahaja. 

Tetapi apa kata doktor bertauliah yang belajar bertahun-tahun mengenai ilmu ini? Omak Yoi yang dah 13 tahun belajar ilmu tradisional ini bila ditanya dia kata;

"Ahh, ini semua bidaah! Orang tak buat meruang-meruang, korek-korek cium ini. ORang buat tangas saja kalau nak ketat. Yang bersalin buat tungku, urut, bla.. bla.. bla.." dia bebelkan aku. 

Jangan pelik, omak Yoi dulu pun bertugas di bahagian perbidanan di hospital. Sekarang dia dah bersara. Bila dia buat kelas, Yoi tukang jaga dewan. Jadi aku tahulah apa benda yang dia duk membebel pada anak-anak buah dia tentang vagina korang ini. 

Doktor pula kabor meruang dan insertion makhluk asing ke dalam vagina boleh menyebabkan scarring atau luka dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Itu pasal jangan memandai nak mengajar orang korek-korek. 


Tetapi, nakram power geng-geng ini, dikabornya pula;
  • "Jangan risau sis"
  • "Jangan risau dik
  • "Jangan risau akak-akak semua setakat ini tak ada lagi kes orang mati sebab insert jamu dalam lobang"

Allahu, sudahlah tak mengaji ilmu perubatan, nak lawan pula apa yang doktor dah larang. Lantak kaulah makcik, orang kata biar bodoh tapi jangan ajak orang lain jadi bodoh sekali. 

Kau jangan makcik, ini kes nyawa orang. Jangan disebabkan kau nak fulus sampai kau tak kisah akan kesihatan orang lain. Jangan begini, berniaga biar ada berkat, nanti berpeluh kau nak menjawab di depan tuhan. 

Memandangkan geng-geng perempuan begitu gelojoh nak melihat testimoni-testimoni manis dari tokey-tokey jamu, maka marilah kita jejaka-jejaka Malaya pula yang ambil tahu tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya nanti kalau isteri korang nak sumbat-sumbat jamu dalam vagina dia, bolehlah korang azankan saja isteri kroang. 

Ha, kejap lagi adalah golongan pentaksub nak kata aku tutup periuk nasi orang ini. Tak apalah, redha sajalah. Janji aku tak tutup 'vachina' korang sampai rapat dan tak boleh dibuka sudahlah. 

Sumber: Khairul Yoi

Di bawah, perkongsian dari Puan Nor Suriani yang menerima kesan/akibat dari penggunaan produk jamu tersebut.

PERINGATAN: Bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, hanya sekadar berkongsi pengalaman.

Ceritanya, saya memang menggunakan produk ***-Feminin Wash dan hati terasa nak cuba SKD11 untuk membantu masalah keputihan. Produk ini perlu insert atau dimasukkan ke 'bawah'. Satu bekas ada lima biji dan produk ini katanya perlu bersama untuk lebih effective.

Saya dah guna tiga biji sebelum ini untuk menarik keputihan keluar tanpa bersama dan okay boleh korek. Malam insert, esok keluarkan. Adalah kotoran keluar tetapi memang ketat gila-gila dan susah nak korek sebab dia menyempitkan faraj. Tak tahulah korek itu semua keluar atau tak, tapi kita yakinlah yang semua dah keluar sebab jari kita sendiri, kan. 

Hujung minggu baru-baru ini, saya insert dan bersama sebab katanya kalau bersama akan lebih berkesan. Selepas bersama, cuba korek tetapi tak boleh. Lubang tutup habis, tak boleh masuk langsung dan sakit tahap maksima. Dengan lekat di luar faraj macam simen, nak berjalan tak boleh dan mengalahkan orang dalam berpantang. Satu hari baring terlentang, tidak dapat duduk dengan betul dan sakit nak berjalan. 


Pagi Isnin terpaksa pergi ke klinik sebab rasa sakit dah mencapai tahap kritikal, sampaikan nak kencing pun menangis, pedih yang amat. Doktor klinik swasta cuba cuci luar dan masukkan jari tapi tak berjaya sebab melekat kuat. Inikan lagi dia cakap nak masukkan mulut itik itu. 

Katanya, "kalau yang sihat, bentuknya 'V' tetapi awak punya dah melekat."

Dia rujukkan saya ke pihak hospital, sebab kalau dia paksa, memang berdarah. Jadi malamnya saya berendam selama dua jam dalam besen dan tuang minyak baby oil dengan harapan mudah-mudahan boleh keluar. Tetapi tak boleh keluarkan. Cuma yang melekat di bahagian luar boleh tanggal, mungkin sebab dah kembang atau lembut, sebab dah rendam dengan air dan minyak sekali. 

Semalam pergi Hospital Serdang jumpa Gynea, memang doktor buat operasi korek paksa sampai berdarah dan banyak kotoran serta plastik keluar. 

"Betul ke sebiji? Kenapa ada benda asing which is plastik? Produk ini dibuat daripada apa dan before this you keluarkan jadi plastik ke?" soal doktor. 

Saya jawab tidak, hanya kotoran (seperti testimoni yang dikongsikan oleh pihak penjual).

"Ini banyak sangat dan saya cuba buat yang terbaik untuk keluarkannya," kata doktor. 

Saya? Menangis ada, menjerit pun ada, pegang nurse, gigit tudung, pegang bantal macam-macam sebab sakit. Serius saya tak beranak normal dan semuanya secara czer, jadi tak tahu cara orang kangkang macam mana, tak payah angkat punggung macam mana, memang terangkat-angkatlah punggung sikit kot sebab dia melekat dan dibuka secara paksa. Bayangkanlah sendiri. 



30 minit kemudian, doktor selesai mengeluarkan semua benda asing itu. Tengok hasilnya, memang terkejut. Kenapa ada yang jadi plastik putih macam itu, keras betul. Dalam 2-3 sentimeter panjang dan kotoran macam ketul-ketul. 

"Awak kena pantang bersama, mungkin sebulan atau mungkin sampai period akan datang sebab tisu awak rosak dah ni. Sebab benda itu melekat seperti gam di dalam.

"Saya tarik tadi susah dan dah cuba cuci sampai habis. Harap dah tak ada lagi. Dan jangan masukkan apa-apa lagi, kalau nak ambil ubat keputihan pun selepas period akan datang," pesan doktor. 

Malah doktor turut berpesan untuk maklumkan kepada semua, sesiapa yang mahu menggunakan produk ini, sila berhenti segera dan berhati-hati. Sampai hari ini, saya nak buang air kecil pun menggigil-gigil menahan pedih sebab sakit. 

Sumber: Nor Suriani

Di bawah pula, pandangan beberapa individu mengenai produk jamu berkenaan.




Golongan wanita dinasihatkan berhati-hati bila mengambil/menggunakan sebarang produk kecantikan yang dijual di pasaran/online. Pastikan produk yang ingin dibeli diiktiraf dan mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk jaminan keselamatan pengguna.


from The Reporter http://ift.tt/2fXqMbh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2xE6RrF
via IFTTT

'Kereta kami dirempuh, mujur anak-anak saya selamat' - Ibu dedah pentingnya letak anak dalam car seats


Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk meletak anak-anak kecil mereka di dalam kerusi khas kanak-kanak ketika berada di dalam kereta untuk keselamatan. Namun, masih ramai yang tidak mengambil peduli kononnya tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada anak mereka. 

Akan tetapi, bayangkan jika kita sudah berhati-hati ketika memandu, tetapi ada pemandu lain yang memandu dengan laju dan agresif, bersediakah kita pada waktu itu untuk mengelak keretanya yang akan merempuh kereta kita? Tambahan pula pada waktu itu, anak kita sedang bermain atau berdiri di bahagian kerusi penumpang belakang. Agak-agaknya apa yang akan terjadi? Nauzubillahiminzalik. Semoga bermanfaat. 

SAYA bukan jenis individu yang gemar memuat naik perkara yang serius atau peribadi di Facebook, tetapi apa yang saya mahu kongsikan ini adalah amat penting untuk dihadam oleh golongan ibu bapa.

Ini adalah sebab utama mengapa ibu bapa perlu menempatkan anak kecil mereka di kerusi khas kanak-kanak (car seats) dengan betul setiap masa. Biarpun mereka akan menjerit dan merungut tidak selesa kerana tali keledar yang dipasang terlalu ketat atau sebagainya. 


Ceritanya, kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak sulung pulang dari pra-sekolahnya. Hanya beberapa minit saja lagi untuk tiba di rumah, saya bercadang nak pergi membeli susu. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh kereta kami. 

Langsung tak terfikir kejadian/kemalangan seperti ini akan berlaku pada kami. Anak lelaki saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun menurut paramedik, keadaan mungkin berbeza jika saya tidak meletak dan memastikan anak-anak saya duduk di kerusi khas kanak-kanak itu dengan baik. 


Anak-anak saya selamat, begitu juga dengan saya. Mujur Tuhan melindungi kami pada ketika itu. 

Ramai yang menghubungi dan bertanya pelbagai soalan pada saya. Untuk makluman, anak bongsu saya berusia 6 minggu dan anak sulung berusia tiga tahun. Kereta yang dipandu saya adalah Honda CRV yang saya namakannya sebagai Yoshi (RIP Yoshi). 

Dua kerusi khas kanak-kanak yang digunakan adalah Chicco Keyfit 30 (infant) dan Graco Children's Products 4ever. Ketika kejadian, kedua-dua kerusi itu menghadap ke belakang.


Saya tidak menyangka post saya ini dibaca oleh ramai orang di mana pada awalnya saya cuma muat naik untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga sahaja. Saya harap apa yang dikongsikan itu dapat menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak dengan membuatkan ibu bapa berfikir dua kali mengenai soal keselamatan anak masing-masing. 

Sumber: Jenna Casdo Rabberman


from The Reporter http://ift.tt/2yNh1nU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2fWg1pF
via IFTTT

'Mak kena tikam!' - Surirumah mati dibunuh penyamun


KUANTAN, PAHANG - Seorang surirumah ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada, dipercayai dibunuh di rumahnya, hari ini, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, mangsa, Norhasilah Ismail, 34, dikatakan baru pulang dari menghantar dua anaknya ke sekolah sebelum menyedari rumah mereka dipecah masuk seorang lelaki dipercayai ingin menyamun. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian itu berlaku, anak lelaki mangsa berusia empat tahun dikurung oleh suspek di dalam bilik. 

"Berlaku pergelutan di antara mangsa dengan suspek menyebabkan mangsa ditikam di perut sebelah kanan dan dada sebelah kiri menggunakan senjata tajam. 


"Mangsa ditemui oleh suaminya yang baru pulang dari kerja pada jam 12.30 tengah hari di ruang tamu rumah mereka. Siasatan masih dilakukan mengenai motif kejadian dan kami tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan samun. 

"Kerugian dan barang yang hilang masih lagi disiasat polis bersama pasukan forensik dan unit anjing pengesan K9," katanya. 

Anak lelaki mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian, suspek dilaporkan memakai topeng. 


Abdul Aziz berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah mangsa bagi memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat. 


Sementara itu, anak mangsa, Mohd Aqil Nasrul, 4, menjerit "Mak kena tikam, mak kena tikam," kepada abangnya, Mohd Abid, 8, mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka. 

Menurut Mohd Abid, anak kedua dari tiga beradik itu memberitahu ketika kejadian itu, dia baru pulang dari sekolah bersama bapanya, ternampak adiknya dari tepi tingkap bilik menjerit memaklumkan kejadian sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah. 

"Saya tengok adik pucat, minta tolong. Dia menjerit beritahu mak ditikam," katanya. 

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, Mohd Abid membuka pintu bilik di mana tempat adiknya dikurung dan terkejut apabila mendapati apa yang diberitahu adiknya itu adalah benar sebelum memaklumkan kepada bapa mereka, Nasrul Mansor, 32. 


from The Reporter http://ift.tt/2fy1ks4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2xQ0Fwu
via IFTTT

Thursday, 28 September 2017

Selama ini over konfiden boleh masuk syurga, rupa-rupanya amalan kita direject Tuhan


Hari ini aku pergi bank, nak keluarkan duit. Aku tengok, ramai betul manusia di bank ini. Baru lepas gaji kot? Aku pergi keluarkan duit di mesin ATM.

"Srukk...Srukk...Srukk..." bunyi mesin mengeluarkan duit. Kemudian aku pergi pula ke mesin Cash Deposit, nak bayar hutang. "Tet..Tet..Tet..", aku tekan nombor akaun nak masukkan duit. "Srukk...Srukk...Srukk..." mesin cash deposit kira duit aku. 

Tiba-tiba mesin tulis ada beberapa keping wang kertas aku yang tidak boleh diterima. Pelik betul? Padahal aku baru saja keluarkan duit itu dari mesin ATM bank yang sama. Tetapi mesin bank yang sama juga telah reject duit aku. 

Perkara ini membuatkan aku terfikir, agaknya inilah nanti yang akan berlaku semasa kita ditimbang atas Al-Mizan untuk Tuhan tentukan kita masuk Syurga atau Neraka. 

Selama ini kita dengan over konfidennya rasa kita boleh lepas nak masuk Syurga. Tapi semasa ditimbang amalan, rupa-rupanya amalan kita direject oleh Tuhan dan akibatnya kita kena masuk api neraka. 

Muhammad Yusof dan anaknya
Sekarang aku tengok, ramai daripada kita yang rasa diri mereka dah perfect segala benda. Bila mereka rasa diri mereka perfect, mulalah mereka rasa orang lain tidak perfect seperti mereka. 

Lalu mereka mula mengutuk orang lain, menghina orang lain, memaki orang lain, memperlekehkan orang lain, mengejek orang lain, bash orang lain, troll orang lain sebab mereka rasa mereka betul dan orang lain salah. Dia saja yang perfect, orang lain tidak. 

Mereka sedap saja kutuk orang lain sebeb mereka konfiden boleh lepas soalan Munkar Nakir dengan mudah, boleh lepas seksaan dalam kubur dengan mudah, boleh lepas panas matahari sejengkal di padang mahsyar dengan mudah, boleh lepas proses hisab dengan mudah, kemudian mereka rasa konfiden boleh masuk syurga dengan mudah. 

Jangan rasa begitu yakin saudara-saudari, tengok apa yang berlaku pada aku tadi. Duit baru saja keluar dari bank, tetapi bank yang sama telah reject duit aku. 

Takut kita buat amalan baik punyalah banyak, tetapi bila nak masuk syurga, 'tup-tup' Tuhan reject kita dengan asbab benda remeh temeh yang kita tulis di Facebook. Risau juga aku, korang tak risau ke?



from The Reporter http://ift.tt/2xBaKOl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ywLchU
via IFTTT

Terjumpa najis di timbunan ikan bilis di pasar raya


RAWANG, SELANGOR - Viral gambar penemuan najis binatang di timbunan ikan bilis yang dijual di sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Nanmanjoi Hamzah pada jam 1.39 pagi semalam mendakwa, insiden itu berlaku di sebuah pasar raya di Rawang. 

"Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu," tulisnya di Facebook Group. 

Sementara itu, ada segelintir netizen yang menafikan najis itu adalah najis anjing, sebaliknya najis kucing berikutan saiznya dan perilaku kucing yang gemar memakan ikan bilis. 

Selain itu, netizen mendesak pihak Jabatan Kesihatan Negeri turun padang dan menyiasat insiden itu bagi mengambil tindakan terhadap pasar raya berkenaan kerana ia melibatkan soal kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari pihak pasar raya berkenaan berhubung dakwaan penemuan najis haiwan tersebut.




from The Reporter http://ift.tt/2hzdFk5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2k5NDpq
via IFTTT
loading...