Suami pukul isteri gara-gara tidak dibenarkan melihat mesej di dalam aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya dalam kejadian yang berlaku di Seputih Banyak, Indonesia.
Pasangan itu pada awalnya hanya bertikam lidah. Tetapi si suami yang cemburu buta terhadap isterinya lalu bertindak mengambil selipar dan memukul wajah isterinya bertubi-tubi sehingga meninggalkan kesan lebam.
Suspek, Rio, 24, berkata, dia curiga melihat isterinya kerap membalas mesej dengan lelaki lain di media sosial melalui telefon bimbitnya.
"Saya nak tengok apa yang dia chat dengan lelaki lain. Tetapi setiap kali saya minta, dia tak bagi," katanya.
Pada hari kejadian, Sabtu 29 Februari 2020, Rio melihat isterinya masih sibuk menghadap telefon bimbit dan bermesej dengan lelaki lain. Dari situ, Rio mula berang lalu memarahi isterinya.
"Saya minta sekali lagi telefon bimbit dia, tetapi tidak diberi. Akhirnya saya pukul muka dia dengan menggunakan selipar. Selepas itu, saya pulang ke rumah ibu bapa saya," katanya.
Rio menolak dakwaan yang mengatakan dia selalu memukul isterinya dan kejadian itu merupakan kali pertama dia marah dan memukul isterinya.
Ekoran kejadian itu, isterinya, Diska Mutiara Putri, 22, telah membuat laporan polis dan Rio telah ditahan polis kerana melakukan kekerasan terhadap isterinya.
Ketika ditahan, Rio didapati sedang menghisap sabu dengan menggunakan bong di pinggir jalan di kampung.
Polis juga merampas barang-barang untuk menghisap dadah itu termasuk sepaket sabu, bong, pemetik api dan rokok.
"Saya tak tahu kenapa dia pukul muka saya dengan selipar sampai lebam. Dia menghilangkan diri selepas pukul saya," kata Diska yang juga mendakwa ini bukan kali pertama suaminya berbuat demikian.
Dalam pada itu, Diska juga menafikan dirinya curang. Dia hanya membuat laporan polis itu kerana tidak tahan dilayan seperti itu oleh Rio.
Difahamkan pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga baru setahun.
Sementara itu menurut jiran pasangan berkenaan berkata, dia selalu mendengar pasangan itu bertengkar.
"Ya, selalu (bertengkar), tetapi cuma sekejap jer. Hampir setiap hari macam tu. Tak tahulah apa masalah mereka, saya tak nak membawang lebih-lebih," katanya.
Suspek bakal dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang dan berdepan dengan hukuman 4 hingga 12 tahun penjara.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/32Q82BD
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wqTE6S
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment