loading...

Thursday, 31 December 2020

Suspek hina lagu kebangsaan Indonesia adalah rakyat Indonesia sendiri - KPN


Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.


Beliau berkata, maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah yang juga merupakan salah seorang suspek kes itu.


"Suspek itu ditahan di Sabah, pada Isnin lalu dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menemui petunjuk baharu dalam penyiasatan kes berkenaan.


"Ya, PDRM dapat petunjuk baharu bahawa pelakunya dikatakan berasal dari negara seberang (Indonesia) dan kami sedang menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut pengakuannya siapa yang sunting video itu," katanya kepada Bernama di Bukit Aman.


Abdul Hamid berkata, maklumat itu sudah dikongsikan kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI) kerana kedua-dua pihak berkuasa negara mengambil serius tentang perbuatan berkenaan dan suspek utama akan diketahui dalam masa terdekat.


"Dalam kes terbaharu ini, ada manusia durjana yang tidak bertanggungjaawab dan bermotif jahat telah memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia Raya.


"Parodi ini menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia dan saya memberi jaminan bahawa satu tindakan drastik telah diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah iaitu menubuhkan satu pasukan khusus telah diterbangkan ke Sabah pada semalam untuk menjejaki pelaku-pelaku ini," katanya.


Abdul Hamid menegaskan sebarang perbuatan atau tindakan yang mengaibkan kehormatan sesebuah negara itu merupakan kesalahan yang amat berat.


"Insya-Allah apabila tertangkapnya suspek, kita akan adili dan mendakwanya di mahkamah untuk menerima hukuman setimpalnya.


"Saya memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak meneruskan aktiviti terkutuk ini dan (perbuatan) yang menimbulkan perasaan sakit hati dalam kalangan rakyat negara jiran kita hentikan," katanya.


Terdahulu, satu video dimuat naik dua minggu lepas oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean, memaparkan lirik lagu kebangsaan Indonesia, Indonesia Raya, disunting bagi tujuan menghina Indonesia.


Video di ruang komen di YouTube berkenaan dipadamkan, namun video itu sempat dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform media sosial lain di Indonesia, yang menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3o6dvhm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WZAjni
via IFTTT

Wednesday, 30 December 2020

Pembunuh kucing hamil direman selama empat hari


Wanita berusia 51 tahun yang tergamak membunuh kucing hamil, direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015. 


Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membenarkan suspek direman sehingga Ahad ini bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk melakukan siasatan. 


BACA: (Video) Kucing bunting mati dipukul dengan batang besi, berang depan rumah selalu ada najis kucing 


Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari kelmarin, suspek yang bekerja sebagai broker dikatakan bengang dengan dua kucing itu yang dituduhnya membuang najis di hadapan rumahnya. 


Suspek kemudian mengambil sebatang besi dari keretanya lalu bertindak memukul kucing itu yang sedang makan menyebabkan salah seorang kuncing betina yang hamil, mati manakala seekor lagi mengalami kecederaah di bahagian mulut. 


Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang terus melaporkannya kepada pihak JPV.


Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati dua kucing berkenaan tidak bertuan dan berkeliaran di kawasan perumahan itu. Pihaknya juga pergi ke rumah suspek untuk menyoal siasat wanita terbabit sebelum merampas pakaian serta besi yang digunakannya dalam kejadian itu. 


Bangkai kucing telah diambil dan dihantar ke makmal veterinar untuk dibedah siasat. Seekor lagi kucing yang cedera, bengkak di bahagian muka dan mengalami kesukaran untuk makan, masih diberi rawatan susulan.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/34Yr5vU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rGvlcZ
via IFTTT

'2 staff terbabit sudah tidak bekerja di hotel ini' - Arenaa Star Luxury Hotel tampil mohon maaf


Susulan dari viral perkongsian pengadu mengenai hotel yang diinapnya pada Februari lalu di Kuala Lumpur, pihak hotel berkenaan, Arenaa Star Hotel, tampil memohon maaf dan memberi penjelasan. 


Menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram yang dipercayai baru diwujudkan itu berkata, Arenaa Star Hotel mendapati insiden itu berlaku pada Februari 2020. Namun, tiada sebarang caj atau penalti yang dikenakan terhadap pasangan berkenaan. 


BACA: 'PALING NGERI MASA NAK CHECK OUT' - SUAMI ISTERI TERKEJUT DENGAN KUALITI HOTEL ACAH LUXURY INI, SIAP NAK DENDA BERATUS RINGGIT


"Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu kami atas komen-komen negatif ini yang memberi kesan terhadap kami.


"Semakan pihak pengurusan mendapati, kejadian itu berlaku pada Februari 2020. Namun rekod menunjukkan, tiada sebarang caj atau penalti yang dikenakan terhadap mereka.


"Kami juga mengesahkan bahawa, dua kakitangan terbabit juga sudah tidak bekerja di hotel ini.


"Selain itu, ingin dimaklumkan bahawa adalah merupakan amalan prosedur operasi standard untuk pihak hotel memeriksa keadaan bilik sebelum pelanggan dibenarkan untuk daftar keluar, termasuk memberi peringatan kepada pelanggan mengenai waktu check out," kata kenyataan itu. 


"Pihak pengurusan baru juga telah membuat banyak penambahbaikan dalam pelbagai aspek operasi hotel. Sekali lagi, kami memohon maaf atas sebarang salahfaham dan kami akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk memuaskan hati tetamu kami," katanya. 



Sumber: IG Arenaa Star Hotel



from The Reporter https://ift.tt/3o27OBl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KOmyoW
via IFTTT

2 anggota polis 'paw' lelaki beli nombor ekor, ditahan polis


Polis menahan dua anggotanya yang dilaporkan telah memeras ugut seorang lelaki untuk membayar sejumlah wang bagi mengelakkan dirinya ditahan kerana membeli nombor ekor. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa berusia 57 tahun itu membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku pada Khamis lalu. 


Menurut laporan mangsa, dia pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Cameron Highlands pada jam 6 petang sebelum ditahan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Buloh. 


Dua anggota itu kemudian memeriksa nombor telefon bimbitnya dan mahu menahannya kerana membeli nombor ekor. Mangsa merayu untuk dilepaskan tetapi suspek meminta dia membayar RM20,000. Tetapi mangsa memberitahu yang dia hanya mampu membayar RM4,000 sahaja. 


Tidak cukup dengan jumlah itu, suspek meminta tambahan RM1,000 dari jumlah tersebut (RM5,000).


Suspek kemudian membawa mangsa pergi ke sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang sebelum dilepaskan. 


Susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, polis menahan suspek pertama berusia 30 tahun di kawasan Sri Hartamas, Kuala Lumpur bersama sebuah kereta MPV polis dan wang tunai RM2,500. Suspek kedua berusia 38 tahun ditahan pada jam 9 malam di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.


Siasatan awal mendapati, suspek kedua memiliki rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 395 Kanun Keseksaan, namun sudah dituduh dan keputusan dia dibebaskan. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama tiga hari (25-27 Disember) sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3n1zi8L
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3n37GQH
via IFTTT

(Video) Kucing bunting mati dipukul dengan batang besi, berang depan rumah selalu ada najis kucing


Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati dan mencederakan seekor lagi haiwan itu dengan batang besi, ditahan semalam.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai broker itu ditahan untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


Menurutnya kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari kelmarin, selepas dua lelaki yang sedang memberi makanan kepada kucing-kucing itu terdengar wanita berkenaan merungut mengenai kucing yang membuang najis di hadapan rumahnya.


"Wanita itu kemudiannya bertindak memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan oleh dua lelaki berkenaan di rumah flat Pintas Kalui 1, Seberang Jaya dengan sebatang besi, sehingga menyebabkan seekor kucing bunting mati manakala seekor lagi cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


Sementara itu, Shafee berkata polis turut menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana wanita itu dipercayai dipukul beberapa individu selepas kejadian berkenaan, dan menurutnya wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi perintah reman, esok.



Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3rF90g7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3punz4e
via IFTTT

'Paling ngeri masa nak check out' - Suami isteri terkejut dengan kualiti hotel acah luxury ini, siap nak denda beratus ringgit!


Para pengguna seringkali dinasihatkan untuk memeriksa maklumbalas pelanggan sebelum menggunakan sesebuah perkhidmatan itu. Ini bagi mengelakkan anda juga menerima nasib yang sama sekiranya sesebuah perkhidmatan itu tidak memuaskan. 


Baru-baru ini, seorang wanita tampil berkongsi mengenai pengalamannya menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dianggapnya tidak bersih dan layanan yang diberikan juga amat mengerikan. 


Baca perkongsian di bawah dan kongsikan pandangan anda di ruangan komen. 


SAYA dan suami menginap di hotel ini sekitar Februari, tetapi baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi mengenainya. Memandangkan tagline hotel ini 'luxury', maka harapan kami juga adalah tinggi. Namun harapan itu hancur musnah apabila kami melangkah masuk. 


Seawal check in lagi, kami telah diberi peringatan untuk tidak mengapa-apakan barang hotel ini atau berdepan dengan denda yang menanti. Ternganga kami mendengarnya. Awal-awal lagi dah bagi bad impression. 


Masuk ke bilik, tengok-tengok bilik berhabuk dan tak berapa bersih. Baca di Google Review pun, ramai yang mengadu mengenai tahap kebersihannya. 


Keesokan harinya, masa nak breakfast pun adalah ala kadar. Baca review lain, siap ada nampak lipas berlari kat makanan. Kalau berlaku di depan saya, boleh muntah terus kot. 


Selepas selesai breakfast, ingatkan nak pergi mandi di kolam. Bila pergi, tu diaaa! Air kolam berminyak, geli! Dinding kolam pula siap merekah, jem! Tak ada selera terus. 


Balik semula ke bilik. Ketika tengah duduk berehat, kami menerima panggilan peringatan untuk check out pada jam 12 tengah hari. Tak sabar betul nak menghalau pelanggan. 


Ingatkan sampai situ je mimpi ngeri, rupa-rupanya paling ngeri semasa nak check out. Kami diminta menunggu sebentar, rupa-rupanya mereka nak periksa bilik. 


Selepas sekian lama menunggu, kami dipanggil datang ke kaunter. Dengan muka serius tanpa sebarang senyuman, cadar bilik ditebarkan di atas meja kaunter, di hadapan pelanggan lain. 


Ada sedikit kotoran, rupa-rupanya tercalit di cadar. Rajin pula dia periksa cadar itu ye? Betul-betul teliti dia periksa. Kami kemudian diminta untuk membayar denda ratusan ringgit sebagai ganti rugi. Suami saya mula bertekak mempertahankan hak kami sebagai pelanggan. Selama ini, hotel jauh lagi hebat kami inap pun tak pernah buat begini. 


Kami enggan membayar, pihak hotel pula menyuruh kami membawa cadar tersebut pergi ke dobi untuk dibasuh dan dikembalikan. Ah sudah! Celah mana pula nak mencari dobi di Kuala Lumpur? Kami bukannya orang sini, mana tahu. Menyusahkan! 


Akhirnya kami bawa cadar ke bilik air lobi hotel untuk dibasuh sendiri. Sekejap saja kotoran itu dapat dihilangkan. Memang tak berbaloi nak kena pergi ke dobi. Apatah lagi membayar denda ratusan ringgit untuk secalit kotoran itu. Mujur masih ada akal, nak basuh sendiri. 


Selesai membasuh, bawa balik cadar dan diserahkan di kaunter. Ingatkan dah selesai, ditunjuk pula tuala yang diambil dari bilik hotel, ada kesan lipstick. Mungkin saya tak sedar masa lap muka.


Mereka nak denda lagi, apa lagi suami saya jadi rimau. Bila keadaan kelihatan semakin tegang, seorang staf yang agak baik cuba memujuk kami dan berkata, biarkan dia basuh dan tinggalkan sahaja tuala itu. Dia juga sempat mengadu yang dia juga tidak tahan bila setiap hari terpaksa menghadap benda yang sama. 


Dari situ boleh nampak yang staf mereka sendiri juga tidak suka berdepan dengan situasi seperti itu tetapi terpaksa sebab kerja. Apatah lagi kalau pelanggan, kan? 


Walaupun ngeri, saya masih tak sampai hati nak reveal hotel ini. Tetapi kalau ada banyak permintaan, saya akan beritahu. Semoga orang lain tidak terkena seperti kami. 


Dalam gambar itu, staf tengah spotcheck cadar pelanggan lain pula. Bukan kami saja yang terkena tau. Ini bukan hotel luxury betul, tetapi acah-acah nak luxury. Silap saya tak baca review dulu sebelum book sebab nak cepat. Saya baca selepas terkena, rajin-rajinlah membaca review dulu ye. Hahaha! 



Sumber: Pakej Percutian



from The Reporter https://ift.tt/2MnzzpV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34VbsFi
via IFTTT

Janda dipenjara sebulan, denda RM3,000 kerana 'oyeh-oyeh' buat kali ketiga dengan pasangan berbeza


Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 terhadap seorang janda dan teman lelakinya kerana berkhalwat. 


Janda berusia 22 tahun yang tidak bekerja serta pasangannya, duda berusia 34 tahun itu juga diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan (tambahan) jika gagal membayar denda yang dikenakan. 


Hakim Syarie, Mohd Fakhruddin Yusof membuat keputusan itu setelah pasangan berkenaan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat. 


Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu berkhalwat di sebuah bilik tidak bernombor di Permint Bandar Baru Kerteh, jam 1.10 pagi, 13 Februari dua tahun lalu. 


Difahamkan, sekumpulan penguat kuasa Syariah Kemaman melaksanakan pemeriksaan berwaran di lokasi setelah mendapat maklumat. Pintu diketuk dan salam juga diberi beberapa kali sebelum mendapati pintu tidak berkunci. 


Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dan perempuan berada di dalam bilik dan ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku bukan suami isteri atau mahram. 


Wanita itu juga sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan yang sama iaitu kali pertama pada tahun 2017 dan kali kedua, 2018 di mana wanita itu tidak hadir ke mahkamah dan bertindak melarikan diri.


Kesalahan kali ketiga pula dilakukan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Sepatutnya kamu semakin takut, lagi-lagi untuk melakukan maksiat dalam tempoh sebegini (PKP). Kamu ada anak, sepatutnya jagalah anak dan tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka.


"Saya berharap dengan hukuman dibuat ini menjadikan masyarakat gerun dan takut untuk mendekati maksiat yang mendatangkan bala kepada seluruh ummah," kata Hakim Mohd Fakhruddin. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2XaKw0l
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Jw4n6K
via IFTTT

Tuesday, 29 December 2020

Bayi positif Covid-19 selepas dijangkiti individu dari zon merah


Seorang bayi dilaporkan positif Covid-19 setelah berjangkit dari individu yang datang dari negeri zon merah. 


Kes membabitkan bayi itu dikongsikan oleh Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) PKD Kota Setar di akaun Facebooknya semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Dukacita dimaklumkan terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri zon merah." 


Bagaimanapun, UPK tidak mendedahkan kes itu dengan terperinci dan hanya mendoakan bayi berkenaan cepat sembuh. Selain itu, UPK turut menasihatkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk berhati-hati. 


"Kita doakan semoga urusan bayi dan keluarga terbabit sentiasa dilindungi dan dipemudahkan oleh-Nya. Amin. 


"By the way, warning untuk ibu bapa yang masih ada anak kecil. Kena tahu depa golongan berisiko. Tak perlu dok usung depa kat luar kalau tiada keperluan. 


"Dan hadkan pengunjung yang nak datang tengok baby di rumah."


Sebelum, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menasihatkan orang ramai yang berada di zon merah tidak merentas daerah atau negeri untuk mengelakkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19 yang boleh menyebabkan wujudnya kluster baharu. 


Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar



from The Reporter https://ift.tt/2L5qwZT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rB8saX
via IFTTT

Ibu hadir pesta arak, 3 beradik termasuk bayi 8 bulan rentung dalam kebakaran


Tiga kanak-kanak mati rentung dalam rumah mereka yang terbakar selepas dikurung ibunya agar dia dapat pergi menghadiri pesta arak bersama rakan-rakan. 


Dalam kejadian yang berlaku pada 19 Disember 2020, Diogo Monteiro, 4, Caio, 2, dan Vitoria Sofia, 8 bulan, maut dalam kebakaran rumah (kayu) yang berlaku di Rio Branco, Brazil. 


Sebelum itu, jiran-jiran berhampiran terdengar bunyi jeritan mangsa tetapi tidak mampu menyelamatkan tiga beradik itu kerana pintu dikunci dengan selak mangga. 


Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian, rumah berkenaan telah hangus dijilat api. Bomba hanya dapat menghalang api kebakaran dari merebak ke rumah-rumah berhampiran. 


Mayat kesemua mangsa dibawa ke hospital dan para petugas hospital tidak dapat menahan kesedihan dan menangis melihat mangsa yang masih kecil.


Susulan dari kejadian itu, ibu mangsa, Jociane Monteiro, 23, ditahan dan dibawa ke Balai Polis Flagrant untuk siasatan.


Siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas pada kipas rumah tersebut.


Pegawai penyiasat, Yvens Moreira berkata, "Ketika disoal siasat, Joiciane langsung tidak menunjukkan sebarang emosi. Dia tidak menangis, apatah lagi bertanya mengenai apa yang berlaku pada anak-anaknya. Dia hanya mahu berdiam diri," katanya. 


Hakim Marcelo Coelho Carvalho membenarkan Monteiro dibebaskan buat sementara waktu dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan kemudian. 


Sumber: The Sun



from The Reporter https://ift.tt/3aLSRzr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nVnRRa
via IFTTT

Monday, 28 December 2020

Rangkaian data ATM digodam, letak gambar tak senonoh


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam.


Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.


Bagaimanapun, beliau berkata, serangan itu hanya membabitkan segmen tertentu yang diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi, dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar.


"Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.


"ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM," katanya dalam kenyataan hari ini.


Affendi menegaskan aspek keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat dikesan awal seterusnya ditangani sebaiknya.


"ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa, terutama melalui peranan BSEP dan CDOC, yang bukan hanya memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM, malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara," katanya.


Semalam, portal web ATM dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit kira-kira 12 tengah hari. 


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3rDIALu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mVqhhv
via IFTTT

Bomoh 'Kanji' rogol remaja, konon nak menghalau hantu tempayan


Polis menahan seorang bomoh berusia 34 tahun kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun ketika melakukan upacara perubatan yang dilakukan di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Kapit. 


Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kapit pada jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu dan terus menahan suspek.


Menurut ibu mangsa, dia membawa anak perempuannya itu berjumpa dengan suspek untuk berubat kerana menyangka anaknya diganggu oleh hantu tempayan. 


"Mereka bersama anaknya serta dua kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh itu. Sampai di lokasi, bomoh mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai. 


"Selesai upacara itu, bomoh membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh mereka iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya. 


"Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bomoh. Bomoh menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitknya tidak akan sembuh," katanya. 


Dua beranak itu kemudian pulang ke rumah dan mangsa menceritakan kepada ibunya mengenai perbuatan terkutuk bomoh terbabit. 


Suspek direman selama seminggu untuk disiasat, sementara itu mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3pIA3FF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MhecXl
via IFTTT

(Video) 'Kalau tak nak beli, jangan buat camni' - Kucing ditemui dalam plastik di pusat pembuangan sampah


Kucing merupakan haiwan yang sangat disayangi manusia dan disebabkan itu ramai yang memelihara kucing kerana tertarik dengan sikapnya yang menggeramkan. 


Baru-baru ini viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang membuatkan netizen sedih dengan nasib yang menimpa kucing malang ini. 


Video menunjukkan, petugas di pusat pembuangan sampah menemui sebungkus plastik yang di dalamnya mengandungi seekor kucing yang masih bernyawa yang dipercayai dibuang oleh pemiliknya. 


Tidak diketahui bila dan di mana kejadian itu berlaku tetapi kucing itu bernasib baik kerana diselamatkan oleh petugas pusat berkenaan. 



"Ya Allah, jahat sangat ni. Terus dibuang macam tu je. Tergamak sangat, kesian kucing tu. 


"Kalau ye pun tak nak pelihara, jangan buang macam tu je," kata netizen. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3rAvIWq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rFJTKf
via IFTTT

Buang bayi luar nikah sebab takut ditinggalkan suami


Mayat bayi baru lahir ditemui dalam bungkusan plastik menggemparkan penduduk Kampung Rancaseneng, Indonesia yang dipercayai dibuang oleh ibunya kerana takut anak hasil dari hubungan luar nikah itu diketahui ahli keluarga. 


Menurut sumber, mangsa merupakan hasil hubungan bersama kekasih gelap sebelum wanita itu berkahwin dengan suaminya. 


Tidak beberapa lama selepas mayat itu ditemui, polis menahan seorang wanita berusia 24 tahun yang kemudian mengaku membuang bayinya kerana takut ditinggalkan suami sekiranya perkara itu terbongkar. 


Suspek mengaku dia melahirkan bayi itu tanpa bantuan sesiapa di dalam bilik mandi pada Jumaat, 18 Disember 2020. 


Mayat bayi itu ditemui oleh suami suspek ketika sedang mencari kayu untuk membuang tiang jemuran di belakang rumah mereka pada Rabu, 23 Disember 2020 yang curiga melihat beg plastik yang ditemuinya. 


Plastik yang dibungkus berlapis-lapis itu dibuka dan lelaki itu terkejut apabila melihat mayat bayi yang masih lengkap dengan uri di dalamnya. 


Suspek ditahan reman untuk siasatan dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana membuang bayi. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/37UU9GC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37PCEHv
via IFTTT

16 pemburu bangga dapat tumbangkan 540 ekor rusa & babi hutan, tayang gambar di Instagram


Lebih dari 500 ekor rusa dan babi hutan dibunuh sekumpulan pemburu Spanish yang kemudian menyusun kesemua hasil buruan tersebut untuk dirakam sebagai gambar kenangan di Portugal. 


Menteri Alam Sekitar, Joeo Fernandes menyelar perbuatan 16 pemburu terbabit dan mahu mereka dikenakan tindakan undang-undang. Ini kerana perbuatan mereka itu boleh menjejaskan ekosistem.


Gambar-gambar itu menunjukkan banyak bangkai rusa dan babi hutan disusun mengikut barisan, sementara para pemburu tersenyum puas dan bergelak ketawa di sebalik gambar tersebut. 



Pihak berkuasa di Portugal telah melancarkan siasatan terhadap kes itu yang dipercayai dilakukan di estet persendirian di Torre Bela di Azambuja, di mana kebanyakan rusa di kawasan itu dipercayai semakin berkurangan. 


Institut Pemuliharaan Alam dan Hutan Negara juga sedang menyiasat perkara tersebut yang mula mendapat perhatian banyak pihak setelah salah seorang pemburu memuat naik gambar hasil buruan mereka di Instagram. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2WP8M7V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mTi0KX
via IFTTT

'Bayar RM28.5K kalau nak putus hubungan' - Gadis diugut teman lelaki buruk siku


Seorang gadis di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia terpaksa membayar wang sebanyak 100 juta rupiah (RM28.5K) kepada teman lelakinya apabila dia mahu memutuskan perhubungan mereka. 


Bukan itu sahaja, malah dia dipaksa berkahwin dengan teman lelakinya itu jika tidak mampu membayar wang tersebut, sedangkan mereka baru sahaja menjalinkan hubungan selama empat bulan. 


Difahamkan, gadis berusia 24 tahun itu menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya berusia 48 tahun. Namun setelah empat bulan, hubungan mereka terkandas di tengah jalan. 


Menurut gadis itu, dia mengenali teman lelakinya bekerja sebagai pengedar minyak wangi isian semula di tempat kerja. Mereka berdua bertukar nombor telefon dan pernah beberapa kali keluar makan bersama. Sehinggalah lelaki itu mengajaknya pulang ke rumah dan tidur bersama. Gadis berkenaan juga tidak tahu kenapa dia boleh termakan pujukan tersebut. 


Setelah beberapa bulan berlalu, dia tidak tahan dengan kelakuan teman lelaki lalu mengambil keputusan untuk berpisah, membuatkan lelaki itu membuat tuntutan tersebut. 


Ini kerana, sepanjang mereka bersama, lelaki itu kerap memberi wang kepada dia. Sedangkan ketika diberi wang tersebut, dia ada bertanya wang itu untuk apa dan lelaki itu memaklumkan wang itu sebagai perbelanjaannya. 


Lelaki itu juga membuat laporan polis menyebabkan si gadis itu dipanggil untuk memberi keterangan. Dalam keterangannya kepada polis, dia memaklum yang dirinya hanya mampu menjual semula jam tangan dan cincin pemberian teman lelakinya untuk dijual dan wang berkenaan digunakan untuk membayar tuntutan tersebut. 


Pihak polis mengambil maklum mengenai perkara itu dan kedua-dua mereka akan disiasat sama ada perkara itu akan boleh disiasat mengikut undang-undang atau sebaliknya. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3pFL2zF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3aMyuSP
via IFTTT

Sunday, 27 December 2020

Rider ludah makanan customer sebab tak puas hati disuruh hantar ke pintu rumah


Viral di media sosial seorang penghantar makanan melakukan onar dengan meludah makanan yang dipesan pelanggannya. 


Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana bengang dengan pelanggan berkenaan yang terlalu banyak permintaan. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku di Dongguan, Wilayah Guangdong, China pada Selasa, 22 Disember 2020 dan video tersebut viral meluas di media sosial negara itu. 


Pelanggan berkenaan yang dikenali sebagai Lu berkata, insiden itu berlaku setelah dia meminta penghantar makanan itu menghantar makanan sampai ke pintu rumahnya. 


Namun, penghantar makanan itu tidak berbuat demikian dan hanya meletakkan bungkusan makanan itu di lif. 


"Dia kata pesanan saya sudah diletakkan di dalam lif. Saya beritahu dia jangan buat macam tu sebab lantai lif kotor. Dia mungkin tak puas hati saya suruh dia hantar sampai ke pintu rumah. Jadi, dia ludah makanan saya," katanya. 


Selepas mengambil makanan itu, Lu curiga dengan bau makanan tersebut yang dipercayai telah diludah. Setelah itu, Lu menghubungi penghantar makanan itu untuk meminta penjelasan. 


Namun, lelaki terbabit menafikan dia berbuat demikian. Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, Lu pergi memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian pengurusan tempat tinggalnya dan rasa curiga itu akhirnya terjawab. 


Syarikat penghantar makanan itu kemudian menawarkan pampasan berbentuk kupon bernilai 20 yuan (RM12.40), tetapi Lu menolak. Pihak berkenaan berjanji akan mengambil tindakan terhadap penghantar makanan terbabit. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3aPJrmq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34O8YZD
via IFTTT
loading...