loading...

Friday, 24 March 2017

Ng Pei Ven mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah

Foto - Free Malaysia Today
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Pemandu Gen 2 yang memandu melawan arus pada minggu lalu, memilih untuk mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini, lapor Harian Metro

Ng Pei Ven, 19, yang menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, meminta untuk dibicarakan. 

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dan Majistret Jamaliah Abd Manap kemudian membenarkan remaja berkenaan dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Jumaat lalu, Ng dituduh di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan syabu. Namun Ng mengaku tidak bersalah. Ng dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin bagi tuduhan tersebut. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2obD1Tc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n0EpYI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...