Dari laman 9 Bulan 10 Hari
Kes ini berlaku pada tahun lalu dan ini adalah luahan dari follower 9 Bulan 10 hari. Gara-gara mengidam mangga muda, Aisyah ditendang suami semasa hamil enam bulan. Akibat dari kejadian itu, anaknya disahkan cacat seumur hidup! Allah..
Mereka bercinta, berkahwin, bunting pelamin dan semuanya baik-baik saja sebelum ini. Tetapi apabila masuk part Aisyah meluahkan yang dia mengidam sesuatu, suaminya rasa Aisyah mengada-ngada.
"Banyak kali saya diam kak, sebab saya tahu suami saya tak suka. Tetapi ada sekali itu, saya teringin nak bau mangga tu. Saya tak tahu nak minta pada siapa. Saya menangis sebab teringin sangat-sangat.
"Masa itu kandungan berusia enam bulan. Saya minta elok-elok saja dengan suami. Saya siap beritahu, "Kalau tak ada, tak apalah bang,", dia terus menendang perut saya, kak. Saya terus rebah dan darah keluar.
"Anak kami disahkan cacat serta-merta sebab tendangan itu kuat sangat.
"Doctor cakap disebabkan tendangan suami saya berturut turut di bahagian perut, pinggang dan lutut sehingga saya rebah dan perut terhentak. Itu yang menyebabkan anak kami cacat," katanya.
"Doctor cakap disebabkan tendangan suami saya berturut turut di bahagian perut, pinggang dan lutut sehingga saya rebah dan perut terhentak. Itu yang menyebabkan anak kami cacat," katanya.
Suami Aisyah mengalami masalah kewangan dan dia mudah baran apabila bercakap soal duit.
Kini Aisyah sudah selamat melahirkan anaknya. Part sedih bila suaminya semakin tertekan kerana terpaksa menanggung expenses ubat dan setiap hari memohon maaf pada Aisyah di atas kesilapannya itu.
Anak Aisyah, terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan seumur hidupnya. Allah..
TIPS BUAT SUAMI UNTUK MENGHADAPI SAAT KEHAMILAN ISTERI
1. Percayalah, jika anda terasa sempit, Allah akan hantar rezeki buat anda dan keluarga dengan kehadiran anak. Janganlah hukum anak yang tak bersalah, kasihanilah dia. Dia hanya ada anda untuk pertahankan nya.
2. Ambil berat soal mengidam isteri anda yang hamil. Dia bukan buat-buat, dia bukan mengada-ngada, dia memang teringin. Ya, benar-benar teringin. Ada wanita hamil yang boleh menangis kalau dia tak dapat makan apa yang dia nak. Sampai tahap macam itu sekali seorang wanita hamil lalui.
3. Bawalah isteri anda bersiar-siar, dia perlukan udara segar. Dia perlu cerita, perlu rasa disayangi, dia nak rasa bau badan suami dia tu. Jadi, sayangilah dia. Kasihan isteri anda, dia kan milik anda.
4. Doa seorang isteri mudah dimakbulkan Allah. Kalau anda nak rasa berjaya dan terus berjaya dalam kehidupan anda, berbuat baiklah dengan isteri dan anak-anak dan lihatlah hasilnya, kehidupan anda akan bertambah gembira dan berjaya. Janji Allah itu pasti.
5. Masa hamil, bawa isteri buat aktiviti sukan. Wanita hamil pun perlu bersukan tetapi ada cara-caranya.
Berminat dengan buku ini?
Anda boleh dapatkan di sini:
http://ift.tt/2nC5Lbo;
atau hubungi 9bulan10hari di aplikasi
WhatsApp, 018-400-7008.
Tips bersenam bagi ibu hamil untuk terus ceria dan awesome, sila rujuk muka surat 46-50 dalam buku 9 Bulan 10 Hari
6. Bukan ini saja peranan suami, ada banyak lagi di page 53-55 buku 9 Bulan 10 Hari yang akan mengindahkan lagi proses kehamilan dan kelahiran anak anda.
7. Bagi isteri pula, isteri juga ada peranannya. Ada game yang dia perlu buat untuk terus menambat hati suami. Baca page 57 untuk terus menjadi surihati terbaik buat suami walaupun ketika hamil dengan perangai-perangai pelik ini.
8. Ingat! Anak dalam kandungan pandai copy paste perangai ibu bapanya. Semakin anda berkasih sayang, bersedekah, menghormati ibu bapa anda, mengasihani orang-orang susah, suka buat kerja amal, suka mengaji dan berzikir, percayalah anak-anak anda akan sangat menjadi luar biasa pemikiran dan akhlaknya. Dia saham akhirat anda. Buatlah yang terbaik untuknya.
Untuk lebih info kehamilan dan kelahiran, anda juga boleh follow laman Facebook 9bulan10hari.
Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya.
from The Reporter http://ift.tt/2mH8WcT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mLmchr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment