"Saya mengaku saya dedak, saya macai kepada UMNO. Apa masalahnya? Jangan ditanya berapa saya dapat. Yang penting saya bukan munafik," katanya memetik laporan dari Sinar Harian Online.
Dalam laporan itu, Azwan juga menegaskan apa yang ceritanya kepada umum mengenai abangnya adalah benar.
"Saya memang kritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau tidak jujur, lagi-lagi dalam hal keluarga.
"Saya tak takut, saya cakap benda betul. Kerana dia, saya tak dapat apa-apa 'job'. Sedangkan sebelum ini saya bersama dia berkempen. Tapi apa yang saya dapat?
"Sebab itu saya sebak bila cerita kepada wartawan semasa sidang media sebelum ini," katanya.
Tambah Azwan, sikap abangnya itu membuatkan dia sudah tidak mampu berdiam diri lagi.
"Selama bersama dia (Azmin), apa kerja yang saya dapat? Semua media banned saya sebab saya bersama pembangkang. Sekarang saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau," katanya.
Cita2 nk bertanding tapi tak reti. Mana ada PARLIMEN Bukit Abgsa @azwant ... Hahahaha... lawak petang di #PAU 2017. @NajibRazak @AzminAli @ybz99 http://pic.twitter.com/pFjiAGECE1— DAYANG (@Dayang6478) December 8, 2017
Terdahulu, Azwan Ali memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkannya sebagai calon Barisan Nasional di 'Parlimen' Bukit Antarabangsa bagi menentang Azmin Ali.
Sementara itu, Azmin Ali mendakwa UMNO mempergunakan adiknya untuk menyerang dia.
from The Reporter http://ift.tt/2nKl0zT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AqyMO1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment