Azwan berkata, tidak salah sekiranya seseorang artis itu mahu bersuara, tetapi biarlah berpada-pada selain menilai diri dan pencapaian dalam industri seni.
"Dia siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.
"Saya bukan dengki dengan dia tetapi bukan masa dia nak bercakap. Dia budak baru sangat. Ke dia nak mencari populariti?" katanya memetik laporan dari portal mStar Online.
Dalam masa yang sama, Azwan turut menasihatkan Fathia yang digambarkannya masih berhingus itu memantapkan kerjaya lakonannya terlebih dahulu sebelum bersuara.
"Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik. Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru. Pergi buat Bigo Live lah bahagian dua," katanya menyindir Fathia.
Cita2 nk bertanding tapi tak reti. Mana ada PARLIMEN Bukit Abgsa @azwant ... Hahahaha... lawak petang di #PAU 2017. @NajibRazak @AzminAli @ybz99 http://pic.twitter.com/pFjiAGECE1— DAYANG (@Dayang6478) December 8, 2017
Terdahulu, Azwan Ali mengakui dia adalah dedak dan macai UMNO nombor satu dan meminta orang ramai tidak mempersoalkan berapa yang dia perolehi untuk bersama parti itu.
Azwan juga mendakwa dia beralih arah kepada UMNO kerana usahanya berkempen dengan abangnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, telah menyebabkan media memboikotnya sehingga dia sukar mencari pekerjaan.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter http://ift.tt/2kNjbkK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2kPw65D
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment