loading...

Wednesday 12 December 2018

'Matanya kadang-kadang juling, silap kami beri anak main handphone sejak dari kecil'


Adalah berbahaya jika ibu bapa mendedahkan penggunaan gajet kepada anak kecil kerana ia boleh menjejaskan deria penglihatannya. Lebih teruk lagi apabila mereka menjadi ketagihan dan menggunakan gajet sepanjang hari untuk setiap hari juga berisiko menghadapi masalah lain yang amat menakutkan.

Dalam perkongsian Juliana Aziz, mata kanan anak sulungnya mengalami simptom 'lazy eye' akibat kerap menggunakan gajet. Melihat keadaan mata anaknya seperti itu, Juliana mahu berpesan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak kecil tidak mengulangi kesilapannya dan mengambil langkah segera menangani masalah itu sekiranya anak-anak mereka punyai simptom ketagihan pada gajet.

SEMOGA menjadi iktibar kepada kalian. Jangan bagi anak kecil bermain handphone, tab, iPad atau apa-apa jua jenis gajet. 

Dhiya sudah berjaya dipisahkan dari gajet sejak hampir dua tahun lalu, tetapi mata kanan yang dibuka itu sampai ke hari ini kadang-kadang juling sikit. 

Dulu dia banyak menatap skrin handphone atau tab sejak usia setahun lebih sehingga usia dua tahun lebih. ia mengambil masa beberapa bulan juga dan saya bersepakat dengan suami, Arif, untuk sorok segala gajet, sedaya upaya elakkan menggunakan handphone di depan dia. Kami struggle pisahkan dan rawat keinginan dan ketagihan dia pada handphone. 


Alhamdulillah dia sekarang sudah tidak peduli pun kalau kita menggunakan handphone di depan dia melainkan kalau dia nak tengok video yang menarik perhatian telinganya, pantas dia akan bertanya "Apa tu? Dhiya nak tengok juga boleh tak?". Kini dia lebih peka dan pantas memberikan respon kalau dipanggil atau meminta dia buat sesuatu. 

Bulan lalu dah jumpa ibu saudara kami, Makcik Mastura Mustaffa (pemilik Optometris Siti Mastura) dan meminta dia periksa mata Dhiya, betul ke tidak itu simptom 'lazy eye' seperti yang saya baca di internet. 

Kebetulan masa itu kami jumpa semasa pulang ke kampung di rumah mertua saja dan tak ada alat kelengkapan untuk melakukan pemeriksaan secara terperinci. Dia hanya periksa dengan beberapa langkah dan menyarankan kami beli patching atau topeng mata lanun untuk menutup matanya yang tidak terjejas itu dan biarkan mata kanan yang kadang-kadang julit itu 'bekerja'. 

Ini sebab mata Dhiya ini lazy eye di tahap mild, belum betul-betul teruk. Tetapi kalau selepas amalkan pemakaian patching mata kiri itu pun masih juga tiada menunjukkan sebarang perubahan positif, dia akan bawa Dhiya untuk dapatakan rawatan dengan doktor pakar mata di Klinik Mata UIA Kuantan. 


Katanya kalau di United Kingdom (UK), perkara biasa nampak budak-budak pakai patching eye seperti ini kerana kebanyakan mereka tahu cara merawat mata kanak-kanak yang mengalami 'lazy eye' dengan cara itu. 

Kemudian, tiga minggu selepas bawa Dhiya buat pemeriksaan mata dengan rakan saya, Ab Adamia, di kedai optikal Focus Point di East Coast Mall Kuantan untuk periksa matanya rabun atau tidak, rupanya mata kiri rabun ±50, manakala mata kanan yang bermasalah itu rabun silau ±100! 

Dia kata, result's accuracy dari alat pemeriksaan mata berkomputer itu cuma 80% saja. Jadi, lebih baik bawa Dhiya berjumpa dengan doktor pakar mata untuk mengesahkan tahap rabun matanya menggunakan alatan-alatan yang lebih baik dan menjalani beberapa prosedur sebab Dhiya masih kecil dan muda. 

Mama dan papa minta maaf sebab kurang bijak dan tersilap langkah bila bagi Dhiya bermain handphone, tab masa Dhiya masih kecil dulu. Kami masih mencuba sedaya upaya untuk merawat semula mata Dhiya. Semoga mata Dhiya kembali pulih. Aamiiinnn.

Untuk pengetahuan kalian, Dhiya ini dulu tak adalah main handphone sepanjang masa setiap hari. Dia memang jenis budak yang sejak dari kecil suka melayan buku-buku dan flash cards ABC, nombor, baca muqaddam etc dan setiap hari berlambak-lambak mainan yang dia selalu main serta tak pernah lupa untuk sepahkan rumah. 

Bukanlah dia menghadap handphone saja setiap masa. Dulu mama dia ini ada buat online business untuk beberapa tahun, jadi memang mamalah yang lagi banya kmenggunakan handphone berbanding Dhiya. 

Apa pun, kesilapan telah pun terjadi apabila kami memberi dia bermain handphone semasa dia berumur setahun lebih, kononnya bagi sekejap di kala kami rasa perlu pada masa itu. Contohnya waktu nak mengelakkan dia mengacau saya memasak di dapur. Tetapi dia dah tak nak main mainan kononnya untuk memastikan dia duduk diam sekejap waktu nak suapkan dia makan, atau waktu dia meragam di dalam carseat bila travel ke mana-mana dan sebagainya. 

Apabila dia semakin besar, dia dah mula pandai ambil dan buka sendiri handphone saya dan suami. Apabila kami mula lock dengan password, dia akan menangis-nangis meminta handphone itu dibuka dan dia nak tengok video kartun.


Tindakan yang kononnya bagi dia main handphone di waktu yang perlu itu sahaja akhirnya meninggalkan kesan buruk kepada anak sulung kesayangan kami ini. Kami mula berkeras melarang dan tidak membenarkan dia bermain handphone hampir dua tahun lalu bila perasan dia mula ada simptom ketagihan untuk bermain handphone.

Dalam masa yang sama, dia semakin kerap mengadu pening, sakit kepala dan mengosok-gosok mata. Masa itu mata kanan dia masih belum kerap juling seperti sekarang dan kami terbaca artikel-artikel tentang bahayanya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan emosi kanak-kanak.

Dalam tempoh beberapa bulan kami suami isteri dan juga Dhiya sendiri struggling untuk pisahkan dia dari handphone, rawat rasa keinginan atau ketagihan dia pada handphone itu dan kebetulan mata kanan dia baru mula juling-juling sekejap.

Hampir dua tahun Dhiya dipisahkan dengan handphone. Hujung bulan ini dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang keempat dan tahun depan dia akan mula masuk prasekolah.

Semoga mata Dhiya cepat sembuh dan pulih semula supaya tidak perlu memakai topeng mata lanun itu lagi bila dah belajar di prasekolah dengan kawan-kawan.

Untuk ibu bapa di luar sana yang kini dalam dilema dan kerumitan bab anak yang 'jatuh hati jatuh cinta' dengan gajet, pisahkanlah, ceraikanlah sepenuhnya anak dari gajet secepat mungkin terutamanya yang berusia bawah tujuh tahun. Rawatlah ketagihan mereka pada gajet sebelum terlambat.

Saya tak kata ianya mudah, tetapi ambil masa, stress dan usahakan sehingga berjaya dan ianya pasti berbaloi. Semoga perkongsian panjang berjela ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan buat anda semua yan gada anak kecil, baik anak sendiri mahupun anak saudara waima cucu sekalipun.

Sumber: Juliana Aziz


from The Reporter https://ift.tt/2LdtkjP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QTSdqc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...