Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah merampas sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dalam lima serbuan yang dijalankan di sekitar Johor Bahru, Khamis lalu, lapor Bernama.
Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, serbuan di lima buah kedai ubat-ubatan dan serbaneka itu merupakan hasil risikan dan pemantauan pengadu, iaitu pengeluar susu sebenar semenjak bulan Ogos lalu.
"Ia susulan aduan yang diterima berkaitan seorang bayi mengalami muntah-muntah teruk setelah mengggunakan susu ini yang kemudiannya didapti tiruan oleh pihak pengeluar produk ini," katanya.
Menurutnya, sebanyak tiga premis berkenaan didapati menjual susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan dianggarkan RM42,000.
"Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur dengan kotak susu asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 setiap pek," katanya.
Hasil siasatan mendapat, pemilik premis perniagaan yang berusia 50 tahun itu mendakwa dia tidak mengetahui susu rumusan bayi seberat 1.8 kilogram setiap kotak itu adalah tiruan.
Selain itu, invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.
"Justeru, pihak kami akan mempergiatkan lagi operasi di daerah lain bagi mengesan produk susu rumusan bayi tiruan dalam usaha mengenal pasti sumber pengeluar dan produk tiruan ini," katanya.
Selain itu, pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara kedua-duanya.
Semua barangan tersebut disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.
Bagi kesalahan membabitkan produk tiruan, denda sebanyak RM10,000 dikenakan bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan untuk kesalahan kali pertama.
Bagi kesalahan kali ke-2, denda RM20,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Khairul Anwar turut menasihatkan pengguna berhati-hati dalam membuat pembelian barangan di pasaran dan menghubungi cawangan KPDNKK berdekatan untuk mengetahui perbezaan produk susu tiruan dan tulen bagi jenama itu.
from The Reporter http://ift.tt/2jLaWSO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2C3CYAm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment