Khabar berita itu dimaklumkan oleh anaknya, Muhammad Soleh, yang ibunya, Siti Muhibbah Alip, 53, menghidap kanser payudara tahap empat telah meninggal dunia Jumaat lalu.
"Allah lebih sayangkan ibu. Tetapi Alhamdulillah pemergiannya sangat mudah.
"Sebenarnya adik An dipisahkan oleh seseorang semenjak kecil lagi. Kemudian bila meningkat remaja, adik An dapat mencari mak saya dan kali terakhir berjumpa pada 2013 sebelum hilang tanpa khabar berita.
"Tak apalah, ini semua kerja Allah. Saya yakin suatu hari nanti adik ini akan sedar. Kita sama-sama mendoakan dia.
"Mak lah teman gaduh, mak juga teman berbual, teman ketawa. Tetapi hari ini mak akan menjadi teman doaku dalam sembahyangku.
Mak...pagi semalam bagai ada pesta meraikan seseorang...ya mak..sebenar nya meraikan kepulangan kau pulang kepada sang...
Posted by Muhammad Soleh on Friday, March 10, 2017
Sayu membaca status Facebook Muhammad Soleh pada 11 Mac lalu, selepas sehari pemergian arwah ibunya yang tersayang.
Muhammad Soleh sebelum ini memuat naik status di Facebook yang mahu mencari adik perempuannya yang telah lama terpisah sejak 2013, agar kembali ke pangkuan keluarganya di Desa Perwira, Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
BACA: 'ADIK AN, BALIKLAH, MAK SEDANG BERTARUNG NYAWA KANSER TAHAP 4'
Ketika menemani ibunya di hospital, Muhammad Soleh pernah bertanya apa punca adiknya merajuk sehingga tidak mahu pulang, namun ibunya hanya mendiamkan diri.
Ketika menemani ibunya di hospital, Muhammad Soleh pernah bertanya apa punca adiknya merajuk sehingga tidak mahu pulang, namun ibunya hanya mendiamkan diri.
Kali terakhir ibunya bertemu dengan Siti Aminah, anak kelima dari enam beradik pada 2013. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2nySlc6
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n3TID4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment