HANGZHOU, CHINA - Seorang wanita yang sarat mengandung dirakam merayau-rayau dalam sebuah bengkel kereta di timur China, sebelum meninggalkan bayinya yang baru dilahirkan, lapor South China Morning Post.
Dalam kejadian jam 8 pagi, Sabtu, di wilayah Zhejiang itu, bayi itu ditemui oleh pekerja bengkel tersebut di atas lantai.
"Bila saya menemui bayi itu, bibirnya sudah kebiruan. Dia tidak menangis tetapi bila melihat banyak kesan darah di atas lantai, saya mula berasa bimbang. Saya tahu ia bayi yang baru dilahirkan tetapi saya tidak pernah melihat bayi sekecil ini," kata Xiao Song.
Xiao Song dan pekerja bengkel yang lain kemudian membalut bayi itu dengan selimut sebelum menghubungi pihak ambulans untuk membawanya ke hospital.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang wanita memakai kot berwarna kuning dilihat merayau-rayau dalam bengkel. Wanita itu kemudian mencangkung sambil menanggalkan seluarnya.
Kurang dari 30 saat kemudian, wanita itu berdiri dan memakai seluarnya semula sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun, beg tangan, termasuk kad pengenalan dan dompetnya tertinggal di tempat kejadian.
Pihak hospital berkata, bayi yang baru dilahirkan itu tidak mengalami sebarang masalah serius, hanya mengalami kesejukan sahaja.
Polis Hangzhou melaporkan, ada seorang wanita yang tampil menutut bayi berkenaan.
"Saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa beranak di situ. Selepas bersalin, saya tak tahu nak buat apa dan meninggalkan tempat itu sekejap.
"Apabila saya balik semula, saya tengok bayi saya dah tiada," katanya.
Bagaimanapun, laporan tidak menyatakan berapa lama wanita berkenaan menghilangkan diri dari tempat kejadian. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2nqL7YH
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mqjApd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment