Padah mengambil kesempatan membawa teman wanita ke rumah ketika ketiadaan ibu bapa, remaja lelaki berusia 16 tahun dicekup berkhalwat pada jam 10.30 pagi hari ini.
Pasangan remaja itu ditahan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kota Setar (PADKS) di rumah remaja lelaki itu di kawasan perumahan Anak Bukit, Alor Setar, selepas menerima maklumat awam.
Ketika anggota PADKS tiba di rumah itu, remaja lelaki itu keluar dengan hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Pemeriksaan juga mendapati, remaja perempuan berpakaian lengkap turut berada dalam rumah itu.
Ketika disoal siasat, mereka didapati tiada hubungan mahram dan ekoran itu, kedua-duanya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan penangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.
Pasangan remaja itu kemudian dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2InTEqY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3cxyB2X
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment