Seorang gelandangan berusia 54 tahun yang dilaporkan melarikan diri dari klinik kesihatan tengah hari semalam selepas disyaki mempunyai simptom COVID-19, kini giat dikesan oleh pihak polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Suprintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya sedang giat mengesan lelaki terbabit.
"Dia adalah gelandangan, yang tidur di mana-mana dia suka, tiada rumah dan tiada alamat tetap. Tetapi apabila mereka (doktor) memeriksa dia mendapati lelaki itu menunjukkan tanda-tanda yang mirip kepada virus COVID-19.
"Jadi kami sedang cuba mengesan lelaki itu. Kita sedang mencari individu yang sakit, jadi kita perlu berhati-hati," katanya memetik laporan dari Malay Mail.
Ramsay mengesahkan lelaki itu belum dikuarantin atau ditahan oleh pusat kesihatan di tempat dia menjalani pemeriksaan. Doktor di klinik kesihatan itu membuat laporan polis selepas lelaki itu didapati hilang.
Terdahulu, viral di media sosial laporan polis yang dibuat oleh doktor berkenaan yang mendakwa pesakit itu melarikan diri selepas 10 minit ditempatkan di khemah pengasingan.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2TLx7KX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2U4TCtc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment