loading...

Thursday, 9 March 2017

Hukuman rotan di sekolah masih dibenarkan tetapi perlu melalui SOP - NUTP


KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang ibu menampar guru anaknya dipenjara 6 bulan selepas disabitkan bersalah, kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bimbang keputusan kes mahkamah itu akan merenggangkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah, lapor Free Malaysia Today

Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, walaupun perkara itu nampak kecil, tetapi bila sudah dijatuhkan hukuman menyebabkan ibu bapa akan menyokong ibu bapa. Hubungan ibu bapa dengan guru itu juga akan menjadi negatif. 

"Zaman dahulu ibu bapa memberikan kerjasama. Sekarang dia terlalu membela anak-anaknya. Kadang-kadang pelajar ada sesetengahnya yang hiperaktif dan macam-macam lagi perangai. 

"Kalau dia betul-betul sebagai ibu bapa, dia mesti menyokong guru dan bukan menyokong anaknya 100%. Bila dah rasa marah, jadi dia tamparlah guru itu. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku," katanya. 

Kamarozaman juga menasihatkan guru-guru di sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mendisiplinkan pelajar dan mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan yang tidak membenarkan beberapa jenis hukuman ke atas murid. 

"Menyentuh seperti mencubit adalah tidak dibenarkan oleh kementerian. Sebab itu ada guru yang pulas telinga itu dikenakan tindakan. 

"Hukuman merotan masih dibenarkan. Jadi guna undang-undang yang sedia ada. Biar pengetua ambil tindakan. Pengetua sahaja yang berkuasa di sekolah," katanya. 

Terdahulu, Tan Seow Yen, 35, didapati bersalah kerana menampar seorang guru wanita di sekolah rendah anaknya dalam kejadian 2 Februari 2015. Tan dipenjara selama 6 bulan dan denda RM2,000. - The Reporter

Artikel berkaitan: 


from The Reporter http://ift.tt/2n5hjUl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2n5wi0q
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...