loading...

Saturday, 18 March 2017

'Memang bangga dapat bini lawa tetapi kalau dah selalu mengalah, tak ke senak?'



Aku ayah kepada dua orang anak. Isteri aku tak kerja, duduk di rumah saja tetapi ada buat perniagaan online. Aku tak bagi dia kerja sebab dia pernah kerja masa anak seorang. Bila penat, dia mengamuk taktentu pasal. Terus throwback zaman dia anak dara dulu. Sebab itu aku tak bagi dia kerja, serabutlah aku. 

Dipendekkan cerita, aku ingat bila dia dah tak kerja, perangai dia akan berubah tetapi rupanya tidak. Alasan pula sebab dia terkongkong. Ini bahana dari baca 1,001 tips di Facebook. Suami kena itu lah, kena inilah. Korang tahu tak, realiti itu tak seindah fantasi, tahu tak? 

Dulu sebelum berkahwin dengan dia, aku dah tahu yang dia ini jenis kaki selfie, suka make up, nak masak jauh sekali. Kalau update makanan ke, bukan dia yang masak tetapi mak dia masak atau dia makan di luar. 

Aku pula nak sangat kahwin dengan dia. Aku fikir, "tak apalah, nanti dah kahwin tahulah dia masak, belajar perlahan-lahan uruskan rumah tangga,". Tetapi aku silap! Alasan dia, ada anak mana sempat nak masak semua itu? Orang kalau dah pemalas memang tak boleh buat apa. 

Masa belum ada anak dulu, adalah dia belajar memasak tetapi yelah, orang baru nak belajar masak mana nak sedap. Terpaksa aku telan juga. 

Bab selfie pun, aku ingat bila dah kahwin dan dah ada anak, tak adalah selfie. Ini tak, sama saja. Entah lelaki mana yang letak tanda love semua. Memang tak reti jaga perasaan lelaki ke? 

Sudahlah dia suka tag-tag nama aku di petua suami mithalilah, apalah. Aku sebagai lelaki pun tak ada nak tag dia. Pandailah aku baca sendiri, kemudian aku perbaiki apa yang kurang. 

Aish, mana lelaki yang belum kahwin lagi tu, kalau nak cari isteri, sebenarnya korang boleh sajam enilai dari luaran dulu. Biasa orang pandai melawa ini, bila bab uruskan rumah, dia memang hampeh. Pilih yang sederhana sahaja. 

Bukan aku tak nak tegur isteri, tetapi dia jenis asal gaduh dengan sesiapa pun sikit-sikit nak update status. Jenis tak reti menjaga aib orang. Aku kadang-kadang tengok dia bengang dengan customer pun, padahal jadi dropship saja, belum ada bisnes semegah dah update bukan-bukan tentang customer.

Pening woii pening! Rasa nak putar masa semula dan cari perempuan yang biasa-biasa saja. Tak payahlah nak ala-ala model Insta tu ha! Bangga memang bangga dapat bini lawa tapi kalau dah selalu kena mengalah, tak ke senak? 

Itu belum urusan anak-anak lagi. Anak-anak kadang-kadang pandai tidur sendiri. Aku kadang-kadang tengok anak sulung umur 3 tahun, aku kasihan. Kalau aku balik, macam anak tak cukup kasih sayang. Isteri aku jenis suka tengking anak. Kalau anak menangis ke apa, dia memang tak reti nak pujuk. Anak pun dimandikannya sehari sekali sahaja. 

Beruntunglah suami yang dapat isteri yang pandai masak, rajin mengemas rumah. Tetapi itulah, dah takdir aku begini, nak buat macam mana? Mengeluh sajalah dan terus berdoa agar perkahwinan selama 4 tahun lebih ini terus bertahan. 


from The Reporter http://ift.tt/2mCEWii
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nxScK0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...