loading...

Tuesday 7 March 2017

Cemas Di Tepi Highway ! Baru Kematian Ibu Mertuanya,Lelaki Ini Diuji Pula Apabila Isterinya Yang…

Cemas Di Tepi Highway ! Baru Kematian Ibu Mertuanya,Lelaki Ini Diuji Pula Apabila Isterinya Yang…| Alor Setar: Seorang suami cemas apabila isterinya sakit hendak bersalin ketika dia menunggu bantuan selepas tayar Proton Wira mereka pancit di tepi Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pendang, dekat sini, hari ini.

Mohd Akhbar Naim, 23, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah hari itu, dia dan isteri, Nor Hidayah Ahmad Tahir, 22, dalam perjalanan dari Sungai Petani menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menziarah jenazah ibunya yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Katanya, malangnya tayar kereta pancit menyebabkan dia terpaksa menunggu bantuan peronda PLUS. “Ketika menunggu bantuan tiba, isteri mengadu sakit hendak bersalin menyebabkan saya panik dan sekali lagi menghubungi pihak PLUS untuk meminta bantuan kerana bimbang dia bersalin dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian, jururawat dari klinik berhampiran bergegas ke lokasi dari arah Plaza Tol Alor Setar Selatan untuk memberi bantuan kepada isterinya. “Alhamdulillah isteri saya dibawa ke HSB dan selamat melahirkan bayi jam 4.30 petang tadi,” katanya.-HarianMetro

The post Cemas Di Tepi Highway ! Baru Kematian Ibu Mertuanya,Lelaki Ini Diuji Pula Apabila Isterinya Yang… appeared first on SIAKAP KELL.



Kredit: 1citemalaya

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mhW3t0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...