loading...

Monday, 4 December 2017

'Modify kereta sanggup habis beribu, tetapi soal belanja anak bini pula berkira' - Nasihat VP bank ini buat ramai lelaki insaf


Sanggup habis beribu ringgit semata-mata nak mengubahsuai kereta agar nampak cantik dan berbangga dengannya. Ada yang sampai sanggup ikat perut demi mencapai kehendak hobi mahal mereka. Dalam diam anak dan isteri pula memendam rasa kecewa. 

Bukan semua, namun kita perlu akui ramai yang berkira dengan anak dan isteri sendiri. Sedangkan anak dan isteri itulah yang akan menjaga kita bila kita sakit, mendoakan kita setiap hari bila sudah tiada. Semoga perkongsian dari Ahmad Shahir ini bermanfaat untuk kita semua.

ADA sahabat saya kongsikan. Saya edit sedikit untuk mudah dibaca semua. Saya sangat terasa dengan perkongsian beliau. Semoga bermanfaat. 

Orangnya sangat merendah diri. Datang bawa kereta Honda yang telah berusia 20 tahun. Ingat mat despatch mana. Rupanya Vice Preseiden Bank Muamalat. Malah kereta beliau pernah diclamp oleh Pengawal Keselamatan di HQ Bank Muamalat disebabkan salah faham. 

Nasihat beliau kepada kami. Jangan menilai kekayaan daripada jenis kereta yang dipakai, tetapi pengurusan kewangan. Pakai kereta lama, beli barang boleh dapat murah sampai RM5. Guna Mercedes 5 series kena bayar extra RM20. Ini pengalaman beliau semasa membeli durian. Hahaha!  

Beliau ada kereta Mercedes, tetapi Bank Muamalat yang bayar semua. Beliau tidak sanggup membeli kereta baru. Bukan kerana beliau kedekut, tetapi pengalaman beliau pernah tertunggak bayaran kereta lama selama dua bulan. 

"Saya bayar RM1,000 setiap bulan pada kereta. Tetapi saya bayar RM300 sebulan untuk keperluan anak. Darah daging sendiri. Ikat perut.
"Harijadi kereta, saya bayar roadtax dan insurans lebih dari RM1,000+. Tetapi harijadi anak dan isteri, saya sekadar memberi ucapan selamat sahaja. 

"Kenapa nak bermewah dengan kereta yang bakal menjadi besi buruk? Sedangkan bila kita sakit, anak bini yang jaga?" 


Insaf saya mendengar nasihat beliau itu. 

Memang benar apa yang dikatakan. Namun bukan semua seperti itu tetapi memang ada segelintir dari kalangan kita sanggup habis beribu riban mengubahsuai kereta, bayar insuran  kereta, repair kereta tetapi berkira bila nak keluarkan duit untuk isteri pergi ke klinik atau facial. Kadang-kadang belanja anak pun berkira. Sedangkan merekalah yang akan mendoakan kita nanti. 

Sumber: Ahmad Shahir


from The Reporter http://ift.tt/2iTyUOx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iOBk0V
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...