Selepas dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah semalam, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, isteri kepada Da'i Farhan memuat naik perkongsian pengalamannya selama dua hari berada dalam lokap.
Bagi Noorainul, tempoh 48 jam berada dalam tirai besi itu membuatkan dia merasa nikmat kehidupan yang sebenar.
"Walaupun dua malam dalam lokap, saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar. Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dengan ikan jacket tak adalah apa sangat.
"Pengalaman Allah nak tunjuk, ujian kita ni kecik sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan kat dalam sana tu. Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah," tulisnya di Instagram.
Menurut Noorainul, dia menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa rasa malu mahupun takut.
"Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka. Tak ada rasa malu atau takut. Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang Allah nak tunjuk pada saya. Kalau saya tak masuk ke dalam, saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya.
"Undang-undang di Malaysia ni bila kita ada kuasa, kita boleh buat apa sahaja. InshaAllah tiada undang-undang, tiada mahkamah yang dapat mendustakan kebenaran bila Allah ingin kebenaran dinampakkan.
Sumber: Instagram Isteri Da'i Farhan, Oh! Bulan
LAPORAN BERKAITAN
- (Video) Isteri Da'i Farhan didakwa menipu, bakal berdepan dengan hukuman penjara & sebatan jika disabitkan bersalah
- Isteri juara Da'i akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan menipu pelanggannya
- Tipu duit orang RM11,000, isteri juara Da'i ditahan polis
from The Reporter https://ift.tt/2VIjSMJ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wyRaU4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment