Pelakon Nur Fathia Latiff mendedahkan dia baru saja diserang seorang lelaki hari ini yang dipercayai geram dengan kenyataannya di Twitter.
Menurut Fathia, lelaki terbabit melakukan perbuatan tidak sewajarnya itu biarpun anak lelaki itu menyaksikan kejadian itu.
"I was just being attack by someone. Bald head. Selamat ada parang di belakang kereta. Guys, please be careful.
"(Dia) siap baling rantai and hit my shoulder! Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa (yang) dia ajar anak dia.
"I was being numbed sampai rasa traumatized. He even provoked my by saying 'jangan sampai peluru aku sampai kat kau'.
"I know his name but I don't want to mention it, one thing for sure. If you are a guy, act like ONE!" tulisnya.
Walau bagaimanapun, Fathia tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
Kebelakangan ini, Fathia dilihat kerap memuat naik kenyataan berbaur politik sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang mendakwa dia menyokong pembangkang. Kelantangannya itu juga mendapat perhatian beberapa pemimpin UMNO sehingga namanya dipetik beberapa kali dalam Persidangan Agung UMNO 2017.
from The Reporter http://ift.tt/2A9SMjG
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yRELJD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment