loading...

Friday, 20 March 2020

'Bagi memastikan rakyat patuh kepada perintah kawalan pergerakan' - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bantu polis mulai Ahad ini


Kerajaan hari ini memutuskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerahkan untuk membantu polis melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula Ahad ini. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, khidmat ATM diperlukan bagi memastikan rakyat patuh dengan perintah tersebut kerana masih ada rakyat yang berdegil tidak mempedulikan arahan dari kerajaan biarpun telah ditegur oleh pihak polis. 

Bagi rakyat yang mematuhi arahan itu, Ismail bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesedaran dan kepatuhan mereka terhadap arahan yang dikeluarkan. 

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan kononnya beliau akan meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perintah darurat. 

"Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya," katanya. 



Dalam pada itu juga, Ismail memaklumkan kerajaan akan menanggung perbelanjaan makanan semua pelajar IPT yang tidak dapat pulang ke rumah berikutan arahan perintah kawalan pergerakan yang bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/33CBmMu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3a6csat
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...