loading...

Friday 3 March 2017

Dua Beradik Tidak Lagi Dapat Membantu Bapa Menjual Ayam Apabila… SEDIH !!!

Dua Beradik Tidak Lagi Dapat Membantu Bapa Menjual Ayam Apabila… SEDIH !!!| Dua beradik maut selepas dilanggar sebuah komuter berhampiran Stesen Kampung Jawa-Shah Alam, baru-baru ini. Mangsa, Sabiran Musa dan Nizam Riduan Musa masing-masing berusia 40 dan 36 tahun dipercayai cuba menyeberang landasan milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kilometer 29.51 dalam kejadian kira-kira pukul 6.21 petang itu.

Memetik laporan Bernama, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, kaki serta patah tangan setelah dilanggar kenderaan terbabit yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa sebelum itu dikatakan berjalan kaki untuk pergi ke sebuah kedai runcit yang terletak di seberang landasan komuter.

“Kedua-dua mangsa ini ialah adik beradik kandung dan bekerja membantu bapa mereka menjual ayam di Seksyen 16. Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak kira-kira 3 meter dari tempat mereka dilanggar.”

Shafien berkata, mayat kedua-dua mangsa itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam dan proses dibedah siasat akan dilakukan pada hari ini.

Malah, beliau menyatakan tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kes itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-Kakishare

The post Dua Beradik Tidak Lagi Dapat Membantu Bapa Menjual Ayam Apabila… SEDIH !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Kredit: 1citemalaya

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mXe3q5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...