Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain, menyelar pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang didakwa tidak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga warga asing.
Disebabkan tiadanya tindakan penguatkuasaan, pelarian warga Rohingya yang dahulunya datang sekadar menumpang untuk sementara kini sudah berani berniaga secara haram berdekatan pasar borong Selayang sejak bertahun yang lalu.
"Apa yang kita kesalkan, mereka ini seolah menjadikan kawasan pasar borong ini sebagai lokasi asal, bebas berniaga di mana-mana sahaja di sini termasuk di kawasan parkir kereta dan simpang.
"Harus diingatkan bahawa etnik Rohingya ini datang ke Malaysia bukan sebagai pekerja, bukan peniaga tetapi mereka ini adalah pelarian," katanya.
Terdahulu, tular video Mohd Sophian yang menyelar pihak MPS kerana gagal menangani masalah tersebut, mengundang banyak perhatian netizen.
"Ini di Selayang, kawasan kerajaan di bawah pihak berkuasa tempatan (MPS). Tengok papan tanda dari MPS ini kata, 'Dilarang menjaja di kawasan tempat letak kereta'. Ini bukan menjaja, ini dia dah buat macam mak bapak dia punya negara!
"Dia boh peti ais, dia boh kedai makan, dia pasang khemah. Tetapi tiada tindakan! Kenapa tiada tindakan? Jalan dia block. Lebih memalukan, ada trak pihak penguatkuasa MPS, kenapa tak datang angkat? Sampai bila isu ini nak selesai?
Pasar Borong Selayang dah kena pulak. Harap settle lah. Depa ni tak boleh kerja, tak boleh berniaga, diaorang datang menumpang sementara tunggu dihantar ke negara ke tiga. Tapi UNCHR ni babi, letak terus takda tindakan. Datang sini siap buat kongsi gelap sendiri ugut org tempatan pic.twitter.com/t3qawmXSJa
— Dis (@Tfsgxy_) February 14, 2023
"Tadi saya tengok ada kereta polis. Kenapa polis tak ambil tindakan? Kalau tak ambil tindakan, saya akan pergi buat laporan di balai polis.
"Kalau orang Malaysia berniaga, hangpa (PBT) akan rampas dan angkat barang, tak sampai satu hari. Yang pemegang kad pelarian yang datangnya bukan untuk berniaga dan kerja. Mereka datang sekadar untuk menumpang sahaja.
"Ini negara kita. Kalau kita tidak berani bersuara, kita dayus!" tegasnya.
from The Reporter https://ift.tt/jkYOdPH
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/NeOpbuh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment