loading...

Monday, 13 March 2017

'Ada ramai yang berhutang dengan saya, tapi tak ada tanda² nak bayar balik'

  • Ramai yang berhutang, tiada tanda nak bayar balik & buat tak tahu
  • Banyak perkara baik yang berlaku & rezeki semakin bertambah selepas halalkan semua hutang itu
  • Tetapi ingat, orang yang suka berhutang tapi liat nak bayar, hidup mereka tak berkat dan rezeki susah masuk



Ada ramai yang berhutang dengan saya, tapi tak ada tanda-tanda nak bayar balik. Sudah lama menunggu. Saya okey saja, tak kisah pun tetapi sekurang-kurangnya beritahulah kalau nak minta lewatkan pembayaran atau minta dihalalkan ke. Kebanyakannya senyap sunyi sepi, macam tak pernah ada hutang. 

Beberapa bulan lepas, saya bermuhasabah mengenai kematian. Banyak perkara kematian terlintas di hati dan terfikir betapa sengsaranya perjalanan kehidupan selepas mati bagi orang-orang yang ada hutang yang belum diselesaikan. Sedih.

Saya pun bertekad untuk menghalalkan semua hutang-hutang, agar mereka hidup tenang dunia akhirat. Niat supaya dapat memudahkan urusan sesama muslim. Seperti mana saya tidak mahu diri sendiri hidup terseksa selepas mati, begitu juga saya tidak mahu kawan-kawan terseksa. Walaupun secara kiraan dunyawi saya macam rugi, tapi hati rasa tenang dan gembira dapat tolong kawan-kawan.

(وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)
[Surat Al-Baqarah 280]

Ertinya: Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Alhamdulillah, banyak perkara baik berlaku selepas saya halalkan semua hutang itu. Ada beberapa doa yang dah lama saya minta, Allah makbulkan. Dan rezeki makin bertambah. Saya tak tahu ada kaitan dengan hutang itu atau tidak, ini semua urusan Allah. Tetapi ia berlaku selepas saya sedekahkan hutang-hutang itu.

Nasihat untuk orang-orang yang berhutang, ingat hadis ini;

“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)

Allah akan mudahkan rezeki jika kita ikhlas ingin membayar hutang. Cuba kita perhatikan jika ada orang-orang sekeliling yang suka berhutang tapi liat nak bayar, hidup mereka tak berkat dan rezeki susah masuk.


from The Reporter http://ift.tt/2nnoF2B
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mlrHm3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...