"Apa ni semua kotor? Macam mana nak kahwin ni?" demikian keluh netizen (lelaki) yang kesal melihat gambar-gambar rumah pelajar perempuan yang tidak dinyatakan lokasinya.
Difahamkan, tempat kediaman itu disediakan oleh pihak IPT. Pemeriksaan yang dilakukan secara mengejut mendapati, semua rumah yang dihuni para pelajarnya adalah kotor dan ada pelajar yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Oleh kerana yang demikian, pihak berkenaan memberikan amaran kepada para pelajar agar patuh pada peraturan. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak pengurusan akan menarik balik semua kemudahan yang diberikan selama ini.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, ada pelajar yang membawa dapur elektrik dan periuk nasi. Peti ais yang asalnya disediakan bagi tujuan menyimpan ubat-ubatan juga telah disalahgunakan dengan meletak barang makanan.
Keadaan bilik yang tidak kemas, meja bersepah, dinding penuh dengan kotoran dan kesan double tape, kerusi patah, kasut bersepah dan plastik sampah yang sudah penuh dan berulat juga diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Keadaan di bilik air yang penuh dengan kotor di dinding, sinki dan juga tandas membuatkan netizen rasa kembang tekak melihat keadaan itu. Sampah sarap juga dibuang dalam bilik air.
Lebih menjijikkan lagi, ada pelajar yang meletak pinggan mangkuk mereka di atas penutup tandas duduk.
Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana sikap menjaga kebersihan telah diajar sejak dari kecil lagi. Jika begini keadaannya, apa gunanya ada sijil di tangan tetapi gagal menitik-beratkan soal kebersihan yang juga akan diamalkan di tempat kerja kelak?
Berubahlah, jaga kebersihan, jangan hanya cantik penampilan namun rumah bersepah dan tunggang langgang bagai dilanda taufan.
from The Reporter http://ift.tt/2nmV9ha
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ifAiao
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment