loading...

Wednesday, 6 December 2017

Tangan bayi 7 bulan patah, ibu saudara dakwa pengasuh enggan bertanggungjawab


Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan patah tangan ketika berada dalam jagaan pengasuhnya. 

Dalam kejadian yang berlaku di rumah pengasuh di Balok Baru, Kuantan, Pahang, mangsa yang dikenali sebagai Nayel, patah tulang tangan kiri ketika diambil ibunya dari rumah pengasuh. 

Menurut ibu mangsa, Nayel dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada jam 8.30 pagi dalam keadaan baik, sihat dan cerita. 

Ketika menjemput mangsa dari rumah pengasuh kira-kira jam 6.15 petang, pengasuh memaklumkan mangsa merengek kerana mahu tidur. Namun sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mangsa merengek menyebabkan ibunya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. 

"Saya dapati tangan kiri anak saya berada dalam keadana lemah terkulai. Saya bawa anak saya ke klinik untuk mengenal pasti puncanya. 

Ini waktu pergi klinik. Takkanlah tak perasan? Siap baju panjang tau. Allah, macam manalah Nayel rasa masa tu.

Time tengah tunggu doktor pakar

"Doktor memaklumkan tangan anak saya patah. Ujian sinaran x-ray juga mengesahkan tangannya patah, lalu anak saya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya. 

Ekoran kejadian itu, pihak hospital menasihatkan ibu mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 
Inilah keadaan X-Ray Nayel, tangan patah.

Ini time dah sambung


Ibu saudara mangsa, Syasya, yang mendedahkan perkara itu di Facebook berkata, dia turut kesal dengan sikap pengasuh yang tidak bertanggungjawab itu yang tidak memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai kejadian itu. Malah, mereka dituduh sengaja menganiaya pengasuh terbabit.

"Selama ini aku bersabar saja sebab fikir kakak aku kata, "Allah ada, Allah balas". Tetapi pagi tadi rasa nak meletup dah, tak boleh tahan dah. Siapa boleh tahan orang buat anak saudara dia? 

"Nayel baru berusia tujuh bulan pada masa kejadian itu. Tahu apa yang terjadi? Patah tangan oi! Di usia bayi lagi kena hadap sakit patah tangan. 

"Macam mana boleh patah? Kakak aku ambil anak dari pengasuh, dia kata Nayel merengek nak tidur. Tak apalah, kakak aku pun masuk kereta, tengok Nayel masih merengek. Dia angkat Nayel, tangan dah terkulai oi. TERKULAI! Apa korang rasa kalau anak korang jadi seperti itu?

"Kakak saya terus bawa Nayel pergi ke klinik dan buat imbasan x-ray. Apa yang berlaku? Patah! Aku ulang sekali lagi, patah! Macam mana baby berusia tujuh bulan hadap dan rasa sakit patah tangan tu? 

"Kakak aku mesej pengasuh dan tanya apa yang berlaku. Tetapi pengasuh itu bermati-matian kata bukan berpunca dari dia. Kakak aku tak tuduh pun, baru saja tanya. 

"Kakak pergi ke hospital dan atas nasihat pihak hospital, mereka suruh kakak buat laporan polis. Doktor kata kemungkinan tangan Nayel patah dipijak atau dipukul, yang pasti bukan sebab terjatuh. 

"Selepas itu, pengasuh berkenaan boleh ada hati mesej kata kakak dan mak aku aniaya dia sebab buat laporan polis. Malah katanya, kami tak kasihan pada dia yang masih menyusukan anak kecil. Habis tu, yang Nayel patah tangan, siapa pula nak kasihan? 


"Yang paling aku sakit hati masa kakak ambil Nayel pakai baju lengan panjang! Manusia apa ni? Dia kata dia jaga dan fokus pada Nayel, tak pernah jatuh. Padahal muka Nayel pernah mengalami calar teruk dan dia kata Nayel terhantuk. 

"Itu tak kira lagi yang dia boleh pula keluar, tinggalkan Nayel pada jiran. Juga pernah bawa Nayel keluar pergi beli perabot tanpa memaklumkan kepada ibu Nayel. 


"Selepas emua itu, dia mesej nak jumpa dan nak tahu Nayel ditempatkan di hospital mana. Buat apa nak jumpa? Dia tak tahu ke orang tengah bersedih dan tak boleh terima apa yang berlaku pada Nayel. Minta maaf pun tidak, sekali pun tak ada. Siap tuduh macam kita pula yang menganiaya dia. 

"Paling aku geram semalam, aku jumpa satu post di Facebook. Dia jual barang Nayel! Kegilaan apa jual barang orang? Tak ada rasa bersalah langsung ke? Selepas sebulan dua terus pindah? Laju betul pindah. 


"Kita ni tak minta pun suruh ganti tangan, tak minta apa pun. Kalau minta maaf pun cukup. Tapi manusia apa macam ni? Boleh ke jual barang orang? Aku memang tak boleh terima dari awal tapi kali ini betul-betul dah sampai limit.

"Harap tak kena pada anak orang lain. Aku post pun sebab aku tak nak anak orang lain kena seperti mana anak saudara aku kena," katanya.


from The Reporter http://ift.tt/2iY9VKa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2isDH5L
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...