loading...

Thursday, 31 January 2019

'Dia akan kembali tidak lama lagi...' - Dah 10 tahun berlalu, anaknya masih tak muncul...


Baru-baru ini netizen di Thailand berkongsikan gambar seorang lelaki tua yang dipercayai gelandangan, telah menunggu 'seseorang' di tepi jalan sejak 10 tahun lalu. 

Menurut Poramet Misomphop yang ketika itu sedang menikmati sarapan pagi berkata, dia menyedari lelaki tua itu duduk di tepi jalan di sebatang jalan di Bangkok. 

Poramet kemudian bertanya kepada peniaga berhampiran dan dimaklumkan oleh seorang wanita bahawa lelaki itu selalu berada di jalan itu sejak 10 tahun lalu. 

"Saya masih ingat dalam kejadian 10 tahun lalu, seorang wanita memandu di jalan ini dan memberhentikan keretanya. Dia bawa orang tua itu keluar dan berkata sesuatu tetapi saya tidak dapat mendengarnya dengan begitu jelas. 

"Wanita itu kemudian beredar dan meninggalkan orang tua itu di situ. Masa itu saya tak terfikir apa-apa sehinggalah bila hari sudah semakin lewat, dia masih berada di situ. 

"Saya terus menghampirinya dan bertanya mengapa dia masih berada di situ. Dia memberitahu yang anak perempuannya berkata dia pergi bekerja dan terpaksa meninggalkan dia di situ. Namun akan kembali semula. 

"Bila keesokan pagi saya buka perniagaan saya, lelaki itu masih berada di situ. Kasihan, saya beri dia sedikit makanan untuknya," kata peniaga wanita terbabit. 

Sejak dari itu, dia sering memberi makanan kepada lelaki itu dan cuba bertanya tempat asal usulnya tetapi persoalan itu tidak dijawab. 



Selepas mendengar cerita itu, Poramet cuba mendekati lelaki itu dan mahu membantunya. Poramet bertanya beberapa soalan ringkas seperti nama dan alamat rumahnya, lelaki itu hanya berkata, 

"Dia akan kembali tidak lama lagi..." 

Poramet berkata, dia bersimpati dengan nasib lelaki tua itu dan berkongsi mengenainya di media sosial agar anak perempuan lelaki itu sedar bahawa bapanya masih menunggunya di tempat yang sama. 

Ada segelintir netizen berkata, anaknya mungkin terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat menghubungi bapanya. 

Post Poramet itu viral di media sosial tetapi tidak dapat dipastikan sama ada anak perempuannya itu telah ditemui. 



from The Reporter http://bit.ly/2Ur8KQq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CZIlCc
via IFTTT

Polis selamatkan kanak-kanak yang dilarikan individu yang baru dikenali ibunya


Polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan telah dilarikan seorang lelaki dewasa, pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang wanita berusia 36 tahun yang memaklumkan anaknya telah dilarikan oleh lelaki yang baru dikenalinya dengan menaiki kereta Perodua Kancil. 

Sebelum itu, mangsa memaklumkan, dia dan anaknya yang berusia empat tahun berada di sebuah premis di Taman Rasah Jaya, Seremban, jam 11.45 pagi.

"Bertindak atas laporan diterima, polis memburu suspek berkenaan dan berjaya mengesannya di kawasan Bukit Mantin. 

"Suspek berusia 31 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 40 tahun dalam kenderaan berkenaan.

"Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan pada jam 2.20 petang tadi (semalam) dan dia dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk pmeriksaan kesihatan," katanya. 

Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah. 

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kanak-kanak itu dilarikan sama ada diupah, dendam atau perkara lain. 

Kedua-dua suspek akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2TlEy8Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2BcxzIs
via IFTTT

(Video) 'Masa kena culik, kucing-kucing itu menjerit kesakitan' - 3 lelaki bersenjatakan parang rompak duit, 3 ekor kucing baka BSH & Persian


Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 3 penjenayah bersenjatakan parang merompak sebuah kedai kucing.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.10 petang Rabu, di premis Nekocatrus, Taman Melawati, sejumlah wang tunai dan tiga ekor kucing baka British Shorthair dan Parsi telah dilarikan. 

Berdasarkan video kejadian, seorang kakitangan premis itu terdahulu cuba menahan pintu itu dari diceroboh tiga suspek memakai helmet bagi mengelakkan wajah mereka dicam oleh magsa. 

Malangnya, pintu itu dapat ditolak dan dua kakitangan premis itu terus berlari ke bahagian belakang bagi mengelakkan diri dari dicederakan oleh salah seorang suspek yang bersenjatakan parang. 



Suspek kemudian membuka laci mesin juruwang dan mengambil kesemua wang kertas yang ada, sementara dua lagi rakannya menangkap tiga ekor kucing itu secara paksaan lalu dimasukkan dalam beg. 

Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal. 



Menurut kakitangan Nekocatrus, Nadrah, yang berada di premis pada waktu kejadian itu berkata, ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku semenjak kedai itu beroperasi empat tahun lalu. 

"Sumpah traumatised. Dia acu parang suruh aku buka casher box. Then aku blah. Aku kesian kat kucing itu. Apalah nasib diorang. 

"Masa diorang kena culik, kucing itu menjerit kesakitan sebab kena paksa dan disumbat dalam beg. Dalam kepala masih terngiang-ngiang bunyi jeritan kucing itu," katanya. 



Nadrah juga menasihatkan orang ramai berhati-hati jika membeli kucing kerana dikhuatiri mungkin terbeli kucing yang dicuri. 

Laporan polis telah dibuat dan difahamkan pihak polis sedang giat mengesan suspek. 

Para pengusaha premis haiwan peliharaan juga dinasihatkan menggunakan sistem pintu bertutup automatik bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. 


from The Reporter http://bit.ly/2GcY9EU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2D0oToD
via IFTTT

Remaja melahirkan bayi di usia12 tahun rupanya dihamilkan oleh abang tirinya


Remaja perempuan yang melahirkan bayi pada usia 12 tahun rupa-rupanya telah dihamilkan oleh abang tirinya berusia 14 tahun, lapor Daily Mail

Remaja perempuan itu melahirkan anak di rumahnya di Perth, sebelum dia dipindahkan ke King Edward Memorial Hospita dengan bayinya awal Januari 2019. 

Remaja itu berkata, dia tidak tahu yang dirinya hamil sehinggalah dia melahirkan bayi itu di rumahnya. 

"Polis sedang menjalankan siasatan. Ibu dan bayinya kini di bawah jagaan pusat kebajikan untuk sementara waktu," kata polis. 

Difahamkan, suspek boleh dikenakan dakwaan melakukan aktiviti seksual kerana kedua-duanya masi hberada di bawah umur 16 tahun. 

Sumber dari kerajaan pula berkata, situasi itu sangat kompleks dan menyedihkan, lebih-lebih keluarga remaja itu yang terkilan apabila mereka mendapat tahun remaja perempuan itu mengandung.


from The Reporter http://bit.ly/2Sj2rRt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WFiPey
via IFTTT

'You and mak you, dua-dua bodoh!' - Anak dakwa dia dan ibunya dimaki pelanggan yang tak reti bersabar


Viral di media sosial, seorang wanita mendakwa dia dan ibunya dimaki oleh pelanggan pasar raya yang tidak bersabar dengan mereka, hanya kerana perkara yang remeh. 

Menurut Komala Naidu, juruwang memaklumkan botol susu yang diambilnya tidak mempunyai barcode dan oleh itu tidak dapat diimbas dan dijual kepadanya. Komala kemudian diminta oleh ibunya untuk mengambol botol susu yang lain. 

Sekembalinya Komala ke kaunter, dia melihat ibunya dimarahi oleh pelanggan wanita, yang juga turut melemparkan kata-kata bersifat perkauman. 

ADA sesiapa yang dari Shah Alam mengenali wanita ini? Dia baru saja menyerang saya dengan melemparkan kata-kata rasis, malah mengata ibu saya bodoh di hadapan saya, hanya kerana perkara yang remeh. Dia juga menyerang saya menggunakan troli pasar raya. Saya akan buat laporan polis. Mohon bantu. 

Sebelum itu, saya berada di kaunter pembayaran dan dia berada di belakang, menunggu gilirannya. Ibu saya ada mengambil sebotol susu tetapi juruwang kata tiada barcode pada botol itu dan tidak dapat dimasukkan dalam senarai pembelian. 

Saya kata tak apa dan selepas beberapa ketika, ibu berubah fikiran dan meminta saya segera mengambil botol susu yang lain. 

Barisan ketika itu tidak panjang dan tempat untuk mengambil botol susu itu sangat dekat. Dalam troli kami tak banyak barang, dan pasar raya pun tak sesak. Troli wanita itu juga hanya mengandungi beberapa barangan sahaja. 

Kurang dari lima minit, saya kembali semula ke kaunter bayaran dan wanita itu menjerit terhadap ibu saya yang berdiri di situ tanpa berkata apa-apa. 

"India kel*ng menyusahkan orang... You and mak you dua-dua bodoh!"

Saya kata, "Benda kecil je pun, takkanlah you nak maki macam ni?". 

Dia berang dengan kata-kata saya dan dari situ bermulanya kejadian tersebut. 

Saya tak berapa ingat sangat mengenai kejadian itu sebab saya bukan jenis yang mahu mengambil kisah dengan perkara sedemikian 

Saya sedang berusaha mendapatkan video rakaman kamera litar tertutup. Tujuan saya post ini untuk mencari identiti wanita ini. 

Sumber: Komala Naidu

“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).  


from The Reporter http://bit.ly/2RpYPss
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CTDLW6
via IFTTT

Wednesday, 30 January 2019

'Telah saya sampaikan teguran kepada dia melalui DM Instagram' - Respon Da'i Wan berhubung isu Aiman Banna


Soal @aimaanbanna, perkara pertama yang saya buat,
  • Telah saya sampaikan teguran kepada dia melalui DM di Instagram.
  • Telah saya berikan teguran yang jelas tentang penjagaan dalam bab posting apa-apa di media sosial.
  • Belajar bezakan perkara yang “Perlu” atau “Kehendak” dalam menyampaikan sesuatu.

Pendakwah perlu tahu matlamat postingnya dalam setiap hal kerana dalam diri seorang pendakwah, dia perlu tinggalkan apa-apa perkara yang sia-sia atau tidak bermanfaat. Dari diri dia, ada tanda-tanda kebaikan Islam yang perlu dijaga. 

Saya juga turut pernah tegur secara terbuka dulu, sewaktu dia berani istinbatkan hukum agama dengan bawa satu hadith, bawa satu ayat Quran dan simpulkan pada satu-satu isu yang معاصرة.. Ia bukan displin ilmu seorang pelajar Fiqh. Dari situ kita sudah boleh tahu, dia bukan ahlinya. 

Saya juga perlu 'adil, saya tidak akan sama dengan yang lain, kita perlu hargai sekecil-kecil kebaikan yang dibuat orang. 

Saya hargai usaha dakwah @aimanbanna, namun tidak dapat kita nafikan, kewujudan Aiman kini banyak mendatangkan fitnah. 

Nama Aiman Banna hari ini bukan baru muncul dalam Timeline Twitter kita atau di ruangan blogger-blogger yang lain. Dia sudah lama berada dalam ruangan media sosial ini dan bermacam-macam isu pernah dia ciptakan atau menjadi rantaian fitnah sesama kita. 

Maka dengan ini, seperti yang telah saya nasihatkan dia, untuk dia tampil ke depan, mengakui apa yang perlu, jadi pendakwah yang sekecil-kecil perkara dapat menjaga kredibiliti, tidak bertujuan untuk mencari perhatian dunia, bezakan 'Keperluan' atau 'Kehendak' dalam nak post something. 

Pendakwah yang tulus dan lurus dengan kebenaran, kita boleh rasa wordings yang dia sampaikan. Kerana pendakwah yang tulus dan lurus pada agama, dia akan sampaikan sesuatu benda kerana ia 'Perlu', bukan kerana 'Kehendak' diri dia. 

Pendakwah yang berbuat sesuatu bersebabkan dari 'Kehendak'. Mereka share, mereka kongsi sesuatu perkara atau mereka menjawab apa-apa soalan, dari itu mereka sedang mematai sesuatu dari mata manusia. 

Hal ini adalah ujian asal kepada seorang pendakwah, sekecil-kecil aib yang dijaga rapi dalam diri seorang pendakwah, maka seluas-luas setinggi-tinggi kehormatan diri seorang pendakwah Allah akan angkat di depan tabir manusia. 

KONKLUSINYA

Kepada netizen, berhenti rujuk Aiman Banna dalam bab Hukum Hakam agama. Apa yang saya simpulkan ini adalah: 

(Ghibah yang dibenarkan dalam Islam. - Syarah Sahih Muslim: Imam An Nawawi rah)

Selain daripada ilmu hukum hakam agama, sebarang motivasi diri dan hati, yang disampaikan saudara Aiman Banna, kita sambut dan kita terima dengan baik. 

Kita tetap kena jaga tali silaturrahim sesama sebab dia juga hamba Allah swt, yang layak memiliki syurga yang sama seperti kita. 

Sekian salam iPhone dari saya. iPhone juga ingin ke syurga. Jumpa Samsung di sana. Assalamu'alaikum. 



from The Reporter http://bit.ly/2Bm1BKf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2sXq6IY
via IFTTT

'Untuk tauliah mengajar, saya belum ambil dari Selangor dan KL tapi ada surat kebenaran khas' - Aiman Banna



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Wv7yNJ
via IFTTT

'Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin habiskan sisa hidupnya menceriakan kanak-kanak'


"Nobita, apa yang kau dah buat kat Doraemon?" demikian kapsyen pada gambar viral di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan individu yang memakai kostum watak animasi popular, duduk bersendirian di tepi pantai. 

Bagi segelintir netizen, ia nampak lucu. Tetapi di sebaliknya, tiada siapa yang tahu beban yang ditanggung oleh individu berkenaan. 

Menurut sumber, gambar itu dirakam di Teluk Cempedak, Kuantan, yang selalu hadir di kawasan itu untuk menghiburkan para pengunjung. 

"Aku kenal orang di sebalik kostum Doraemon ini. Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidup dia menceriakan kanak-kanak. 

"Sesiapa yang bergambar dengan dia itu, berilah RM1 atau mengikut seikhlas hati korang nak beri berapa pun. 


"Kalau korang tengok muka dia, pasti korang akan teringat pada ibu korang. Kesian sangat dia," kata Teru Teru Bozu yang mendakwa mengenali individu berkenaan. 

"Ni haa, seorang makcik mencari rezeki. Mulanya aku sandar kepala aku di bahu dia. Selepas itu aku dengar suara dia buat bunyi kucing. Suara itu adalah seorang makcik. 

"Sumber pendapatan, hati kena tabah," kata Firdaus Exyai. 


Gambar yang terdahulu menjadi bahan usikan netizen di media sosial kini bertukar menjadi sayu selepas netizen mengetahui cerita di sebalik kostum Doraemon itu. 

"Demi sesuap nasi. Bukan senang kerja ni. Panas dalam kostum ini. 15 minit saja dah basah baju kena peluh. Bayangkanlah kalau seharian," kata Biniku Misi. 

"Nanti saya jumpa makcik ya. Makcik tunggu. Dulu pernah pergi tengok Doraemon ini duduk dan minum air ikat tepi. Mula-mula rasa kelakar tengok Doraemon ini. Tapi bila dikatakan makcik tua yang pakcik kostum, rasa sedih pula," kata Aazyf Roshan. 


Ramai netizen mendoakan agar makcik ini dimurahkan rezeki dan mengingatkan orang ramai tidak lagi menjadikan Doraemon ini sebagai bahan gelak ketawa di media sosial. 



from The Reporter http://bit.ly/2RWB9kt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2RphnZW
via IFTTT

Dituduh mencuri buku warna, kanak-kanak dipukul dan ditampar sehingga patah gigi


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikurung dan ditampar pipinya hanya kerana didakwa mencuri buku mewarna dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di Sibu, Sarawak, pada 28 Januari 2019. 

Menurut laporan Seehua, kakitangan wanita di premis itu mendakwa dia ternampak kanak-kanak itu mencuri buku mewarna lalu segera menangkapnya sebelum diserahkan kepada penyelianya yang sedang bertugas. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam lima petang dan kanak-kanak terbabit dibawa ke bilik stor di mana dia dipaksa menyapu lantai sebagai hukuman. 

Apabila dia cuba melarikan diri, penyelia terbabit menampar mukanya dan menggunakan penyangkut baju untuk memukul mangsa sehingga giginya tercabut. 

Tidak dijelaskan sama ada pihak pasar raya itu mempunyai bukti kukuh yang mendakwa kanak-kanak itu mencuri buku mewarna. 

Selepas dua jam setengah, mangsa dibenarkan pulang dengan giginya yang patah, mata kiri dan kakinya lebam akibat dipukul. 

Nenek mangsa yang terkejut melihat keadaan cucunya terus memaklumkan kepada bapa mangsa untuk pulang melihat anaknya itu. 

Berang melihat kecederaan pada tubuh badan mangsa, si bapa mahu menuntut keadilan dan membawa anaknya ke balai polis untuk membuat laporan. 

Bertindak di atas laporan itu, polis pergi ke pasar raya tersebut untuk melakukan siasatan dan menemui kesan darah yang dipercayai milik mangsa. 

Penyelia pasar raya itu direman pada keesokan hari untuk siasatan dan juga diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 

Kejadian itu turut tersebar di media sosial mengundang kemarahan netizen yang mengkritik cara penyelia terbabit menangani kes itu. Menurut netizen, pihak pasar raya sepatutnya menghubungi ibu bapa kanak-kanak itu, bukannya mengambil tindakan sendiri. 



from The Reporter http://bit.ly/2RoR9GQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Wu17us
via IFTTT

'Dah check dengan Pejabat Mufti Wilayah, dia tiada tauliah untuk memberikan ceramah'



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ThlPvr
via IFTTT

Tuesday, 29 January 2019

Minta bayaran lebih, janda dibunuh dan dicampak ke dalam sungai


Penemuan mayat seorang wanita berstatus janda, tidak memakai seluar di Pantai Paseban, mengejutkan para penduduk do Lumajang, Indonesia. 

Dalam kejadian Jumaat 25 Januari 2019, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa memakai seluar, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak. 

Hasil siasatan polis mendapati, ada dua suspek yang terlibat termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan kedua-dua suspek berjaya diberkas. 


Ketua Polis Lumajang, Muhammad Arsal Sahban berkata, siasatan pihaknya mendapati, suspek, M. Syafii, 24, telah berjanji untuk berjumpa dengan mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengan bayaran 50,000 rupiah (RM14.55), yang mana sebelum ini mereka juga pernah melakukan perbuatan itu. 

Suspek kemudian mengajak rakannya (remaja 15 tahun) untuk bertemu dengan mangsa di Kota Lumajang. Setelah berjumpa, Syafi'i membonceng mangsa dengan menggunakan motosikalnya, sementara motosikal mangsa ditunggang oleh rakan suspek, ke kawasan perkuburan di pinggir sungai, Lumajang. 

Sebaik saja tiba di lokasi, suspek telah bersetubuh dengan mangsa. Setelah selesai, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua pihak di mana mangsa meminta bayaran lebih dari suspek. 

Suspek yang gagal mengawal emosi kemudian memukul kepala mangsa dengan tangan sebelum memukulnya dengan helmet milik mangsa. 

Rakan suspek kemudian datang menghampiri mereka berdua, tetapi mangsa sudah dalam keadaan separuh sedar. Dalam keadaan panik, mereka berdua membuang mangsa ke dalam sungai yang mengalir ke Pantai Paseban. 



Semasa disoal siasat, kedua-dua suspek menjelaskan mereka tidak pasti sama ada mangsa masih hidup atau tidak ketika dibuang ke dalam sungai. 

Namun selepas itu, mereka berdua mengambil beg tangan milik mangsa yang mengandungi barang kemas dan turut melarikan motosikal milik wanita itu lalu dijual di negeri lain. 

Suspek turut mengakui bahawa mereka tidak berniat membunuh mangsa. Mereka membuang mayat mangsa kerana panik. 


Polis bagaimanapun enggan percaya dan masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan itu. 

Muhammad Arsal berkata, "Sayang sekali, salah seorang suspek masih di bawah umur. Ini membuktikan gejala sosial di negara kita semakin teruk," katanya. 

Sumber: Gempur News


from The Reporter http://bit.ly/2Ttnpdy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2RU8koR
via IFTTT

Bayi 18 bulan maut tersembam dalam baldi berisi air


Bayi berusia 18 bulan ditemui maut tersembam dalam baldi berisi air di dalam tandas kediaman ibu bapanya.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari semalam di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, mangsa, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi oleh ibu bapanya selepas mendapati mangsa tiada di tempat tidur di dalam bilik. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika pasangan suami isteri berkenaan sedang tidur selepas keletihan bekerja. 

"Sebaik bapa mangsa bangun tidur kira-kira jam 12 tengah hari, dia terkejut apabila mendapati anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di tempat tidur, lalu mengejutkan isterinya berusia 47 tahun. 

"Mereka kemudian mencari di serata rumah sebelum menemui bayi itu dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam baldi berisi air di dalam bili kair. 

"Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian mengejarkan kanak-kanak itu yang sudah kebiruan ke Klinik kesihatan Bukit Tunggal untuk mendapatkan rawatan. 

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 50 minit diberi bantuan kecemasan di klinik berkenaan," katanya. 

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. 

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas. 

Menurut bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi, pintu bilik air rumah rosak, menyebabkan anaknya itu selalu masuk ke bilik air sebelum mereka tidur.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2BkGGXZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2RXQykD
via IFTTT

(Video) 'Tak serik...'


Sudah pernah berlaku kes kemalangan yang melibatkan golongan kanak-kanak atau remaja yang bermain basikal lajak di jalan raya. Namun, ia tidak membuatkan golongan ini serik dan semakin menjadi-jadi. 

Dalam video viral yang baru dimuat naik Selasa lalu menunjukkan, dua remaja lelaki sedang bermain basikal lajak di jalan raya sambil dirakam oleh dua rakan mereka yang menunggang motosikal. 

Pemandu kereta yang terserempak dengan sekumpulan remaja itu membunyikan hon berkali-kali dipercayai menyuruh mereka berhenti kerana bimbang dengan perbuatan mereka yang boleh membahayakan diri. Tetapi langsung tidak diendahkan, malah remaja itu tetap meneruskan aktiviti mereka. 

"Kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, jangan salahkan orang (jika) terlanggar (anak anda). Salahkan diri sendiri mengapa tidak mengajar anak sendiri dan mengapa membenarkan anak anda buat hal sedemikian," kata David Yong yang memuat naik video itu di Facebook Group Klang Bandar Diraja. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di jambatan ke Sungai Udang, Kampung Sungai Pinang, Klang. 

Sementara itu, netizen mengecam tindakan sekumpulan remaja terbabit yang sengaja membahayakan nyawa mereka. 

"Bila berlaku kemalangan nanti, orang lain yang dipersalahkan. Padahal anak sendiri yang salah," kata netizen. 

Abang kepada salah seorang remaja dalam video tersebut tampil menjelaskan bahawa sudah puas mereka menegur adiknya yang berusia 14 tahun itu, tetapi lagi mengulangi perbuatannya itu. 

"Salah seorang adik saya. Bukan mak ayah tak mendidik dengan betul. Tahu-tahulah budak tingkatan dua, dah belasah macam mana pun tetap buat. Nak buat macam mana? Dera?" katanya yang menerima teguran netizen dengan hati terbuka. 



from The Reporter http://bit.ly/2BaykSp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CW7VYA
via IFTTT

Lebih 40 netizen tampil mohon maaf kepada Linda Rafar kerana lempar komen keterlaluan


Semalam, penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang menulis komen keterlaluan sehingga memburukkan dirinya dan keluarga berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam, Disember lalu. 

Linda, 41, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial. 

Linda menerusi peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula semalam. 

"Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil," tegas Linda. 

Penyanyi itu berharap, tindakan tegasnya itu akan memberi pengajaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya menulis komen berbaur fitnah dan mengaibkannya serta membuli orang lain di media sosial. 

Jelas Linda, dia pada awalnya mahu menyelesaikan dengan cara baik dengan mengalah dan meminta maaf dan tidak terlintas untuk sampai ke tahap mengambil tindakan undang-undang. Namun selepas ibunya meninggal dunia pada 11 Januari lalu, netizen semakin menjadi-jadi. 

"Atas nasihat peguam dan selepas mengambil kira banyak perkara, saya teruskan notis ini. Saya tidak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu," katanya. 

Sehari selepas berita Linda mahu memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen, ramai yang mula menghubungi Linda melalui Instagram untuk memohon maaf. 

Difahamkan, Linda menerima lebih 40 'Direct Message (DM) untuk memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka. 

Walaupun begitu, ada beberapa individu yang enggan memberi kerjasama dengan alasan malu jika orang tahu mereka memuat naik permohonan maaf secara terbuka itu. 

Linda pula bertegas, jika mereka tidak menuruti syarat yang ditetapkan, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka tetap akan dihantar atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

"Buat masa sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan untuk pengecualian notis. Saya akui ada yang tak mahu beri kerjasama, alasan diberikan mereka malu orang akan tahu jika mereka memuat naik permohonan maaf itu. 

"Ada yang menghantar mesej mereka menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru pula mereka nak fikir perkara itu salah," katanya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2HOgOZQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CSoMLT
via IFTTT

(Video) 'Kau tau abang aku sape? Mana lagi RM20,000?' - Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awam


Viral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Berdasarkan video viral itu, suspek dengan biadabnya mengungkap kata-kata berunsur perkauman, meminta wang baki sebanyak RM20,000 dari RM50,000 dari mangsa dan jika tidak, adiknya yang berada di penjara akan menerima akibatnya. 

Selain itu, suspek turut mengugut mahu mengancam keselamatan mangsa dan mendakwa abangnya merupakan pegawai narkotik Kulai. 

Susulan viral video itu, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian itu. 

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video viral itu. 

"Berikutan itu, kami akan menyiasat kejadian berkenaan kerana ia mencemarkan nama baik dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya. 


Siasatan menyeluruh akan dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil jika ada salah guna kuasa yang membabitkan pegawai polis di Johor. 

Polis juga memohon mangsa dalam kejadian itu tampil membuat laporan di balai untuk membantu siasatan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2UrGjlb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2MFFd2T
via IFTTT
loading...