loading...

Tuesday, 10 March 2020

'Tak nak campur tangan politik? Baik dia buka kementerian sendiri' - Bung Moktar kritik Menteri Kewangan baharu


Bekas CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tidak mahu isu politik mengganggu tugasnya di kementerian itu nanti. 

Beliau berkata, apa yang perlu diberi fokus adalah cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara. 

"Saya harap begitu. Saya rasa apa yang kita perlukan sekarang adalah untuk fokus mengenai cabaran, dengan cabaran yang mendatang. 

"Dan saya pasti kamu semua tahu apa cabaran-cabarannya dari segi ekonomi," katanya. 

Bagaimanapun, kenyataan Tengku Zafrul itu dikritik oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin. 

"Menteri kewangan baru dilantik dalam ucap tamanya menyatakan no political interference in his ministry. Dia tak sedar pelantikannya atas move (gerakan) politik. 

"Kalau inilah pendiriannya, lebih baik dia buka kementeriannya sendiri," tulis Bung di Twitternya. 


Apabila netizen meminta dia menarik balik kenyataan itu, pengerusi UMNO Sabah itu membalas, "No retreat, no sorry" (pantang undur, pantang minta maaf). 


Menjelaskan mengenai kenyataan itu, Bung berkata kritikan itu adalah perkara normal dan dia sentiasa menyuarakan perkara yang tidak betul untuk diperbetulkan. 

"...walaupun dalam BN dulu, saya sentiasa menyuarakan perkara yang tidak betul untuk diperbetulkan. Dia orang baru dan perlu diberi peringatan," tulisnya. 


Pada masa ini, Bung Moktar sedang sibuk membalas tweet-tweet pengikutnya yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.




Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/3aVIWEr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Izg6NF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...