loading...

Sunday, 30 September 2018

'Suspek masih belum dituduh' - Bapa terkedu, pengasuh yang menyebabkan kaki anaknya patah masih 'bebas'


Kes berlaku pada bulan Jun lalu, namun sehingga kini suspek yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kaki bayi berusia tiga bulan patah, masih belum didakwa di mahkamah atas beberapa perkara. 

Bapa mangsa, Muhsin Zaidi, kesal namun terpaksa akur dan menganggap apa yang berlaku pada anaknya, Hannah Khawlah adalah ketentuan dariNya. 

"Aku cuba move on dan berhenti pikir benda ni, tapi tak boleh. Hari-hari teringat, setiap masa. Bila teringat jadi marah, geram, sedih. Aku bersyukur walaupun emosi aku terkoyak teruk dengan kes ni, aku masih tidak bertindak di luar batasan.

Ramai orang pm aku tanya perkembangan kes anak aku, Hannah Khawlah yang patah paha 3 hari sebelum raya puasa hari tu. Aku diam je, aku malas nak jawab. Ada 4 5 orang jugak dari mereka yang aku stalk FB, nampak macam lawyer. Oleh itu, malam ni aku nak cerita kisah sebenarnya. Aku tahu ada yang sampai set see first profile aku semata-mata nak tahu perkembangan kes anak aku. Aku baca semua message request korang, tapi aku tak reply. Terima kasih kerana ambil berat." katanya. 

Dalam status Facebook yang dimuat naik semalam, Muhsin berkongsikan kronologi kejadian kepada netizen yang mengikuti perkembangan kes anaknya itu. 

"Jadi, hari ni aku nak cerita la. Minggu lepas aku pegi IPD, jumpa pegawai penyiasat lagi sekali untuk tambah statement. Buat pengetahuan kalian, suspek masih belum dituduh. Aku faham kesukaran IO nak tuduh orang tanpa bukti yang kukuh, lagipun melibatkan arahan mahkamah.

"Begini, tarikh 12/06/2018 lebih kurang pukul 6:50am aku siapkan anak aku. Anak sulung aku dah keluar awal-awal lagi dah dengan bini aku. Bulan puasa memang selalu bini aku keluar awal. Jadi, pagi tu aku tukarkan pampers dengan pakaikan baju pada Hannah. Aku seorang Penolong Pegawai Perubatan. Kira-kira sepanjang 10 tahun terlibat dengan bidang perubatan ni, rasanya tak kurang dari 100 pesakit dah aku simenkan. Dah beribu pesakit yang patah aku pernah saksikan dan bantu uruskan. 

"Maknanya di sini, amatlah tidak logik jika aku terlepas pandang yang kaki anak aku patah dari rumah. Patah paha ni dok saja-saja pun sakit yang amat, apatah lagi kalau nak pakaikan pampers, pakai seluar. Lagi la kuat dia melalak.

"Tuan-tuan, anak aku ni patah paha. Bukan patah jari kelingking. Patah paha ni aku cakap kau, kalau kena orang dewasa pun melalak macam nak putus nyawa. Ni budak 3 bulan, kalau aku pakaikan pampers dalam keadaan dia dah patah, memang dia dah menangis gila-gila la. Sehari dua tu anak aku selsema. Memang dia memerap sikit. Kalau letak dia menangis. Kena belai lebih. Amatlah tidak sama menangis budak tak sihat dengan menangis patah paha.

"Nak kata patah dalam perjalanan ke rumah pengasuh, jarak rumah dia ke rumah aku tak sampai 30 langkah pun.

"Berbeza masa aku pegi balik pukul 2pm, aku tengok je dah tahu kaki anak aku patah. Gambar pertama kat bawah ni adalah gambar yang aku ambik sebelum aku sentuh anak aku. Aku nampak kaki dia ada 'obvious deformity', terus aku snap gambar. Kemudian aku check, confirm patah.

"Tiga hospital aku bawak, Hospital Shah Alam, PPUM dengan Hospital Serdang. Nak dapatkan rawatan terbaik punya pasal. Sedih tu tak payah cakap la. Sapa tak hancur hati tengok anak kecik macam tu dah terseksa.

"Pengasuh cakap anak aku menangis sejak aku hantar dari pagi. Dia ingat menangis biasa-biasa, tengahari baru perasan kaki bengkak. Aku anggap ini cerita dongeng lagi merepek. Kalau ada yang kata pengakuan itu logik, bak sini aku cuba patahkan paha anak kau, aku nak tengok melalak tu jenis biasa ke jenis macam mana.

"Kenapa ambik masa dari 7 pagi sampai pukul 1:30 baru nak maklumkan aku yang anak aku menangis tak berenti? Masa aku pegi amik anak aku tu, belum sentuh pun dia menangis kuat gila. Aku angkat je, terus menangis selak, aku tak dapat nak bayangkan sakit dia tu macam mana. 

"Menurut report pengasuh, katanya anak aku merengek ketika aku hantar pagi tu. Kena dukung manjang, letak je nangis. Baru aku tahu kalau budak umur 3 bulan pata paha dia akan merengek je. Dan bila dukung dia senyap. Sangat la kontra dengan realiti sebenar di mana kalau ada kepatahan, dukung lagi la kuat menangis kerana ada pergerakan, ini situasi yang berlaku masa aku pegi ambik anak aku petang tu. Aku tak nafikan anak aku ada merengek, tapi itu sebab 2 3 hari tu dia demam selsema," katanya. 

Meskipun akur dengan ketentuanNya dan beberapa kekangan lain, Muhsin berharap individu yang menganiaya anaknya itu akan menerima balasan yang setimpal. 

"Aku malas nak fikir banyak-banyak kenapa itu jadi begitu atau ini jadi begini, bukan tugas aku untuk menyiasat dan dakwa. Aku cuma pengadu. Aku tiada kuasa. Aku pun dah dimaklumkan oleh IO tentang SOP nak tuduh suspek dan aku akur.

"Aku diberitahu kes tak dapat dituduh kerana itu la, kerana aku tak dapat buktikan anak aku dihantar dalam keadaan normal. Aku terkedu jugak la dengar. Aku anggap ini ketentuan dari Allah je la. Aku dah usaha pegi report polis, tapi keadilan bukan milik anak aku. Mungkin Allah bagi balasan dalam bentuk lain pada manusia yang datangkan kesakitan pada anak aku tu. Aku berserah je. Kalau Allah nak laknat hidup dia, maka terlaknatlah." katanya. 

Difahamkan, anaknya kini sudah sihat, tetapi kaki kirinya agak kurang aktif. Beliau memohon orang ramai mendoakan anaknya.

"Jadi, itulah dia. Aku dah tak nampak jalan dah dengan kes ni. Anak aku pun dah makin sihat dan membesar dengan baik. Cuma nampak la kaki dia yang patah tu tak aktif sangat, bila meniarap dan nak pusing, kaki yang patah tu tak bergerak. Dia tak guna banyak kaki tu. Mohon doa supaya anak aku tiada kecacatan masa dia besar nanti.

"Aku beranggapan dakwaan melalui criminal setakat ini gagal atau belum berjaya. Akan datang tak tahu. Atas nasihat peguam yang dilantik untuk kes ni iaitu Tetuan Redzuan & Faiezad dari The Law of Chambers, kalau possible dan ada peluang kami akan cuba dengan saman sivil." ujarnya. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2DI3CDP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ReeBYA
via IFTTT

Berang dengan orang sebelah, jiran bina tembok depan rumah


Penghuni di sebuah rumah di Desa Sudimoro, Kabupaten Jombang, Jawa Timur, terkurung gara-gara tembok yang dibina oleh jirannya sejak Februari 2018. 

Rumah tersebut didiami oleh pasangan suami isteri, Siti Khotijah, 35, dan Abdul Karim, 40, bersama dengan seorang anak mereka sejak tahun 2006. 

Difahamkan, tanah itu adalah tanah pemberian orang tua Siti dan dibina rumah untuk dijadikan tempat tinggal tetap selama bertahun-tahun tidak pernah mengalami sebarang masalah dengan jiran di sekeliling. 

Sehinggalah enam bulan lalu apabila Siti mencuci kenderaan miliknya di depan rumah. Air cucian mengalir masuk ke halaman rumah jirannya yang kemudian mencetuskan pertengkaran. 

Ekoran dari kejadian itu, jiran terbabit membina tembok setinggi satu meter dengan lebar enam meter di hadapan rumah Siti. 

Tembok yang dibina dengan batu bata merah, simen dan pasir itu berdiri tegak di hadapan pintu rumah Siti sehingga mengganggu jalan keluar masuk ke rumah. 

"Pada awalnya, saya tidak menyangka dia akan membina tembok di sini," katanya. 

Meskipun kesal dengan tindakan jirannya itu, Siti dan keluarganya terpaksa melalui ruang sempit itu setiap hari. 


Difahamkan, pihak berkuasa juga terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan masalah dua pihak berkenaan, namun menemui kegagalan kerana jiran berkenaan mendakwa tanah yang diduduki Siti dan keluarganya itu adalah tanah miliknya. 

Kes itu menjadi berlarutan dan memaksa pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu. 

Sementara itu, jiran berkenaan mendakwa dia membina tembok itu kerana berasa jengkel dengan sikap Siti yang juga kerap kali menyebut tanah itu adalah tanah milik orang tuanya. Padahal tanah itu adalah miliknya. 

"Awal-awal lagi dia terus cari pasal dengan saya. Saya berasa jengkel apabila dia sering kali mengata saya sebagai pencuri tanah. Bukan sebulan dua, tapi sampai tujuh bulan," katanya. 

Jirannya itu bagaimanapun tiada masalah untuk merobohkan semula tembok itu tetapi dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Siti sekeluarga. - Kompas.com


from The Reporter https://ift.tt/2Nb8e4Y
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zHw452
via IFTTT

'Mastika, nantikan surat saman dari saya dan Skop Productions' - Syamsul Yusof


26 September lalu, Majalah Mastika telah mewujudkan bebenang di Twitter kisah benar mengenai watak yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan dalam filem Munafik 2. 

Thread tersebut dikicau lebih 30 ribu kali dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen kerana ia memetik kisah arwarh Abuya Ashaari Muhamad, pengasas Al-Arqam. 

Bagaimanapun, bebenang itu menimbulkan rasa kurang senang pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof yang mendakwa bebenang itu adalah fitnah atau tuduhan yang tidak berasas. 

"Wow Mastika, suka-suka melemparkan fitnah/tuduhan pada filem saya. Nantikan surat saman dari saya dan Skop Productions ya? Jumpa di mahkamah," tweet balas Syamsul pada Mastika. 



Ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan tindakan Syamsul, namun tampil seorang netizen menjelaskan Syamsul ada sebab dan hak untuk berbuat demikian atas beberapa perkara berikut.

"Poyo atau tidak, hakikatnya memang dia ada hak untuk saman sebab thread Mastika itu secara tidak langsung akan membuatkan Skop Productions terdedah kepada tindakan saman malu/fitnah dari keluarga Abuya. 

"Jangan main-main dalam menghasilkan karya seni yang inspired from real characters/event ini sebab apa-apa pun perlukan keizinan dari ahli waris. 

"Renyah dan payah sikit bab-bab keizinan ini, sebab itu siap-siap buat penafian kisah ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah mati untuk apa-apa cerita yang seperti itu. Bukan saja-saja letak penafian itu, ada tujuannya. Even untuk cerita yang berdasarkan kisah benar pun ada penafiannya sendiri sebab sesetengah kejadian atau watak pun akan diolah sikit-sikit tujuan dramatik agar tidak ada ummah yang acah-acah tahu segala mempertikaikannya kelak," kata Hzln di forum Cari. 

Sementara tu, Mastika dalam tweet balasnya pada Syamsul menjelaskan pihaknya ada ada memaklumkan di akhir bebenang bahawa itu cuma andaian sahaja. 

"Di akhir tweet, diletakkan tidak sama, ini cuma andaian. Perkara begini pun hendak disaman? Maafkan saya jika ini satu kesalahan. Tweet ini akan dipadamkan," kata Mastika.




from The Reporter https://ift.tt/2OXn1C8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zHr5Bm
via IFTTT

Budak maut dicampak abangnya dari bumbung apartment


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas dicampak dari tingkap empat bangunan kediamannya di New York pada 29 September lalu. 

Menurut pihak berkuasa, suspek kejadian disyaki adalah abang kandungnya sendiri yang berusia 20 tahun. 

Pada jam 3.30 pagi, polis menemui mangsa, Shimron Smith, dalam keadaan tidak bernyata di belakang bangunan kediaman itu dan dilaporkan mati di lokasi kejadian. 

Ekoran kejadian itu, polis menahan abangnya, Shawn Smith, yang kemudian mengaku mencampak kanak-kanak lelaki itu dari bumbung bangunan tujuh tingkat itu. 

Ada beberapa jiran sebelum itu ternampak suspek naik dan turun dari atas bumbung selepas kejadian itu. Mereka juga terkejut dengan berita kematian mangsa.

Shawn pernah mengalami masalah kesihatan mental dan dirawat di hospital serta disahkan menghidap schizophrenia. Suspek kini didakwa atas tuduhan membunuh dan siasatan masih dijalankan. - Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2NUnjgk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2y1MWRK
via IFTTT

(Video) 'Kau nak kena pecat?!' - Maxis gantung pegawai maki dua kakitangannya


Sebuah video menunjukkan seorang wanita memaki hamun dua pekerja premis telekomunikasi termasuk ibu yang sarat mengandung menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi seminit 37 saat itu menimbulkan kemarahan netizen kerana beranggapan perbuatan itu adalah keterlaluan.

Sehingga kini, rakaman tersebut sudah ditonton lebih 447,000 kali dan mendapat  lebih 4,700 perkongsian di Facebook.

Dalam video berkenaan, wanita yang dipercayai berpangkat lebih tinggi daripada dua wanita yang dimarahinya itu mengherdik pekerjanya kerana gagal menjalankan tugas seperti diarah.


"Kamu duduk di sini dan hantar 'SMS' sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya?

"Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?," kata wanita tersebut kepada pekerjanya.


Sementara itu, seorang pengguna Twitter @HaniffHussein berkata: "Pecat dia atau kami sebagai pelanggan Maxis akan bertukar kepada pembekal perkhidmatan lain!

"Ulang kicau jika anda akan lakukan perkara sama."

Dalam pada itu, Maxis melalui akaun Twitter rasmi telco tersebut berkata, kakitangan terbabit telah digantung tugas untuk suatu tempoh yang tidak diketahui.


"Baru-baru ini, sebuah video tentang insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami.

"Kami sesal dengan insiden tersebut yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja tersebut telah digantung tugas," menurut tweet tersebut pada Sabtu.

Tambah Maxis, insiden berkenaan tidak mewakili nilai-nilai yang dipegang syarikat telekomunikasi tersebut.

Nilai-nilai itu adalah bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni untuk semua pekerja.

"Kami telah menghubungi pekerja yang terjejas dan meluahkan kekesalan terhadap insiden tersebut," jelas Maxis. - mStar Online


from The Reporter https://ift.tt/2NSxIt6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RbTIwW
via IFTTT

Pengasuh sumbat cili dalam mulut kanak-kanak sehingga mati, dipenjara 18 bulan


Tindakan kejam seorang pengasuh yang memasukkan cili ke dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan sehingga menyebabkan kematiannya Jun lalu, dibalas dengan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas Asmarani Ghazali, 39, yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.

Tertuduh didakwa meng­a­niaya Muhammad Afif Ka­marol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Jalan TTJ 3/1B, Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut di sini antara pukul 9.30 pagi dan pukul 10 pagi, 13 Jun lalu.

Pertuduhan pilihan terha­dapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut seksyen tersebut yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam, Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan atas alasan anak guamnya telah menjaga mangsa sejak berusia lima bulan dan sepanjang tempoh penjagaan sebelumnya, tiada masalah berlaku antara tertuduh, mangsa dan keluarga mangsa.

“Saya juga memohon hukuman ke atas tertuduh diringankan kerana ini merupakan kesalahan pertama dan tertuduh tiada sebarang rekod jenayah dan dia telah menyesal dengan apa yang berlaku serta berjanji tidak akan mengulangi sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang,” kata Hanif.

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 15 tahun terhadap Asmarani kerana menyifatkan kesalahan dilakukannya amat serius selain hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat yang ingin melakukan perbuatan sama. - Utusan Malaysia


from The Reporter https://ift.tt/2NPJa8V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N6Xgxr
via IFTTT

Friday, 28 September 2018

Mata dan mulut bengkak bernanah digigit semut charlie


Gara-gara digigit semut charlie ketika tidur, bayi berusia 11 bulan mengalami bengkak di bahagian muka. 

Dalam kejadian pada minggu lalu di rumahnya di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, gigitan semut itu menyebabkan mulut mangsa, Muhammad Iffat Iskandar Mohd Babudin, bernanah. Keadaan itu menyebabkan dia sukar untuk minum susu selama beberapa hari. 

Menurut ibunya, Koperal Nurul Nazirah Zainol berkata, anaknya dipercayai digigit semut charlie pada jam 12 tengah malam Ahad lalu ketika tidur. 


"Kami menyedari dia digigit semua charlie kira-kira jam 3 pagi selepas dia mula merasa gatal-gatal menyebabkannya tidak selesa. Kami membawanya ke Hospital Pekan dan menerima rawatan biasa. 

"Pada mulanya keadaannya agak membimbangkan, mulutnya bengkak dan bernanah menyebabkannya susah hendak minum susu. Namun sekarang keadaannya bertambah baik. Bahagian bengkak sudah mulai kering," katanya. 

Turut menerima nasib yang sama adalah anak jiran mereka berusia dua tahun sembilan bulan, Adriella Angel Stenley, digigit semut charlie di bahagian mata pada malam yang sama. 


Gambar kedua kanak-kanak itu viral di media sosial dengan mesej yang meminta golongan ibu bapa berhati-hati dengan gigitan semua berkenaan yang boleh memberikan kesan bengkak, sakit dan gatal pada kanak-kanak. 

Nurul Nazirah berkata, kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku, namun keadaan penghuni yang pernah menjadi mangsa semut itu tidaklah seteruk nasib yang menimpa dua kanak-kanak berkenaan. 

"Kalau gigit orang dewasa, kesannya tidak teruk sangat. Memang di sini ada semut charlie kerana dahulunya perumahan ini adalah kawasan hutan, malah masih ada hutan di belakang kompleks ini," katanya. 


Ekoran kejadian itu, Jabatan Kesihatan Daerah Pekan akan melakukan semburan kabus bagi membunuh semut charlie pada malam ini di dalam rumah dan di kawasan sekeliling. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Ios38e
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OZhU4a
via IFTTT

Kes buli jalan raya, tertuduh didenda RM1,500 sahaja


Lelaki yang menyerang dan merosakkan sebuah kereta yang didakwa menghalang laluannya baru-baru ini didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM1,500. 

Ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh tersenyum dan tidak segan menunjukkan wajahnya kepada kamera pihak media. 

Menurut laporan Sinchew, juruteknik berusia 30 tahun berasal dari Kedah itu mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya. 

Terdahulu, tertuduh didakwa menyerang pasangan suami isteri yang menaiki kereta Toyota Camry. Tertuduh ketika itu menendang cermin sisi kereta mangsa sehingga rosak dan merampas telefon bimbit pasangan berkenaan. 

Bagaimanapun, kejadian itu berjaya dileraikan orang awam dan tertuduh memulangkan telefon bimbit mangsa. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta. 

Peguamnya menegaskan, anak guamnya itu telah berkahwin dan tidak mempunyai rekod jenayah. Selain itu, dia hanya bertindak sedemikian selepas dia dilabelkan sebagai 'gangster' ketika kejadian itu berlaku. Tertuduh juga telah meminta maaf di mahkamah. 

Bagaimanapun, majoriti netizen tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana ia dianggap terlalu ringan. 


BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2DDZRPY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OTjwww
via IFTTT

(Video) 'Aduhai, tandas kan ada..'


Viral di media sosial video sepasang suami isteri membantu anak kecilnya kencing dalam botol, menimbulkan rasa jijik para pengunjung mahupun netizen di media sosial. 

Video yang dimuat naik oleh Simrath pada 26 September lalu dilaporkan berlaku di sebuah restoran yang terletak di Setia Alam. 

"Why are parents these days so dumb?!?! Like, you could've just taken your son to the rest room to potty, but instead you showed everyone a little boy taking a piss into a bottle while they were eating. 



Berdasarkan video lima saat itu, si bapa membantu mengangkat baju anaknya, sementara si ibu pula menyuakan kemaluan anaknya ke dalam botol. 

Ketika kejadian itu berlaku, terdapat ramai pelanggan di restoran tersebut. Menurut perakam, dia hilang selera selepas ternampak kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. 

Netizen di media sosial turut kesal dengan tindakan ibu bapa yang tidak bertamadun itu. Kata mereka, setiap premis disediakan tandas untuk kegunaan kakitangan sendiri ataupun pelanggan. Jadi, mengapa perlu melakukan perbuatan yang boleh meloyakan orang lain. 

"Ya ampun, terang-terangan pula tu. Kalau ye pun, turunkanlah budak itu ke bawah meja ke. Dah kencing, lepas tu botol letak atas meja? Agak-agaklah," kata netizen.


from The Reporter https://ift.tt/2In2ggy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xZnXyG
via IFTTT

Thursday, 27 September 2018

'Dalam 2 minit, dia lepaskan duit kita dalam akaun bank' - Scammer ceroboh akaun bank orang awam


Jenayah yang dilakukan bukan melibatkan jumlah wang yang sedikit, tetapi mereka mampu melesapkan wang individu dengan hanya menggunakan taktik-taktik tertentu. Kebiasaannya mangsa mendapat panggilan telefon dari scammer yang menyamar sebagai pegawai bank, polis atau individu tertentu supaya dapat mempengaruhi mangsa memberikan maklumat.

Seorang wanita menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan. Dia dan suaminya sudah terkena dengan permainan scammer. Hanya panggilan selama dua minit, scammer tersebut sudah mampu menarik sejumlah wang di dalam akaun mereka tanpa memberikan apa-apa maklumat tentang bank.

SCAMMER : PLEASE BEWARE ESPECIALLY  FOR THOSE CIMB ACC HOLDERS

WAWA antara salah seorang mangsa scammer dua hari lepas, macam tak percaya terjadi dekat i dengan hubby, sebab hubby wa jenis yang sangat teliti dan bukan kata nak puji  atau riak tapi dia ada banyak jugak knowledge especially tentang IT. Tapi still boleh kena jugak guys without kita bagi apa-apa details, just taktik panggilan bertalu-talu okey!

Kejadian berlaku masa wawa ada TCA baby, then huby wa received call from somebody, dia cakap dia tersilap daftar TAC atas number telefon hubby wa, so dia tak dapat TAC number la bila dia nak buat transaction,so he keep calling hubby wa mintak TAC yang bank bagi. Dia siap kata dia nak transfer duit urgent kat wife dia. Wife dia tengah emergency, dia outstation. Memang hubby wa tak bagi la, gila nak bagi buta-buta  macam tu ja. Bila dah rimas dia asyik call banyak kali.  Hubby wa block terus nombot telefon mamat bedebah tu!

Nak jadi cerita misi yang dok TCA baby wa kata, ampa jaga-jaga kawan dia baru je kena. Tak usah layan la depa ni takut terkena!  Wa kata tak apa dah block number dah, lagi pun depa ingt kita bodoh ke nak percaya cerita bohong depa. Mengarut!

Balik rumah Wawa nak transfer duit beli barang online,sekali tengok ada mesej from cimb kata bayar bil TNB kedai hubby wa dengan amount xxx. Bukan amount yang sikit gais. Then Wawa tanya hubby wa la.

"Apa bil letrik banyak sangat b tak bayar ni. Berapa bulan punya bil ni b oiiii, nasib tak kena potong kalau tidak semua staff kita dok dalam oven dengan kerja tertungak," dan wa pot pet pot pet la. 

Sekali muka laki wa cuak gila la tekejut gila. Dia kata, "Mana ada b buat transaction pun tadi". Ya Allah wa time tu rasa macam nak pitam dah, sahhh dahhh kena dah ni!

Sekali cek ya memang betul ada transaction RM xxx pukul 12.25! Sebab time tu la orang tu asyik call dan hubby wa block number laki tu pkul 12.23 guys! Within two minute dia lesapkan duit kita even tak bagi details apa-apa pun.

Cara dia, mengunakan account favourite yang kita save dalam account kita. Account favourite ni kita sendiri set dalam account  kita. Maknanya, kita set favourite  sebab kita selalu buat transaction ke account orang tersebut. Kalau dah set account favourite, tak perlu TAC number pun dah boleh transfer. (Wawa explain sebab nanti akan ada jugak orang yang tak tahu kewujudan acc ount favourite ni)  

Dalam kes wawa ni orang tu transfer ke salah satu account  favourite suami  wa dan dia akan claim kat orang tu kata dia salah transfer. So dia akan dapat la duit tu. Buta-buta je dia dapat duit macam tu je. Mesti korang kata kenapa nak buat account favourite tu kan sebab kejap je nak dapatkan TAC number bila nak buat transaction. Sebabnya hubby wa berniaga jadi kena on time semua benda. Macam nak buat transaction ke account untuk topup kilang, maintenance kedai, staff-staff dan sbgainya. Kadang-kadang nak request TAC number pun leceh kena banyak kali request. Kadang-kadang bila line slow pun tak boleh dapat.That's why dia buat account tu. Tapi risk dia tak sangka jadi macam tu pulak.

Back to story, kami pun call cimb then trace bagai, yes memang betul itu adalah scammer dan dia transfer duit ke account TNB office hubby wa. Jadi cimb hanya boleh tolong block je cimb click dan kad. Untuk dapatkan kembali duit kena rujuk dekat TNB pulak la. Hummm dah agakk dah! Then dia kata lately ramai yang kena dengan scammer ni. Aikhhhh berasa macam nak tokak dinding rumah ja time tu sebab geram sungguhh berasa wey! 

Lepas pada tu kami pergi buat laporan polis terus la. Then polis pun kata lately ni ramai jugak yang terkena macam kami terutamanya CIMB holder. Tapi malangnya polis tak boleh siasat terus sebab scammer tu dia transfer account TNB  kedai hubby wa, sebab suami wawa set pay bil letrik kedai dia menggunakan favourite account (that's why la scammer tu boleh jugak transfer without request TAC number).

Polis kata kemungkinan bulan depan dan bulan-bulan seterusnya TNB just potong melalui duit tu. Jadi dia kira-kita macam tak mengalami kerugian apa-apa, walhal korang faham-faham sendiri la kan. Bukanya dapat kat kita pun, entah-entah duit tu pun dah lesap. Polis kata tu kena melalui TNB dan bank dulu then baru depa boleh buat siasatan. Tapi sekali lagi i tegaskan amount tu bukan sikit korang.

Lepas tu kami pun pergi TNB dan tanya la, but time tu dia kata transaction bill payment tak ada lagi sebab online TNB payment kadang makan masa, so ada kemungkinan samada duit tu diorang dah transfer ke account diorang atau system TNB  tak update lagi kemasukan duit. So time tu jugak i is redha jer la even dalam hati Ya Allah geram, marah, sedih tak tahu nak habaq! Tak apa la tak mahu fikir apa dah. Fikir positif jer dan fikir ada hikmah di sebalik kejadian ni. Hikmah dia i boleh kongsi pengalaman i dengan korang supaya tak terkena! Dan yang penting i fikir mesti Allah nak gandakan lagi rezeki, so tak mahu stress.

Berbalik pada semua tu hubby wa unblock number orang tu balik,then whatsapp dia kata dah buat laporan polis then he just react with icon takut then he blocked huby i pulak. Haha takut la tu kan.

Kalau hampa jadi cmni, first thing kena cepat-cepat call bank dan block semua, then pergi balai polis terus buat laporan. Untuk cimb account holders buat masa sekarang wawa rasa tak perlu lagi buat favourite account transaction tu, bahaya! 

Sekarang memang senang jer orang nak hack dapatkan id and pasword account kita tu, tapi yang hairannya macam mana depa boleh dapatkan number telefon account holder tu, sebab cimb sendiri pun akan buat xxx dekat belakang number handphone kita, so ada security kat situ dah. Sangat-sangat menghairankan macam mana diorang dapat link phone number dengan account holder dengan tepat skali! Any idea? Pandai sungguh scammer sekarang! Beware ok guys!

Sumber: Salwa Umira


from The Reporter https://ift.tt/2NO2umQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DAdCPJ
via IFTTT

Penjawat Awam Putrajaya disamun dan kereta dilarikan suspek


Penjawat awam wanita disamun lelaki bersenjatakan pisau di tempat letak kereta di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Larai, Presint 6, Putrajaya, malam tadi. 

Dalam kejadian jam 10.37 malam itu, mangsa berusia 37 tahun yang mahu menaiki lif ke rumahnya, diacu dengan pisau oleh suspek memakai topi berwarna gelap, berbaju T kelabu gelap dengan ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berkulit gelap. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kejadian itu disedari orang awam lalu mengejar suspek yang turut melarikan kereta Nissan Almera milik mangsa, selain melarikan beg tangannya. 

"Bagaimanapun, kereta dipandu suspek hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Persiaran Timur menghala ke Kajang-Puchong. 

"Suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. Kami masih giat mengesan suspek," katanya. 



Khidmat Unit K9 Sepang juga digunakan tetapi suspek masih gagal dikesan. Namun, hasil pemeriksaan anggota forensik di kenderaan mangsa berjaya mengesan lapan cap jari di bahagian dalam pintu pemandu dan penumpang di sebelah kiri. 

Polis akan mengeluarkan fotofit suspek dalam tempoh terdekat untuk diedarkan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2xJ1PZP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xUqWbC
via IFTTT

Dua remaja perempuan dirogol 9 suspek secara bergilir-gilir


Dua remaja perempuan termasuk seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun dalam tiga kejadian di Taiping, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, sembilan suspek terbabit telah ditahan selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis, semalam. 

"Bertindak atas laporan dibuat pelajar itu, seramai sembilan suspek berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun ditahan sehingga pagi tadi bagi membantu siasatan. 

"Kami kini mengesan dua lagi suspek dikenali sebagai Hadi dan Boya, yang dikatakan turut terbabit dalam kes rogol itu," katanya. 

Berdasarkan laporan mangsa, kes pertama berlaku pada jam 11 pagi pada 18 September lalu apabila mangsa dan rakannya pergi ke Taman Tasik Taiping sebelum mereka dibawa ke rumah seorang lelaki yang dikenali sebagai Deng, di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting. 

Sebaik saja tiba di rumah Deng, kedua-dua mangsa terkejut apabila melihat remaja lelaki dikenali sebagai Paan berada di dalam rumah itu. Mangsa mendakwa, mereka ditarik dan dicium sebelum dirogol tiga suspek. 

Pada hari berikutnya sekitar jam 8 pagi, ketika mangsa dan rakannya di Kampung Pak Dollah, mangsa diambil oleh Paan dan seorang lagi rakannya yang tidak dikenali, pergi ke rumah Deng. 

Semasa berada di rumah Deng, kedua-dua mangsa sekali lagi dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lagi remaja lelaki termasuk Paan dan yang lain-lain dikenali sebagai Apiz, Razin, Shahrul, Acap, Boya, Yunus dan seorang lagi yang tidak dikenali. 

Mangsa juga mendakwa, kejadian yang menimpa mereka itu turut dirakam oleh salah seorang suspek. 

Dalam kes ketiga, mangsa dan rakannya berada di Kampung Pak Dollah dijemput oleh Paan dan lelaki yang dikenali sebagai Misyal ke rumah Kemal di Taman Tekah Permai, Aulong dan turut dirogol bergilir-gilir oleh tiga suspek. 

"Pada 8.30 pagi semalam selepas dinasihatkan guru, mangsa dan ibu bapanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Empat daripada sembilan suspek yang ditahan masih bersekolah. 

"Semakan mendapati, tiga daripada suspek masing-masing mempunyai rekod lampau iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kes di Batang Kali, Selangor, yang masih dalam perbicaraan mahkamah, Akta 8 Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak di Taiping dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. 

Kesemua suspek direman sehingga Selasa ini. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2IkE0vs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N6c8vZ
via IFTTT

(Video) Bengang dihon, lelaki pecahkan cermin dan rempuh pintu kereta


Seorang wanita berusia 44 tahun berdepan dengan detik cemas apabila dia diserang oleh pemandu Perodua Viva tanpa diketahui apa motif lelaki terbabit. 

Lapor Sinchew, kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi Rabu ketika mangsa sedang memandu bersendirian sebelum terserempak dengan kereta suspek. 

Menurut mangsa, suspek secara tiba-tiba memecut dan memotongnya secara berbahaya di hadapan menyebabkan mangsa terkejut lalu membunyikan hon terhadap suspek. 

Berang dengan bunyi hon itu, suspek dengan sengaja menghalang laluan mangsa dari meneruskan perjalanan. Suspek juga memberhentikan keretanya dan memukul cermin depan kereta mangsa dan kembali ke keretanya untuk meneruskan perjalanan. 

Mangsa yang terkejut melihat kejadian itu bertindak mengejar suspek dan terus membunyikan hon bertalu-talu agar suspek memberhentikan keretanya. Malangnya, suspek enggan melayani kemahuan mangsa.


Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, suspek berhenti dan keluar dari kereta. Kali ini, suspek membawa parang untuk memecahkan cermin kereta bahagian pemandu, terus membuka pintu kereta mangsa. 

Bimbang dicederakan, mangsa segera melompat ke tempat duduk bersebelahan dan keluar dari kereta. Gagal mendapatkan mangsa, suspek hanya menjeling tajam sebelum masuk ke dalam kereta dan terus merempuh pintu kereta mangsa sehingga rosak.

Setelah puas, suspek terus beredar meninggalkan mangsa yang merakam kejadian itu dengan telefon bimbitnya. 


Mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan membuat laporan polis pada hari yang sama. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, polis telah berjaya menahan suspek berusia 29 tahun dari Kampung Lidah Tanah. 



from The Reporter https://ift.tt/2xX3FFI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xTcFM1
via IFTTT

'Aku panggil sek jate rogol mu ramai-ramai'


Seorang peniaga pakaian online dijatuhkan hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini kerana mengugut memanggil lelaki merogol seorang wanita yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, bulan lalu. 

Nur Eznie Syarmimy Ab Aziz, 25, mengaku bersalah selepas Majistret Kamarul Hasyime Rosli membaca pertuduhan itu dan memerinta tertuduh dipenjara selama empat bulan jika gagal melunaskan denda tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, Nur Eznie didakwa mengugut Nuraziera Awang, 20, dengan kata-kata ancaman akan memanggil lelaki untuk merogolnya dan meletakkan dadah agar dia ditangkap polis. 

"Kalau mu tok sey (tidak mahu) bagi buka baju, aku panggil sek jate (kumpulan lelaki) bawah mari atas rogol mu ramai-ramai. Jika mu lawan, aku akan boh (letak) dadah dalam bilik ni, lepas tu panggil polis bagi mu kena tangkap".

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, pada jam 7 malam hingga 8.45 malam, 31 Ogos lalu. 

Mangsa yang ketakutan dengan ugutan itu kemudian bertindak membuat laporan polis. 

Siasatan polis mendapati, tertuduh berbuat demikian kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Nur Eznie didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sampai dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekila jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, peguam Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guamnya yang memberi kerjasama sepenuhnya ketika siasatan, serta mempunyai seorang anak yang masih kecil. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faizun Sulaiman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi. 



from The Reporter https://ift.tt/2xH1iaN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zxA6fV
via IFTTT

Wednesday, 26 September 2018

Ibu tunggal cuba melacurkan diri dipenjara 6 bulan, 6 sebatan


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan enam sebatan terhadap seorang ibu tunggal selepas dia mengaku bersalah di atas pertuduhan cuba melacurkan diri, lapor Harian Metro

Hakim Tinggi Syarie, Rosdi Harun, menetapkan hukuman sebatan syariah itu dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Bagaimanapun, beliau memerintah hukuman itu dilaksanakan selepas tempoh 14 hari sekiranya tertuduh tidak mengemukakan rayuan. 

Ketika hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk sahaja. 

Dalam pada itu, Rosdi juga menyatakan kekecewaannya terhadap sikap ibu tunggal berusia 30 tahun itu yang langsung tidak menunjukkan sebarang tanda keinsafan sepanjang prosiding dijalankan. 

Berdasarkan pertuduhan, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 7 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri. 

Tertuduh yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di bandar raya ini bersama seorang pelanggan antara jam 11.20 malam hingga 11.45 malam, 17 September lalu. 

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Khazmizan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam satu serbuan penguatkuasa syariah daerah di bilik bernombor 507 di hotel berkenaan dan melakukan rampasan terhadap 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.

Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran sebanyak RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.

Dalam prosiding sebelum ini, tertuduh mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Sementara itu suasana di luar Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu tenang dan lengang serta tidak menampakkan sebarang kemungkinan berlakunya protes oleh badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan kes seorang ibu tunggal yang dituduh melacur, hari ini.


from The Reporter https://ift.tt/2IiqKrf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QWLnNL
via IFTTT
loading...