loading...

Wednesday, 31 March 2021

'Muhammad Sajjad mungkin berada di luar negara' - Polis


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan bahawa pihak polis Selangor tidak pernah berhenti mengesan lokasi sebenar lelaki bernama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman. 


Beliau berkata, lelaki itu kini berkemungkinan berada di luar negara dan pihaknya masih menjalankan pemantauan. 


"Jika tidak silap saya, telah dinyatakan yang dia berada di luar negara. Ada berita nyatakan dia ada di luar negara. Tapi, kita masih lagi monitornya," katanya. 


Baru-baru ini, anak Kamaruzzaman itu dalam Instagram Live-nya menafikan dakwaan dirinya telah murtad, malah dengan yakin mengatakan dia tidak menyorok kerana mukanya terlalu cantik untuk disorok. 


Selain itu, Muhammad Sajjad berasa polis tidak akan mencarinya pada masa ini kerana polis mempunyai lebih banyak tugas yang penting berbanding kes yang sedang dihadapinya itu. 


"Bila masa kita jadi perlarian, buat apa nak jadi pelarian, masa bila saya menyorok dan saya bukan menyorok, tetapi hanya mendiamkan diri daripada media sosial Instagram. 


"Pihak polis tidak akan mencari saya kerana mereka mempunyai urusan yang lebih penting berbanding saya," katanya. 


Ditanya mengenai kenyataan lelaki menyerupai wanita itu, Huzir enggan mengulas lanjut dan menegaskan kes itu masih dalam tindakan polis. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3dmgfmR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3sHrY5U
via IFTTT

Remaja sambut kelahiran bayi teman wanitanya, kemudian dibuang & dibiarkan mati dalam semak


Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya masing-masing berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai membuang bayi, susulan penemuan mayat bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas, Isnin lalu, 29 Mac 2021. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi berkenaan hasil hubungan sulitnya bersama teman lelaki pada Januari 2020 sebelum disahkan hamil. 


Remaja itu melahirkan bayinya pada jam 12 tengah malam yang disambut oleh teman lelakinya sendiri di sebuah rumah di Kandang. 


Sebaik saja dilahirkan, si teman lelaki memasukan bayi yang masih hidup itu ke dalam kotak plastik yang kemudian dibungkus dalam plastik hitam untuk dibuang di kawasan semak. 


Pasangan itu kemudian pergi ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan. Petugas hospital yang berasa curiga lalu melaporkan kepada polis menyebabkan kedua-duanya ditahan di perkarangan hospital pada jam 9 pagi Rabu, 31 Mac 2021. 


Suspek lelaki mengambil semula mayat bayinya dan diserahkan kepada polis. pasangan itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3rEDHkl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ucM3Be
via IFTTT

'Dia mati secara perlahan & menyakitkan' - 2 remaja belasah gelandangan sampai mati sebab enggan beri duit untuk beli gula-gula


Dua remaja lelaki didakwa membelasah seorang gelandangan sehingga mati selepas enggan menyerahkan wang kepada suspek yang mahu meminta wang untuk membeli gula-gula. 


Suspek berusia 12 dan 13 tahun itu dipercayai membelasah Petr Balika selama beberapa jam selepas berjaya mengumpannya ke sebuah lokasi terpenci di Izmail, Ukraine.


Ketika disoal siasat, salah seorang suspek mengaku melakukan jenayah itu. Sebelum kejadian, mereka bertemu dengan mangsa dan mengajaknya ke satu lokasi yang tidak dilalui orang awam.


"Kami datang menemui dia dan meminta dia untuk meminta wang dari pejalan kaki. Kami perlukan duit untuk membeli gura-gura. Tetapi dia menolak untuk menunaikan permintaan kami. 


"Selepas itu, kami memaksa dia untuk mengikuti kami ke satu tempat terpencil dan sebaik saja tiba, kami terus menumbuk wajahnya sehingga dia tejatuh. Di kesempatan itu, kamai membelasah lelaki itu. Kemudian kami terjumpa kayu dan lalu memukul mangsa menggunakan kayu itu.


Mayat mangsa berusia 58 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian pada awal pagi Ahad lalu, oleh seorang individu yang sedang membawa anjing peliharaannya berjalan-jalan. 


Pakar Forensik berkata, mangsa maut akibat kecederaan trauma di kepala dan perutnya kerana dipukul terlalu lama dan tulang rusuknya juga patah. 


"Dia mati secara perlahan dan menyakitkan," kata pakar itu kepada media yang juga memaklumkan masih belum diketahui mengapa mengapa pakaian mangsa dibuka.


Jurucakap polis berkata, berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian, gelandangan itu mati dibunuh dua suspek berusia 12 dan 13 tahu. 


Di Ukraine, individu yang berusia 14 tahun sudah layak menerima atau menjalani hukuman yang telah ditetap. Dua suspek berkenaan bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai memberi keterangan kepada polis. 


Pihak mahkamah akan menentukan sama ada dua remaja lelaki itu dihantar ke dalam pusat juvana, sementara siasatan sedang dijalankan. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3fwBJ36
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3m93qjw
via IFTTT

6 operator kilang palsukan MC dihadapkan ke mahkamah, 3 lelaki mengaku bersalah, 3 wanita mengaku tak bersalah


Gara-gara memalsukan sijil cuti sakit, enam operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 29 Mac 2021 atas kesalahan yang dilakukan pada Oktober 2020 hingga Februari 2021. 


Tiga tertuduh iaitu, Mohamad Hafizi Zainuddin, 29, Muhammad Zulhakimi Masdi, 23, dan Muhammad Amir Md Ishak, 19, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, manakala Nur Farah Amira Alisham, 21, Nurul Izzah Abdul Razak, 21 dan Marsya Fatini Mohd Rani, 20 mengaku tidak bersalah memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan dua majistret, Mohd Zaki Abd Rahman dan Sri Pracha Nanthini Balabedha. 


Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa menggunakan suatu dokumen tulen iaitu sijil cuti sakit yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu. 


Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat EMS M Engineering Medical System Sdn Bhd antara 27 Oktober 2020 hingga 27 Februari 2021 kira-kira jam 9 pagi. 


Lima daripada tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan, manakala Marsya Fatini didakwa dengan dua pertuduhan. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Pada prosiding di Mahkamah Majistret 1, Mohd Zaki menjatuhkan hukuman denda RM2,700 dan penjara lima hari bermula tarikh tangkapan ke atas Mohamad Hafizi dan Muhammad Amir.


Dalam mahkamah sama juga, Mohd Zaki turut membenarkan Nurul Izzah diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Kalaivaanan, manakala dua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Abdul Nasir Wahid dan seorang lagi tertuduh diwakili peguam Muhammad Zayumi Mohd Yusof.


Di Mahkamah Majistret 2 pula, Sri Pracha menjatuhkan hukuman denda RM3,500 dengan penjara lima hari bermula hari ini ke atas Muhamad Zulhakimi, selain membenarkan Nur Farah Amira dan Marsya Fatini diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing iaitu Nur Najihah Ahmad Zulkarnain, Muhammad Zayumi dan Chiang Kian Hong.


Kedua-dua majistret kemudian menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang doktor yang mengesyaki tandatangan dan cop miliknya telah dipalsukan. Doktor berkenaan mengesyaki enam individu terbabit telah memperdayakan majikan mereka dengan mengemukakan sijil cuti sakit menggunakan cop dan tandatangan miliknya yang disyaki palsu. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/3u9shGP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PqSlhT
via IFTTT

Gagal kawal nafsu, rider cabul remaja wanita di Kota Bharu dipenjara setahun


Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang lelaki berusia 52 tahun atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada 25 Mac 2021. 


Tertuduh, Amran Abdullah, yang bekerja sebagai buruh di sebuah kedai besi mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Atikah Abd Halim.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di Jalan Hamzah, Lorong Limau Manis, Kota Bharu, jam 9.40 pagi, 25 Mac 2021.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman itu. 


Mengikut fakta kes, Amran menunggang motosikal di menghampiri mangsa dari belakang dan bertanya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak. Tetapi mangsa menolak pelawaan itu dan Amran pun beredar. 


Amran kemudian kembali mendatangi mangsa lalu menyentuh punggungnya sebelum meneruskan perjalanan, meninggalkan mangsa yang terkejut dengan kejadian itu.


Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes yang sama sebelum ini. 


Namun, peguamnya, Siti Atikah merayu agar mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana anak guamannya merupakan perlu menanggung kedua ibu bapanya yang sudah lanjut usia. 


"Tertuduh telah pun menerima hukuman daripada masyarakat kerana kes ini sudah tular di media sosial. Ia sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada tertuduh," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3whzPsU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dn1KPx
via IFTTT

(Video) 'Kau ada hormat tokey? Kau sebut C**ai kat bini tokey kan?!' - Pekerja disepak & ditampar sebab tinggikan suara pada bini tokey


Video seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dibelasah tanpa belas kasihan, viral di media sosial sehingga mengundang banyak reaksi netizen. 


Video pertama berdurasi 1 minit 37 saat menunjukkan, mangsa duduk di satu sudut dalam keadaan mukanya lebam akibat dipukul oleh salah seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian itu. 


Berdasarkan video, suspek pertama bertanya adakah dia menunjukkan rasa hormatnya kepada majikannya sebelum itu. Mangsa kelihatan keliru dan mengambil masa yang agak lama untuk memproses soalan itu.


Berang melihat mangsa tidak menjawab pertanyaan itu menyebabkan suspek bertindak menendang dan melempang muka mangsa dengan kuat sehingga bibirnya mengalami pendarahan. 


Setelah dipukul, mangsa menjawab tiada. Suspek juga mempersoalkan mengapa mangsa meninggikan suara terhadap isteri majikannya. Namun, mangsa menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia bercakap dengan suara yang agak lantang kerana merasakan suaranya tidak didengari wanita itu. 


Mangsa: "Saya takut dia tak dengar."


Suspek: "Biar betul tak dengar, kau cakap kuat mana?!" 


Mangsa: "Nyaring macam inilah." 


Jawapannya itu mengundang suspek bertindak memukulnya, tetapi sempat ditahan menggunakan tangan kiri. 


Suspek: "Cakaplah!" 


Mangsa: "Macam ni lah saya cakap." 


Suspek: "Kau sebut C***i kan?!" 


Mangsa: "Saya tak ada sebut pun kata-kata kesat!" 


Suspek: "Takde?" 


Mangsa: "Kan CCTV tu boleh rakam.." 



Video kedua berdurasi 20 saat pula menunjukkan mangsa dipaksa memakai topi keledar, menghisap rokok dan memegang sebotol bir jenama Tiger. Difahamkan, suspek memaksanya minum bir tersebut. 


Mangsa: "Saya dah tak dapat minum."


Suspek: "Tak dapat minum?! Aku suruh kau minum!!!!" 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah lot kedai di Taman Seri Duyong di Ayer Molek, Melaka. 


Lapor Sin Chew Daily, mangsa diambil bekerja dengan sebuah syarikat alat telekomunikasi yang menjalankan aktiviti perjudian online dengan gaji RM2,500 sebulan. 


Namun, apabila pekerjanya mahu meninggalkan syarikat itu, mereka akan didera secara fizikal dan majikan akan menuntut mereka membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM7,500. 


Ramai netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan. 


Sumber: World of Buzz, Sin Chew Daily




from The Reporter https://ift.tt/3sFBWoa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dkDQUR
via IFTTT

Lelaki dipenjara 2 tahun kerana ugut bunuh kakak tak masak nasi selepas dia bangun dari tidur


Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya hanya kerana tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac 2021. 


Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyme Rosli. 


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.


Berdasarkan pertuduhan terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Mohammad Shafiq pada waktu kejadian yang baru bangun dari tidur telah mengugut mahu membunuh Mahsuri Romly, 37, dan ahli keluarga yang lain kerana mangsa tidak memasak nasi. 


Tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 9 malam, 17 Mac 2021, di kediaman keluarganya di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu.


Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali. 


Siti Edabayu merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa pada masa akan datang. Tetapi Siti Atikah pula merayu agar mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana percaya tertuduh telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahnya itu lagi. 


"Saya yakin tertuduh sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Saya juga memohon hukuman bermula dari tarikh tangkapan dibuat," katanya. 


Setelah berpuas hati mendengar hujah dari kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap. 


Sumber: Berita Harian




from The Reporter https://ift.tt/31yjfqz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rC33PP
via IFTTT

Bekas koperal bunuh anak tiri dihukum gantung sampai mati, sempat pesan pada keluarga 'Jaga anak abang baik-baik'


Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak-anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lalu.


Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Sejurus prosiding selesai, Muhammad Khairuanuar, yang kelihatan tenang berada di kandang tertuduh, berpaling ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam sambil tersenyum dan berkata, "Insya-Allah, Allah dah tentukan, doa yang baik-baik. Jaga anak abang baik-baik."


Keluarganya yang mendengar kata-kata itu tidak dapat menahan sebak dan dilihat menangis.



Tertuduh didakwa membunuh Hanis Amanda Mohd Zafil yang berusia dua tahun ketika kejadian di sebuah kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini antara 7 pagi dan 7.30 malam, 6 November 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Dalam penghakimannya, Hakim Sequerah berkata mahkamah mendapati bahawa seluruh keterangan mengikut keadaan di dalam kes ini menjurus kepada kesimpulan tertuduh membunuh si mati.


"Oleh itu, mahkamah mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 302. Hukuman di dalam kes ini adalah mandatori iaitu gantung sampai mati," kata hakim itu.


Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil membela diri sepanjang perbicaraan itu.



Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria manakala peguam Fahri Azzat mewakili tertuduh.


Kes menyayat hati itu dilaporkan media pada November 2015 yang membawa kepada pembukaan akaun Facebook atas nama "Keadilan Untuk Amanda."


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3drkM7E
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31yqzCH
via IFTTT

'Uinahh! Sampai patah 7 batang gigi' - Lelaki dibelasah sebab tegur pemandu sebelah tak beri isyarat ketika masuk ke lorong laju


Gara-gara menegur pemandu lain yang tidak memberikan isyarat ketika masuk ke lorong laju, seorang lelaki berusia 21 tahun dibelasah sehingga mengalami kecederaan teruk. 


Ketua polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin, 29 Mac 2021 jam 10 malam  di Jalan Kolam, Kota Kinabalu, mangsa yang memandu Honda S660 sebelum itu berselisih dengan Perodua Alza. 


Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, mangsa telah menegur pemandu Alza yang dikatanya tidak memberikan isyarat ketika masuk ke lorong laju.


Berang dengan teguran itu, pemandu Alza bertindak memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan batang besi. 


Suspek juga memukul mangsa di bahagian kepala dan tangan menggunakan objek yang sama sebelum masuk semula ke keretanya dan beredar dari tempat kejadian. 


Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus datang membawa mangsa keluar dari kereta dan menghubungi keluarganya serta dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan, selain tujuh batang giginya patah. 


Polis telah mengenalpasti identiti suspek dan satu gerakan memburu suspek telah dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 


Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman denda atau sebat, atau hukuman penjara maksimum 20 tahun. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3cDhsak
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3w7qdkq
via IFTTT

'Elok dipijak je diorg ni' - Ibu 3 anak ditangkap. disyaki berkhalwat dengan lelaki lain ketika suaminya di penjara


Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan seorang wanita yang masih berstatuskan isteri orang kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kegiatan maksiat pasangan itu. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, bertindak di atas aduan itu, sepasukan anggota penguat kuasa JAIK diarahkan membuat serbuan ke rumah sewa yang beralamat di Sintok, Kedah pada jam 3 pagi Selasa, 30 Mac 2021. 


Tiba di lokasi, anggota penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu yang kemudian dibuka oleh wanita berusia 32 tahun itu bersama dengan lelaki berusia 30 tahun terbabit. 


Pemeriksaan di dalam rumah itu juga mendapati ada tiga kanak-kanak berusia dari tiga hingga 13 tahun di dalam bilik berasingan, dipercayai anak kepada wanita itu. 


Ketika penguat kuasa meminta dokumen bagi membuktikan mereka mempunyai hubungan yang sah, pasangna itu gagal berbuat demikian menyebabkan mereka terus ditahan. 


"Malah, pemeriksaan juga mendapati motosikal lelaki itu diletakkan di dalam rumah bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dikesan. 


Ketika disoal siasat, wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang rempah itu memberitahu suaminya sedang menjalani hukuman di penjara. 


Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk membuat laporan tangkapan sebelum diberi notis hadir semula ke pejabat agama untuk diambil keterangan. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/31yAFU5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3u6gr0c
via IFTTT

Tuesday, 30 March 2021

(Video) 'Kau tak gentle pakai helmet, kalau berani tangan kosong!' - 2 penunggang motosikal bergaduh sambil sembang sampai babi boleh terbang


Viral di media sosial video pergaduhan yang melibatkan dua penunggang motosikal yang tidak diketahui punca sebenar kejadian. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Kota Damansara dan video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan salah seorang lelaki yang berbaju hijau sedang dihalang oleh orang awam dari terus menghampiri penunggang motosikal yang menjadi seterunya. 


Juga kedengaran salah seorang lelaki menyebut dia merupakan anak buah kepada Ayah Murad membuatkan netizen terpinga-pinga, siapakah Ayah Murad yang dimaksudkan?


Lelaki Baju Hijau: "Aku budak Ayah Murad!" 


Lelaki Baju Kelabu: "Apa benda Ayah Murad? B**I!"


Lelaki Baju Hijau: "Kau panggil ayah kau turun sekarang!" 


Lelaki Baju Kelabu: "Ah! Pergi mampus dengan ayah kau!" 


Orang Awam: "Relax! Relax bang Relax!" 


Lelaki Baju Hijau: "Kau panggil ayah kau turun!"


Lelaki Baju Kelabu: "Ah! Pergi mampus! Ha ni bacalah surat khabar" (Tiberrr!) 


Lelaki Baju Hijau: "Kau budak mana wei?! Kau budak mana?" 


Lelaki Baju Kelabu: "Kau tu hisap dadah ke?" 


Kata-kata itu membuatkan lelaki baju hijau bengang lalu cuba menghempuk lawannya menggunakan helmet, tetapi sempat dihalang oleh orang awam. 


Lelaki Baju Kelabu: "Jom ikut aku pergi balai!" 


Orang Awam: "Jalan! Jalan! Jalan!" 


Lelaki Baju Kelabu: "Haa, kejap lagi saya jalan. Haa ni Murad kau, haktuihhh!" 


Tindakannya itu sekali lagi mengundang lelaki baju hijau datang dan cuba menerajangnya bagai tiada hari esok, tetapi sekali lagi percubaannya menemui kegagalan kerana sempat dihalang orang awam. 


Lelaki Baju Kelabu: "Dia pakai helmet tu bodoh, dia tak gentle!!! Aku takkan blah, sampai polis datang pun aku takkan blah. Kau kurang ajar eh? Tunggu polis datang, ayah Murad kau mana?!" 


Lelaki Baju Hijau: "Kau panggillah polis s**l!" 


Lelaki Baju Kelabu: "Panggillah ayah Murad kau! Saya kawan IPD semua ada. Kau yang takde otak!"


Begitulah seterusnya, pertikaman lidah yang bagaikan tiada penghujungnya biarpun berkali-kali orang awam cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua yang bagaikan tiada otak. 


Sehinggalah saat si lelaki baju hijau terus meluru dan menerajang lelaki terbabit sehingga terjatuh. Namun penerajangnya itu tidak berbisa dan lelaki baju kelabu masih mampu berdiri dan mengelap helmetnya seperti biasa. 


Tidak diketahui bagaimana penghujung kejadian itu, tetapi netizen di media sosial hanya mentertawakan gelagat kurang matang dua lelaki berkenaan. 



"Anak aku berkelahi dengan kawan pun takde nak panggil ayah masing-masing. Kalau panggil memang siap dengan rotan. Apa punya orang, nak bergaduh sebut ayah Murad, tersedak Pak Murad oi! Nak mengopi pun tak senang," kata netizen. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/2QNqIjn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3djjfQW
via IFTTT

'Mereka pergi Langkawi atas urusan kerja' - Polis sahkan Neelofa & Haris bukan pergi berbulan madu


Dakwaan yang mengatakan pasangan selebriti, Neelofa dan Haris yang baru saja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu dikatakan telah pergi berbulan madu di Langkawi, Kedah, baru-baru ini adalah tidak benar.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pasangan itu bersama tiga yang lain telah diberi kebenaran untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja, bukannya untuk berbulan madu. 


Mereka dibenarkan bergerak ke lokasi itu bermula dari 27 Mac hingga 4 April 2021 atas urusan kerja bersama dengan pihak Chatime Malaysia. 


"Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas, sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah untuk urusan kerja. 


"Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka," katanya. 


Dalam permohonan itu, Neelofa dijadualkan ke tiga lokasi iaitu Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis. 


Syarikat Chatime Malaysia juga mengeluarkan kenyataan rasminya untuk menjelaskan kepada warga umum mengenai gambar viral pasangan selebriti itu. 



"Justeru saya tegaskan kebenaran permohonan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Sri Hartamas adalah atas urusan kerja dan bukan untuk tujuan berbulan madu," katanya. 


Bagaimanapun, sekiranya terbukti pasangan itu menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk berbulan madu, pihak polis akan mengambil tindakan atas dakwaan melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/3cCPNq0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31vru6Q
via IFTTT

(Video) 'Allahu seramnya! Camne dia masuk?!' - Aircond Man terjatuh, terkejut gara-gara terjumpa 7 ekor ular dalam aircond di rumah pelanggan

"Macam mana dia boleh masuk sana?!" demikian reaksi netizen yang terkejut dengan perkongsian dari penyelenggara penyaman udara mengenai penemuan beberapa ekor ular yang menjadikan penyaman udara pelanggannya sebagai sarang. 


Video dan gambar yang dikongsikan itu di Facebook Group Geng Aircond 1 Malaysia, mengundang banyak respon netizen di media sosial. 


Menurut sumber, sebanyak tujuh ekor ular ditemui dalam alat penyaman udara itu yang juga telah membuatkan kakitanganya terjatuh akibat terkejut. 


"Nak service aircond, jumpa pula ular beranak pinak dalam aircond. Tujuh ekor, tetapi dua ekor je mati. Yang lain pakat lari naik ke atas atap. 


"Berat lagi ujian yang ini, aircond man kita pula jatuh tangga. Kena rest dulu buat masa ini, pinggang masih sakit lagi.


"Inilah risiko kerja aircond man, bukan saja-saja kenakan caj mahal. tetap inilah risiko yang kami perlu tanggung. Kalau tak jatuh tangga, aircond buat problem seperti terkena renjatan elektrik. 


"Tetapi memang adat ini salah satu cabaran dalam sesuatu pekerjaan. Lain kerja, lain ujiannya," kata sumber. 



Video berdurasi 2.29 saat itu menunjukkan seekor ular sedang menjalar di penyaman udara itu sebelum datangnya seorang lelaki membawa parang lalu dilibas pada haiwan berbisa itu yang menyebabkannya mati serta-merta. 


Penyaman udara itu juga dibuka dan pemeriksaan mendapati ada beberapa ekor ular yang masih bersembunyi di dalamnya. 



Tidak diketahui bagaimana haiwan berbisa itu masuk ke dalam penyaman udara itu, tetapi orang ramai dinasihatkan sentiasa memeriksa keadaan penyaman udara masing-masing bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. 


Sumber: Geng Aircond 1 Malaysia K.A.E



from The Reporter https://ift.tt/3cATWe0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rBVFUk
via IFTTT

Suami tikam lelaki yang merogol isterinya, sehingga mati menggunakan pisau yang dibawa mangsa


Seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kabupaten Musirawas Sumatera Selatan, Indonesia, nekad membunuh seorang lelaki berusia 31 tahun dengan senjata tajam pada 28 Mac 2021. 


Mnurut sumber, suspek membunuh mangsa kerana kesal dan berang  ekoran mangsa telah memperkosa isterinya serta tidak pernah tampil memohon maaf. 


Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa dikatakan cuba melanggar suspek menggunakan motosikal tetapi suspek berjaya mengelak dan terus mengejar mangsa lalu berlaku pergelutan di antara mereka berdua. 


Mangsa kemudian mengeluarkan pisau dari poketnya dan cuba menikam suspek. Tetapi pisau itu berjaya dirampas oleh suspek yang kemudian terus menikam mangsa sehingga terjatuh dan mengalami pendarahan teruk. 


Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera datang dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapat bantuan, tetapi malangnya mangsa disahkan telah meninggal dunia. 


Suspek kini telah ditahan polis untuk membantu siasatan sebelum dikenakan tindakan undang-undang. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/2PbfpBp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39rNrbq
via IFTTT

(5 Foto) 'Badan sado bertatu acah gengster tapi mengunyit!' - Pusat Urut Geng Kunyit ditutup


Sebuah premis yang menjalankan aktiviti songsang (gay) di sebalik perkhidmatan mengurut tanpa lesen di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur, telah ditutup dan disita. 


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan operasi tindakan khas terhadap premis haram itu pada petang Isnin, 29 Mac 2021. 


Berdasarkan siasatan dan risikan, aktiviti tidak bermoral (urutan gay) itu dilakukan di tingkat dua premis berkenaan melibatkan 8 buah bilik yang dijadikan tempat mengurut dan aktiviti seks sejenis. 


Ketika diserbu, seramai lima orang lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bekerja sebagai tukang urut ditahan. Dua lagi lelaki warga Myanmar yang merupakan pelanggan serta seorang lelaki warga Indonesia sebagai penjaga premis ditahan untuk diambil keterangan untuk proses dokumentasi DBKL. 


DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.


Sebanyak 25 pelbagai peralatan premis itu seperti kondom, minyak pelincir dan lain-lain turut disita. Premis itu terus ditutup serta-merta menerusi Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976. 



DBKL menegaskan, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama itu dari masa ke semasa dan meminta warga kota terus memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada DBKL.


Sumber: DBKL



from The Reporter https://ift.tt/3rvLy3H
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3u7upyR
via IFTTT
loading...