loading...

Tuesday, 31 March 2020

Golongan berusia 26-30 & 56-60 paling tinggi kes Covid-19


Statistik menunjukkan dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 adalah dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua kumpulan itu mungkin terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dan ketua keluarga yang sering keluar membeli barangan keperluan rumah. 

"Faktor yang pertama yang muda itu, kami rasa mungkin daripada pelajar atau mereka yang kembali dari luar negara. Ataupun sering keluar walaupun Perintah Kawalan Pergerakan, mereka keluar dan bergaul. 

"Kategori kedua pula peringkat ketua rumah yang selalunya keluar untuk membeli barangan dan sebagainya. Jadi dijangkiti apabila mereka keluar," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini. 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham ditanya mengenai prosedur operasi standard bagi tempoh kuarantin selama 14 hari kepada rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara, seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Jelasnya, tempoh kuarantin yang akan berkuat kuasa 3 April ini akan dilaksanakan terhadap kesemua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara meskipun mereka negatif COVID-19 apabila disaring.

"Selepas ini, mereka yang negatif COVID-19 pun kami akan tempatkan di tempat khas yang disediakan, sekiranya positif COVID-19 memang akan dimasukkan ke hospital.

"Kami dah kenal pasti 334 pusat kuarantin di seluruh negara. Kami tengah lihat kalau kuarantin di rumah, mungkin kepatuhan (untuk kuarantin) mereka kurang, mungkin tercapai dalam 75 hingga 40 peratus sahaja," katanya dan menambah proses kuarantin ini dapat membendung penularan wabak COVID-19.

Ismail Sabri hari ini berkata mereka yang kembali dari luar negara akan dibawa terus menggunakan bas ke pusat kuarantin dan akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengetahui status kesihatan, sebaik tiba di lapangan terbang.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2QZgQ3e
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UR5aRh
via IFTTT

Monday, 30 March 2020

'Macam mana awak boleh ambil duit saya dari akaun bank, tanpa pengetahuan saya?' - Nyaris rugi RM2,250, akaun bank diceroboh scammer


Bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan bank secara online, adalah dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ada scammer yang cuba mengambil kesempatan untuk merembat wang dalam akaun bank dengan pelbagai helah dan tipu daya. 

Baru-baru ini, seorang lelaki nyaris kehilangan RM2,250 selepas akaun banknya diceroboh oleh individu yang memberikan alasan kononnya tersilap ambil dan mahu memulangkan semula wang tersebut.

20 MAC 2020, ada scammer yang dah berjaya menceroboh masuk dalam akaun online banking saya. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh tahu username dan password Maybank2u saya. 

Scammer call minta nombor TAC, katanya nak refund balik duit yang dia tersalah ambil dalam akaun saya sebanyak RM2,250. Pada asalnya saya tak layan dan tamatkan panggilan terus. Scammer call lagi dan dia suruh saya semak dalam akaun bank kalau tak percaya. 

Saya buka Maybank2u, terkejut tengok dalam akaun memang ada transaksi keluar sebanyak RM2,250 dan baki tinggal RM21.00 sahaja. Sedangkan masa kerja overtime kelmarin saya buka Maybank2u, tengok duit baki ada RM2,000+ lagi. Saya jadi panik. 

Scammer itu call lagi dan desak suruh saya bagi no TAC segera sebab dia nak pindahkan duit saya semula ke dalam akaun. No TAC memang dah masuk dalam telefon saya, tinggal saya nak bagi atau tidak. 

Saya tanya, macam mana dia boleh ambil duit saya tanpa pengetahuan saya? Dia kata dia tersilap dan sekali lagi desak beri no TAC segera dan kalau tidak, duit itu tidak akan dapat dipindahkan ke dalam akaun saya lagi. 

Saya kata nak confirmkan dulu dengan pihak Maybank. Tetapi dia tak bagi dan katanya dia adalah wakil dari pihak Maybank untuk tolong refund semua duit saya itu segera dan perlu dilakukan segera. Kalau lambat, duit itu tidak akan dapat dipindahkan. 

Saya call Maybank dan pegawai bank tanya ada bagi nombor TAC kepada sesiapa, saya jawab tak. 

"Selagi awak tak bagi nombor TAC kepada sesiapa, duit awak takkan hilang walaupun nampak dalam akaun simpanan macam hilang," katanya. 

Jadi, Maybank ajar step by step cara macam mana nak pindahj ke saving account semula. Agak rumit sikit sebab scammer dah block online banking saya. 

Bila dah settle semua dan duit RM2,250 sudah masuk ke dalam akaun saya, staff Maybank pun block semua sebab akaun ini dah tak selamat. 

Scammer ini memang pandai, bila dia dah berjaya ceroboh dalam online banking kita, dia akan transfer duit kita itu dari saving ke tempat lain tetapi masih ada dalam akaun kita, cuma bukan di bahagian saving, menyebabkan kita nampak dalam akaun ada RM21.00 dan masa itu kita akan jadi gelabah dan panik sebab sah-sah duit memang dah tak ada dalam akaun. 

Saya hampir terberi nombor TAC kepada scammer bila berada dalam keadaan panik. 

Sekarang Maybank dah block akaun dan kad ATM saya. Duit tak dapat nak ambil langsung. Kena pergi ke cawangan Maybank untuk buat kad baru dan daftar semula Maybank2u. 

Maybank nasihatkan, jangan bagi nombor TAC kepada sesiapa dan jangan bagi nombor kad ATM kepada sesiapa. Kalau tidak, duit akan dipindahkan ke akaun orang lain. 

Ingat ye, nombor TAC adalah nombor pengesahan transfer duit dari akaun kita kepada akaun orang lain. Bukannya akaun orang lain kepada akaun kita. Jadi, jangan bagi kepada sesiapa. Kalau ada nombor TAC tiba-tiba masuk ke dalam telefon kita, itu bermakna akaun bank kita telah diceroboh oleh scammer. Jadi, cepat-cepat call pihak bank. 

Sumber: Hisham


from The Reporter https://ift.tt/2JnOkEx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3bGSWBN
via IFTTT

'Untuk tidak burukkan lagi keadaan, kami minta maaf' - Black, Tomok, Shuib & Achey mohon maaf, enggan panjangkan isu artis minta bantuan


Susulan dikecam teruk oleh netizen berhubung isu artis meminta bantuan khas dari kerajaan bagi menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan periuk nasi banyak pihak, empat artis tempatan ini akhirnya tampil memohon maaf. 

Tomok, 35, tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan mengambil keputusan untuk memohon maaf di atas kenyataannya tempoh hari. 

"Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Maaf sekiranya statement saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian.

"Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19," katanya melalui Instagram. 
Black, 32, menjelaskan, niat dia mengeluarkan kenyataan tersebut sebelum ini adalah hanya mahu membantu golongan artis yang memerlukan bantuan, tetapi mungkin disebabkan caranya yang tidak betul membuatkan ramai pihak yang berasa kurang senang. 

"..niat saya untuk membantu, tetapi mungkin cara penyampaian saya itu salah. Dan ada komen-komen saya juga yang mungkin membuatkan orang lain marah.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan saya. Saya pun manusia biasa, saya juga melakukan kesilapan. Saya berharap sangat netizen di luar sana dapatlah menghentikan komen-komen yang tidak baik ke atas saya dan keluarga saya," katanya. 
Sementara itu, Shuib, 35, pula berharap dengan permohonan maaf yang dibuatnya dapat menyelesaikan isu yang berbangkit. 

"Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri. Saya mohon ampun dan maaf dan harap isu ini selesai. 

"Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya. Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari Covid-19," katanya. 
Achey, 33, berharap isu tersebut tidak dipanjangkan lagi kerana ada perkara yang lebih penting untuk diberikan perhatian. 

"Untuk membuatkan keadaan lebih tenang lepas ni, apa saja yang salah buat, salah laku, salah cakap ke pasal bantuan artis tu, saya ingin memohon maaf di sini atas segala apa yang berlaku, atas kekhilafan saya. Saya juga manusia biasa. 

"Saya harap benda ini tidak berpanjangan, sebab ada benda yang kita perlu fokus lagi dekat luar sana," kata Achey yang kemudian turut didengari suara di belakang yang mengatakan, "Haaa padan muka kau!" 
Sumber: Instagram Tomok, Black, Shuib, Achey


from The Reporter https://ift.tt/3dKLKXc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UwaavC
via IFTTT

'Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial' - Mamat Khalid tempelak golongan artis minta bantuan kerajaan


Baru-baru ini, dua penyanyi tempatan memuat naik kenyataan di Instagram yang menyeru agar kerajaan memberi bantuan kepada golongan artis yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac hingga 14 April 2020. 

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghadapi PKP. 

Menurut kenyataan dua penyanyi berkenaan, pelaksanaan PKP telah menjejaskan 'periuk nasi' golongan artis kerana banyak aktiviti industri berkenaan dibatal atau ditundakan. 

Kenyataan dua penyanyi itu dikecam teruk oleh netizen yang kemudian tampil pula dua pelawak tempatan mengeluarkan kenyataan mempertahankan rakan artis mereka. 

Jelas salah seorang pelawak berkenaan, kenyataan dua penyanyi itu dibuat bagi memperjuangkan golongan pengiat seni yang terjejas seperti veteran, pengarah, penulis skrip, jurusolek, kru produksi dan sebagainya. 

"Sebelum ni, artislah yang menghiburkan korang. Takkan tiada sedikit pun jasa penyanyi, pelakon dan pelawak yang boleh dikenang? Begitu juga sumbangan pengarah dan penulis skrip dalam menghasilkan produk drama dan filem untuk tontonan masyarakat," katanya. 

Keadaan bertambah buruk apabila Persatuan Seniman Malaysia yang mengeluarkan cadangan kepada kerajaan agar golongan artis diberi bantuan berikut: 
  1. Bantuan Khas e-Tunai atau tunai RM500 hingga RM1,000 untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barangan keperluan semasa PKP. 
  2. Skim Kerugian Seni - Bantuan kerugian dari minimum RM1,000 ke RM3,000 menanggung kerugian penangguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain-lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.
  3. Baucar keperluan diri dan rumah untuk anak seni. Jaminan kerajaan melalui KPDNHEP dengan kerjasama pasar raya seperti TEsco, Giant, NSK, Mydin dan sebagainya.
  4. Pemeriksaan Covid-19 kesihatan percuma untuk penggiat seni di hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan sahaja. 
  5. Dana Khas Persatuan-Persatuan Seni bagi kempen Covid-19 untuk membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih berkesan
  6. Sistem bantuan penggiat seni yang tidak mempunyai KWSP. Bantuan Kewangan Khas sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.
Bagaimanapun, ada beberapa artis seperti Sweet Qismina, Amy Search dan Mamat Khalid mempunyai pandangan yang jauh berbeza. 

"It's good that my mum always remind me, 'ingat kau bekerja sebagai seorang pelakon. Lakonan tu kerja kau. Jangan ingat kau special" so therefore. I'm just a normal human being. A normal rakyat who works as an actress," katanya melalui Twitter. 


Bagi Amy pula, PM telah mengumumkan bantuan tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia dan termasuk golongan artis yang juga merupakan rakyat Malaysia. 

"Saya percaya selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang bantuan kepada seluruh rakyat, itu termasuklah buat golongan artis sebab kita juga rakyat Malaysia. 

"Jadi sabar dan ikut panduan yang diberikan kerajaan tentang bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia. Kita artis, kita rakyat Malaysia, kita pasti akan dapat. 


"Kita kena sediakan payung sebelum hujan. Macam itu yang saya fikir, fikir tentang 10 tahun ke depan, persediaan kita misalnya. 

"Macam saya dulu, saya rasa dalam 10 tahun lepas saya hilang habis semua aset. Sampai saya hanya bawa kereta terpakai. Tapi ada artis rasa malu, naik Kancil badan boleh jadi gatal-gatal. Kita kena selalu ingat, jangan terlarut dalam sindrom 'Star'. Ada masa kita tidak tahu apa akan jadi. Maka kena beringat, ukur baju di badan sendiri. Ada lebih, saya belanja lebih. Tak ada lebih, kita ala kadar," katanya. 

Bagi pengarah Mamat Khalid, kecaman dari netizen itu berlaku kerana selama ini segelintir artis gemar berkongsi sisi gaya kehidupan mewah mereka di media sosial di mana tindakan itu telah memakan diri mereka pada waktu krisis wabak Covid-19. 


"Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial dengan ungkapan bukan riak sekadar berkongsi. Kongsi apa? Boleh mereka pinjam kereta yang hadiah pada emak itu kah?

"Buat amal pun digalakkan berahsia, inikan pula kerja-kerja membeli kasut atau barangan mewah. 

"Sekarang kita sudah sedar, kita yang hendak orang perhatikan gaya hidup kita dan bukan semuanya menerima gaya awak itu. Malah menimbulkan lagi rasa gusar yang terpendam. Sekali peluang terbit, terbenamlah awak dengan hakikat rasa resah hati mereka yang berbisa," katanya melalui Instagram. 



kesian abg tgk adik2 kena kecam bagai nak kiamat sbb nak menyuarakan tolong bantu pada yg tiada upaya melawan kengkangan waktu2 darurat sekarang ini. niat baik disalah ertikan. hanya kerana tiada mahu membaca penuh sesuatu artikel. kehidupan awak yg mereka riuhkan pula! apa yg dapat dipelajari adalah betapa pendam nya kesumat manusia menyimpan hasad yg menebal dgn kejayaan awak. komen mereka mmg membuat kita sedar siapa diri mereka sebenarnya. awak nothing dlm kehidupan mereka. tidak kenal tidak lawak suara sumbang dan sampai ada yg mengaku tak pernah tgk rancangan awak sbb lebih peka pada siaran obersi. yang awak pun satu tayang semuanya pada sosial media dgn ungkapan bukan riak sekadar berkongsi! kongsi apa? boleh deme pinjam kereta yg hadiah pada emak tu ke? buat amal pun digalakkan berahsia inikan pula kerja2 membeli kasut atau beg tangan mewah. sekarang kita sudah sedar kita yg hendak org perhatikan lifestyle kita dan bukan semuanya approve dgn gaya awak itu. malah menimbunkan lagi rasa gusar yg terpaksa dipendam. sekali peluang terbit terbenam lah awak dgn hakikat rasa resah hati mereka yg berbisa. abg ok... abg ok je sbb susah mula faham nikmat bersosial media ni. nikmat jahanam.
A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat) on

Sumber: Media Hiburan Lokal


from The Reporter https://ift.tt/2vXxt8g
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wESTYm
via IFTTT

Pelawak lejen Jepun, Ken Shimura, meninggal dunia akibat koronavirus


Pelawak Jepun, Ken Shimura, yang dimasukkan ke hospital selepas disyaki dijangkiti koronavirus, telah meninggal dunia dan menjadi selebriti pertama yang meninggal akibat wabak Covid-19. 

Ken Shimura dilaporkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020, mengundang kesedihan para peminatnya di seluruh dunia. 

Mendiang yang berusia 70 tahun merupakan pelawak terbaik di Jepun yang memulakan kariernya sejak 1970-an itu juga pernah dilaporkan menghidap kanser paru-paru pada 2016. 

Difahamkan, Ken Shimura mengalami demam dan masalah pernafasan pada 19 Mac lalu dan dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia semalam. 

Para peminat meluahkan rasa sedih mereka di media sosial dan akan merindui lawak-lawak dari Ken Shimura. 



Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/3dH9JWU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33ZxQf5
via IFTTT

Friday, 27 March 2020

Penjara 6 bulan & denda RM30,000 jika ingkar peraturan Social Distancing



Rakyat Singapura boleh dipenjara enam bulan sekiranya mereka berdiri terlalu rapat dengan orang lain, di bawah peraturan baru yang diumumkan oleh Kerajaan Singapura semalam, dalam usaha mengekang wabak Covid-19. 

Negara itu mula mengamalkan Social Distancing bagi menangani wabak tersebut, termasuk menutup premis perniagaan dan membatalkan semua majlis yang melibatkan orang ramai. 

Sebagai contoh, setiap individu tidak dibenarkan berdiri terlalu dekat antara satu sama lain dalam barisan atau ketika duduk di kerusi dengan jarak 1 meter di tempat awam. 

Bagi mereka yang ingkar dengan peraturan baru itu boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda maksimum S$10,000 (RM30,309). 

Peniaga juga dikehendaki mengambil langkah yang sama bagi menguatkuasakan peraturan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang jika didapati ingkar. 

Singapura yang dikenali dengan kadar jenayah yang rendah dan pelaksanaan undang-undang ketat, memperkenalkan peraturan baru itu selepas wabak Covid-19 mula merebak di negaranya yang dibawa oleh orang luar. 

Kementerian Kesihatan Singapura berkata, kerajaan perlu memperketatkan peraturan Social Distancing bagi meminimakan aktiviti dan pendedahan. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2xz3cNm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Uo5iZx
via IFTTT

Kucing peliharaan disahkan positif COVID-19, selepas berjangkit dari pemiliknya


Seorang wanita telah menjangkiti kucingnya dengan Koronavirus, dedah pihak kesihatan Belgium hari ini. 

Ketua Penyakit Berjangkit di Institut Kesihatan Negara, Steven van Gucht dalam sidang media memberitahu, virus itu ditemui dalam haiwan peliharaan tersebut.

"Kucing itu tinggal bersama pemiliknya, yang mula menunjukkan simptom-simptom gejala virus berkenaan seminggu sebelum kucing itu," katanya. 

Kes itu merupakan laporan kes pertama kucing dijangkiti koronavirus di Belgium dan sebelum ini Hong Kong melaporkan dua ekor anjing peliharaan juga didapati positif Covid-19. 

Bagaimanapun Steven berkata, kes itu merupakan kes terpencil. 

"Kucing itu mengalami cirit-birit, muntah dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Para penyelidik menemui virus dalam najis kucing tersebut. 

"Kami mahu menekankan bahawa kes ini adalah kes terpencil. Tambahan, dalam kes ini kita bercakap mengenai pemindahan (virus) dari manusia ke haiwan, bukan sebaliknya. 

"Tiada petunjuk bahawa ini adalah perkara biasa. Risiko pemindahan (virus) haiwan ke manusia adalah sangat kecil," katanya.

Sementara itu dalam kenyataan terkini pihak kesihatan Belgium berkata,tiada bukti bahawa virus dari haiwan peliharaan berpindah ke manusia atau haiwan peliharaan lain. 

Justeru, semua pemilik membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik untuk pemeriksaan sekiranya haiwan mereka menunjukkan simptom-simptom koronavirus. 

Sementara itu, bagi individu yang disyaki positif COVID-19 adalah dinasihatkan untuk menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan, termasuk tidak menyentuhnya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/3bs8QQ4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Uo2zPN
via IFTTT

'Dia terpengaruh dengan filem biru' - Suami jual isteri di Twitter untuk digauli dua lelaki sekali gus, ditahan polis


Media sosial seharusnya digunakan secara bijak dan tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Tetapi bagi seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia ini nekad menjual isterinya di media sosial kepada lelaki hidung belang. Bahkan, dia juga membenarkan isterinya digauli beberapa lelaki lain dalam satu masa. 

Terdahulu, viral di media sosial polis menahan suspek di sebuah hotel di Tuban, Jawa Timur. 

Suspek, Ardian Elga Mardhini, 28, bekerja sebagai pemandu lori, menjual isterinya melalui Twitter dan memberikan alasan dia berbuat demikian kerana masalah ekonomi serta mempunyai fantasi seksual pelik. 

Suspek ditahan pada 20 Mac 2020, bersama isterinya dan dua lagi suspek lain di bilik hotel tersebut. 

Ketika diserbu, dua daripadanya sedang tidur, manakala dua lagi berada di dalam bilik mandi. 

Ketua Polis Daerah Tuban, Ruruh Wicaksono berkata, siasatan mendapati suspek telah menjual isterinya sebanyak sembilan kali untuk melakukan aksi threesome di beberapa bandar. 

Siasatan juga mendapati, terdapat dua kali transaksi wang dilakukan di Tuban di mana Ardian memperolehi 1.5 juta rupiah (RM405) hingga 6 juta rupiah (RM1,620).

"Suspek menjual isterinya melalui Twitter. Suspek mengaku dia terpengaruh dengan filem dewasa. Mereka ditahan di sebuah hotel di Tuban.

"Alasannya, ada masalah kewangan dan selain itu dia selalu menonton filem biru. Suspek mendapat untung 'bersih' 4 juta rupiah (RM1,080) selepas membayar kos penginapan hotel," katanya. 

Difahamkan, isteri suspek pernah menolak cadangan Ardian yang mahu menjualnya di media sosial. Setelah puas dipujuk, akhirnya wanita itu bersetuju. 

Ardian juga mengaku perbuatan itu dilakukan di atas kesepakatan bersama isterinya. 

"Ini atas dasar bersama. Hasil (wang) saya berikan kepada isteri," kata Ardian sambil tertunduk malu. 

Ardian bagaimanapun mengaku bersalah dan menyesal menjual isterinya di media sosial. Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang dan bakal berdepan dengan hukuman penjara enam tahun.

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/2UpLCVl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dwzKbH
via IFTTT

Instapemes disahkan positif COVID-19 selepas buat cabaran jilat mangkuk tandas


Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menarik perhatian netizen di media sosial. Orang berpengaruh atau influencer berlumba-lumba melakukan adegan/aksi kreatif untuk mendapatkan perhatian. Namun, ada sesetengahnya sanggup melakukan tindakan bodoh sebagai jalan pintas untuk meraih populariti.

Seperti yang dilakukan oleh seorang influencer dari Amerika Syarikat ini, bernama Larz, menjilat mangkuk tandas di kala dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19. 

Difahamkan, Larz meniru aksi pengguna Tik Tok, Ava Louise yang mencetuskan 'Coronavirus Challenge', dan memuat naik video tersebut di Twitternya, 20 Mac 2020, berserta dengan kapsyen info mengenai wabak tersebut. 

Dua hari kemudian, Larz disahkan positif COVID-19. Larz turut memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital. 

Ada netizen yang meluahkan rasa simpati, tetapi tidak kurang juga yang sekolahkan dia. 

"Mengapa orang bodoh ini dirawat? Seharusnya dia dipenjarakan, bukannya terbaring di hospital," kata wartawan, Piers Morgan. 

Susulan kejadian itu, Twitter telah menggantung akaun Larz, tetapi Instagramnya masih aktif sehingga ke hari ini. 

Walaupun tidak diketahui bagaimana Larz mendapat jangkitan virus itu, penularan COVID-19 melalui tandas sememangnya boleh berlaku. Ini berdasarkan laporan berita di China dan Singapura bahawa virus tersebut ditemui di tandas yang telah digunakan oleh pesakit positif COVID-19. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/3anM5wE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xxOQNC
via IFTTT

Langgar perintah berkurung (Covid-19), pemancing mati dibaham buaya & 2 lagi mati ditembak polis


Seorang lelaki yang melanggar perintah berkurung COVID-19 untuk memancing mati dibaham buaya manakala dua lagi yang melanggar arahan sama mati ditembak polis.

Datuk Bandar daerah Kamonyi, Alice Kayitesi, berkata tragedi membabitkan pemancing itu berlaku di sungai Nyabarongo kelmarin.

“Mangsa adalah antara segelintir kecil penduduk yang melanggar perintah berkurung bagi mengekang penularan coronavirus,” katanya.

Rwanda, yang kini mencatatkan 41 kes COVID-19, diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua minggu sejak 21 Mac lalu.

Selaras perintah itu, semua perniagaan tidak membabitkan kepentingan asas, khidmat pengangkutan antara bandar atau daerah dan pergerakan luar rumah tanpa alasan penting dilarang sama sekali.

Sementara itu, polis Rwanda menembak mati dua lelaki berusia 20an kerana melanggar perintah berkurung, berdasarkan laporan Bloomberg semalam.

Jurucakap polis Rwanda, John Bosco Kabera, berkata dua lelaki terbabit ‘cuba bergelut dengan polis’ ketika kejadian itu berlaku.

Sumber: Agensi, Berita Harian


from The Reporter https://ift.tt/3bxt5fr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33SZnyE
via IFTTT

Diva AA Tersohor didenda RM17,000 kerana upload video hina kakitangan Hospital Putrajaya kendalikan kes COVID-19


Selebriti Azwan Ali dijatuhkan hukuman dewnda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memuat naik kandungan berunsur penghinaan yang berkaitan dengan Covid-19 di saluran YouTubenya. 

Pengacara TV berusia 54 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi pada Jumaat 27 Mac 2020. 

Berdasarkan pertuduhan, Azwan memuat naik kandungan tersebut di saluran YouTubenya, DivaAATersohor.

Pada Selasa 24 Mac 2020, Hospital Putrajaya membuat laporan polis terhadap dua video viral di mana salah satunya buat oleh Azwan secara tidak langsung telah menjejaskan imej dan kredibiliti hospital dan petugas perubatan yang menguruskan kes Covid-19. 

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora'i Mohd Said dalam kenyataannya berkata, video itu telah menyebabkan petugas di bahagian 'frontliner' yang banyak mengorbankan masa bersama keluarga semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab. 

Azwan, didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Tertuduh juga boleh didenda RM1,000 untuk setiap hari berikutnya sekiranya video itu tidak dipadamkan selepas sabitan dikenakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan Azwan menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. 

Sumber: The Star


from The Reporter https://ift.tt/39luFj8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vXr90I
via IFTTT

Thursday, 26 March 2020

'Patient One adalah super spreader, dia dah spread virus COVID-19 dalam community tanpa sedar' - Itali 'musnah' angkara sikap pemimpin dan rakyatnya


Sehingga ke hari ini, kes wabak COVID-19 mencatatkan peningkatan kes dan jumlah kematian juga turut meningkat.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), namun rakyat Malaysia seolah-olah memandang enteng perkara ini. Di jalan raya, pasar raya, taman-taman, masih lagi ada individu yang menjalankan rutin seperti biasa. 

Melihat kepada situasi ini juga, seorang pengguna Twitter menyeru kepada orang ramai untuk belajar dari situasi yang berlaku di negara Itali yang telah mencatatkan beribu kematian sehingga dikhabarkan di sebuah wilayah di Bergamo terpaksa memindahkan mayat-mayat keluar dari negeri itu berikutan tempat pembakaran mayat yang penuh. 


SEMALAM aku ada baca short article berkenaan COVID-19. Tajuknya adalah COVID-19 in Europe: the Italian lesson. Article ini menerangkan macam mana Italy boleh collapse sebab COVID-19 walaupun Italy duduk di tangga kedua dalam Best Healthcare In The World by population 2020.

Menurut Andrea dan Giuseppe Ramozzi (penulis artikel), a rapid surge of cases is posing a serious threat to the Italian national health system because of the limited capacity of intensive care unit departments.

Kes COVID-19 naik secara sangat mendadak di Italy dan ICU mereka tak cukup nak tampung dan rawat pesakit-pesakit yang kritikal. The Italian Government introduced progressive mitigation measurements on 9/3 and 11/3 to drastically limit social interactions.

Macam mana Italy boleh collapse and badly affected? Ini gara-gara Patient One di pekan kecil di Lombardy (northern part of Italy). Dia dah tunjuk symptoms COVID-19 tapi dia tak nak duduk hospital. He refused to be hospitalised and dia nak balik dan berehat di rumah sahaja. So dia balik rumah but before that, for the whole month, dia agak sibuk living his life - attended at least three dinners, played soccer and ran with a team. Tapi, after few hours dia balik, keadaan dia makin teruk. So he went to the hospital. Terus masuk ICU, positive COVID-19.

Patient One adalah super spreader. Dia tak jatuh sakit immediately, dan sepanjang dia tunjuk minor symptoms, dia dah bergaul dengan masyarakat setempat. Patient One dah spread the virus dalam community itu unknowingly. Super spreader. Sounds familiar?

Patient One adalah local Italian yang tak pergi mana-mana pun. Tak ada travel, tak ada contact dengan Chinese from China. Regular Joe. Experts suspect he contracted the virus from another European, meaning Italy did not have an identifiable patient zero or a traceable source of contagion that could help it contain the virus.

See? Contact dari another carrier which can be absolutely anyone. Sedikit sebanyak tentang Lombardy, kawasan itu adalah kawasan yang sibuk dengan urusan jual beli dengan China and most likely the most active. 

Patient One barangkali adalah Patient 200 menurut pakar mereka sebab awal-awal kejadian, mereka hanya tunjuk symptom selsema biasa. 

Selain itu, orang-orang besar di Italy juga pada awalnya berbelah bahagi untuk buat pencegahan awal. Kalau lockdown, nanti macam mana business, economy, reception from their people. So mereka buat keputusan agak slow dan secara berperingkat, bukan terus total lockdown. Even masa 309 Italians dah disahkan positive COVID-19 dan 11 orang mati, PM mereka, Giuseppe Conte buat kenyataan bahawa Italy masih OK, selamat, dan probably safer country (berkenaan COVID-19) berbanding beberapa negara yang lain. 

You see? Masih angkuh. Waktu ini, hospital di Lombardy dah sesak dengan patients dan mereka dah tak cukup resources dan manpower sebab setiap hari, semakin ramai yang positive COVID-19, dan bilangan pesakit dalam ICU semakin bertambah. 

Sounds familiar? Jadi kat Malaysia tak? 

Salah satu punca utama kes COVID-19 sangat teruk di Italy adalah disebabkan mixed messages daripada pemimpin mereka. Reassurances berkenaan virus pandemic daripada pemimpin-pemimpin mereka menyebabkan rakyat Italy confused. Kena duduk rumah ke? Boleh keluar ke? Teruk ke tak?

Kempen Milan Doesn't Stop, Duomo cathedral dibuka semula untuk tujuan pelancongan dan tarikan for tourists. Mereka keluar berpesta, lepak dengan kawan-kawan, makan malam ramai-ramai. Quarantine itu apa? Most of the Italians went out sebab their leaders bagi mixed messages.

Mr. Fontana, who had been pressing the central government for tougher action said that the mixed messages from Rome and the easing of restrictions had led Italians to believe “that everything was a joke, and they kept living as they used to.”

Itu adalah permulaan kenapa kes COVID-19 di Italy sangat dahsyat. Mereka tak peduli, sambil lewa dan ambil mudah tentang virus ini. Mereka jalani kehidupan seperti biasa, tak takut langsung dengan virus ini. As if, they thought it was nothing, they would be fine and OK.

2 minggu kemudian? Look at them. The virus hit them very, very, very hard. Kes kematian setiap hari lebih 400 orang. Tanah perkuburan, rumah mayat kat Lombardy sampai tak cukup nak kebumi mayat-mayat mangsa COVID-19. Tahu apa solution mereka? Bakar. Mereka bakar mayat-mayat ini.

Sebelum apocalypse ini berlaku di Italy, Attilio Fontana (regional president) banyak kali pesan pada kerajaan pusat (PM, other regional presidents) supaya tindakan untuk kawal virus ini diambil, tapi his requests were repeatedly turned down.

Mereka ini sangat yakin bahawa Italy akan selamat dari COVID-19, it was not too serious. Dan mereka tak nak hurt their economy too much sebab kalau announce lockdown, macam mana dengan business dan economic growth kat sana? Mesti affected juga kan? So, mereka tak buat apa-apa. 

After numbers of positive cases dah makin meningkat, baru Conte dan menteri kesihatan Italy kucar-kacir closed down kawasan di utara Italy. Waktu ini, dah 7375 Italians tested positive, 366 mati disebabkan COVID-19. It was too late bukan? Time ini baru mereka laksana restricted movement order especially untuk mereka yang berada di northern part of Italy. Tapi sebelum sempat mereka umumkan, berita ini dah dibocorkan oleh pihak media Italy dan apa jadi selepas itu? 

Yaaa, mereka panic, terus lari nak balik kampung. Many Italians rushed to train/bus station untuk tinggalkan kawasan utara sebelum RMO/lockdown dilaksanakan. Kucar-kacir mereka lari untuk pulang ke kampung, tinggalkan kawasan utara, and mostly turun ke southern region of Italy. 


Kau tak rasa macam deja vu ke? Sebab apa Italians buat, Malaysians pun buat. Sejenis tak nak kalah juga kan? But we are lucky sebab previous and current government tak ambil enteng sangat berkenaan isu COVID-19. Even after mereka dah 'escaped' from northern part, mereka tak self-quarantine, mereka bebas keluar lagi tanpa peduli tentang arahan untuk stay at home. Even their leaders pun tak bagi arahan yang jelas, masih lagi mixed messages.

Tapi bila kes dah mencanak 9172 dan kematian dah jadi 463, baru Conte ketatkan lagi arahan RMO, but by then, it was too late. Pembawa virus COVID-19 dah berada di serata Italy.

Experts dan government bergaduh sebab experts cakap screen dan test semua orang, but government tak setuju and cakap untuk test semua orang sama ada orang itu tunjuk symptoms or not, membazir resources yang ada. Tapi experts cakap at least boleh slow down the virus and contain it.

Bila dah contain and slow down the virus, sekurang-kurangnya hospitals involved boleh bernafas seketika, bukan keep on terima ICU, critical patients sahaja. Sebab itu experts insist on testing everyone with or without COVID-19 symptoms.

Bila kes semakin serious, kerajaan Italy hantar pasukan tentera untuk enforce lockdown dan mereka tutup recreational park, tak benarkan orang awam keluar, berjalan mahupun jogging di luar rumah. Duduk rumah! Stay at home!

"We closed gradually, as Europe is doing. France, Spain, Germany, the U.S. are doing the same. Every day you close a bit, you give up on a bit of normal life. Because the virus does not allow normal life." Sandra Zampa - under secretary at MOH.

Sekarang ini, their leaders menyesal kerana tak buat apa-apa, ambil tindakan sooner. At first they were reluctant to make painful decisions because it could hurt their economy. Hanya sebab itu, kematian di Italy dah melebihi 6000, mereka yang positive dah hampir 64,000 orang.

PM mereka cakap, awal-awal tak nak implement lockdown, tak nak bertindak lebih tegas sebab tak nak rakyat Italy panic and akan menyebabkan hysteria, unnecessary chaos. Tapi ternyata mereka salah bukan? They should've done it earlier.

Menteri Kesihatan mereka pada awalnya dah banyak kali merayu dan menggesa kerajaan mereka untuk buat something but was ignored. He tried to convince his government colleagues to do something to break the chain but to no avail. They were 10 days late. Hanya sebab lambat 10 hari, kematian di Italy disebabkan COVID-19 very devastating dan dah overtake rate kematian di China masa China awal-awal kena virus ini.

Buat masa sekarang, Italy dah warned Americans & other European countries to be prepared sebab wabak ini akan melanda negara mereka dalam tempoh 2 minggu. Why 2 weeks? Sebab incubation period, then baru tunjuk symptoms but before that, kita tak tahu pun kita bawa virus tersebut.

Italy looked at China when they were plagued by this virus, not as a practical warning, but as a "science fiction movie that had nothing to do with us." Zampa said. And when the virus exploded, European countries looked at us (Italians) the same way we looked at China.

In January, some officials were urging the PM, to quarantine schoolchildren in the northern regions who were returning from holidays in China. Tapi golongan liberal kritik cadangan tersebut sebab tak nak dicop racist, create fear. Maka PM mereka pun reject cadangan tersebut and teruskan hari-hari macam biasa. Budak pergi sekolah, budak main bola kat padang, orang dewasa pergi pasar, remaja berpeleseran di jalan raya dan shopping malls.

Semua ini memang sama pattern macam di Malaysia. In fact until now some of Italians masih berdegil tak nak duduk rumah. Mereka gunakan alasan nak bawa anjing jalan-jalan, mereka nak bersenam sebab rasa bosan dan unhealthy duduk rumah tak buat apa-apa. Degil nak mampus!

Sampai mayor di Italy terpaksa rekod video untuk express rasa marah mereka pada Italians yang masih degil tak nak duduk rumah even dah pesan banyak kali stay at home, stay at home, stay at home. Tak faham-faham bahasa!

Sama macam some of us tak? Berlaku tak kat Malaysia? YES!


Tengok graph ini dan jadikan Italy (second row, paling kanan), dan bandingkan dengan graph negara-negara Eropah lain especially France, Germany, Spain. Trend dah ada kan? Tunggu masa sebelum jadi macam di Italy. Like a ticking bomb, waiting to explode.

All other European countries appear to be in a similar situation, with just a short time-lag of a couple of weeks. Maka, penulis artikel ini menggesa all countries untuk acknowledge the Italian lesson dan bersiap sedia untuk sebarang kejadian (most likely for the worst).

Mereka juga menggesa kita semua to immediately adopt very restrictive measures to limit viral diffusion, ensure appropriate health-system response, and reduce mortality, which appears to be higher than previously estimated.

Untuk kita semua, aku dapat rasakan yang kes COVID-19 di Malaysia tak akan tunjuk sebarang peningkatan yang mendadak, not until end of this month or awal bulan depan. Kenapa? Sebab 2 weeks incubation period, dan apa yang berlaku di Malaysia sebelum kita kena RMO. Kita ramai-ramai balik kampung, serbu pasaraya and shopping malls on Tuesday and Wednesday (17/03, 18/03). Cuba tengok calendar, kira 14 hari after 18/03. Jatuh on 1st April kan? Aku berharap sangat aku salah, aku terlalu paranoid, but aku harap kes COVID-19 tak mencanak time tu.


Ini adalah estimation graph yang dibuat oleh @ChemEngMY and it's scarily quite accurate


Ini adalah bacaan terkini dari @KKMPutrajaya dan bacaan estimation dari @ChemEngMY 

Tak jauh beza, kan? Akan nampak penurunan tapi akan berlaku satu lonjatan, anjakan paradigma hujung bulan nanti. Ini semua gara-gara panic buying, balik kampung etc.

Pengajaran yang boleh diambil dari thread panjang berjela ini? 

Kita tak tahu kalau kita adalah pembawa virus COVID-19, kita tak tahu pun if kita dah infected selagi symptoms tak keluar. And because of that, kita expect kita sihat, kita negative COVID-19. Kalau tahu kita ada close contact dengan pesakit COVID-19, terus serah diri kat hospital. Frontliners di hospital nak bantu kita, bukan bunuh kita. 

Saya ulang, para doktor, jururawat, orang-orang di hospital/klinik kesihatan bukan nak bunuh kita, tapi nak rawat kita. Kalau tunjuk symptoms, segera dapatkan rawatan dari hospital berdekatan. Aku baru bawa someone pergi HSA 3 hari lepas sebab dia tunjuk symptoms COVID-19 such as sesak nafas, batuk, sakit dada. Aku sendiri drive and serah dia ke emergency dept di HSA.

Procedure sangat smooth dan mudah, tak nampak menyakitkan mahupun memudaratkan. Doctor and front desk officers bertugas sangat cekap dan efficient. 

Balik rumah, kami sekeluarga self-quarantined sementera tunggu results. Semalam HSA call, negative. Alhamdulillah.

Tujuan asal aku buat thread ini supaya rakyat Malaysia buka mata, tahu apa jadi di Italy dan jangan sesekali kita repeat the same mistake. Kita jaga kita, kan? Sampaikan kisah ini pada ahli keluarga, kawan-kawan yang tak ada Twitter especially warga emas, pakcik makcik akak FB. Kalau tak nak percaya aku lampirkan 2 articles aku banyak refer and baca : klik SINI.

Teruskan membaca dan sebarkan knowledge ini! 

INFO TAMBAHAN!
  • Super spreader di Italy adalah Patient One
  • Super spreader di South Korea adalah patient #31
  • Super spreader di Malaysia adalah patient #136
Pesanan akhir, ikut saranan kerajaan. If not, kes positive COVID-19 meningkat, kes kematian meningkat, frontliners penat bertungkus-lumus selamatkan nyawa Malaysians. 

Hold on tight to the ones you love. Sama-sama kita berdoa agar Malaysia sembuh dari COVID-19! 

Sumber: The Comedian


from The Reporter https://ift.tt/2UIKGKs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WL02kh
via IFTTT
loading...