loading...

Sunday, 10 December 2017

Budak berusia 6 tahun ini jana pendapatan RM45 juta setahun dari YouTube


Ibu bapa dan khususnya kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah pastinya mengenali kanak-kanak lelaki ini yang seringkali membuat review pelbagai jenis barang mainan di channel YouTube, Ryan ToysReview. Siapa sangka, kanak-kanak itu sebenarnya telah meraih pendapatan US$11 juta (RM44,918,126) setahun. 

Menurut laporan Forbes yang melaporkan pendapatan selebriti YouTube yang menjana hasil pendapatan yang tinggi melaporkan, channel YouTube Ryan ToysReview yang dikendalikan oleh keluarga Ryan telah menjana lebih kurang US$11 juta bagi tahun 2017.

The Verge yang pernah membuat liputan mengenai channel Ryan ToysReview dan ibu bapa kanak-kanak itu pula mendedahkan, hampir setiap hari mereka memuat naik video-video review baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015. 

Difahamkan, channel itu mula diwujudkan ketika Ryan berusia empat tahun, yang meminta video-video review barang mainan, bertanya kepada ibu bapanya mengapa tidak dia juga melakukan perkara yang sama untuk channel YouTube miliknya sendiri. 

Pada awalnya, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehingga Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan viral di media sosial. Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review 'Giant Egg Surprise' yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube. 


Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat review mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan. 

Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subsribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube.



from The Reporter http://ift.tt/2iNoaxr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2jocIMC
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...