loading...

Thursday, 12 March 2020

'Perlantikan tidak berkualiti, dia tidak layak' - Diana Danielle kecewa BERSATU pilih budak 'a lot of mix' jadi Ketua Srikandi Bagan Serai


Baru-baru ini, selebriti media sosial Marshaira Ismail, 22, atau lebih dikenali dengan nama palsu King Coco, menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak. 

Marshaira menang apabila mendapat 62 undi dan sekali gus menewaskan dua calon lain. 

Bagaimanapun, kemenangannya itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif netizen. Ini berikutan Marshaira yang berketurunan 'a lot of mix' sebelum ini pernah terbabit dengan berberapa isu kontroversi. 

Marshaira telah mendirikan rumah tangga pada 2017 di usia 19 tahun dan dikurniakan seorang anak. 

Sementara itu, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter. Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai tweet itu berkaitan dengan Marshaira. 

Anak kelahiran Bagan Serai itu berkata, adalah satu keputusan yang tidak bertanggungjawab membenarkan influencer/attention seeking missus untuk menjadi wakil rakyat. 

"Saya sebenarnya marah. Saya dari Bagan Serai. Saya rasa ini adalah keputusan yang tidak bertanggungjawab membenarkan influencer atau attention seeking menjadi wakil rakyat. 

"Adakah dia tahu betapa besarnya tanggungjawab itu? Apa kelayakan dia? Ini bukan jenaka. 


"Saya serius mempersoalkannya. Anda perlukan orang yang berkelayakan untuk menjadi wakil rakyat. Titik," katanya yang turut menyertakan panduan untuk menjadi wakil rakyat. 

"Rasa influencer fondeisyon tu cukup mental stealh and capacity ke untuk pikul tanggungjawab ini? Political party tu pun tak rasa irresponsible ke serah kuasa macam tu je?

"Saya kecewa dengan perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai," katanya. 



Keluarga saya asal Bukit Merah, saya kecewa dgn perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai. Petikan dari ikim.com.my tentang harapan rakyat dan tanggungjawab Wakil Rakyat - Peranan Wakil Rakyat Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz June 23, 2015 Apakah harapan kita kepada para wakil rakyat? “Wakil Rakyat” merupakan mereka yang dipilih sebagai wakil menerusi sistem pilihan raya. Secara umumnya terdapat tiga fungsi utama para wakil rakyat. Pertama, sebagai mekanisme penyampai pendapat dan kehendak rakyat; Kedua, sebagai pembuat atau penggubal undang-undang (legilatif) dan Ketiga, sebagai mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif. Wakil Rakyat Sebagai seorang yang dipilih sebagai wakilsalah satu peranan utama mereka ialah mewakili rakyat kawasan pilihan rayanya. Justeru, wakil rakyat tersebut menggalas amanah besar yang hendaklah ditunai dengan jujur dan bijaksana sebagaimana kehendak mereka yang berada di daerah pilihan rayanya. Wakil rakyat itu bukan sahaja mewakili rakyat yang mengundi mereka semasa pilihan raya tetapi juga rakyat yang tidak menyokong atau tidak mengundi mereka semasa pilihan raya. Dalam perkhidmatan wakil rakyat, hendaklah wujud ruang-ruang untuk rakyat berhubung bagi mendapatkan maklumat dan bantuan. Selain itu kepentingan rakyat boleh dijaga dengan sealuran bantuan serta projek-projek tempatan. Wakil rakyat hendaklah menyediakan akses maklumat kepda rakyatnya tentang mengenai agenda penting negari atau negara. Wakil rakyat juga perlu melibatkan rakyat dan menjelaskan peranan mereka dalam konflik serta perlu membina konsensus dan mencapai penyelesaian. Wakil rakyat perlu responsif kepada keperluan rakyat. . http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2015/06/23/peranan-wakil-rakyat/
A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on



from The Reporter https://ift.tt/2IIFyAy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3cRMyZD
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...