loading...

Wednesday, 22 February 2023

3 remaja rogol budak perempuan berusia 12 tahun di hotel Bahau, didakwa di mahkamah



Tiga remaja berusia 14, 16 dan 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Bahau hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian Januari lalu. 


Kesemua tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak. 


Mengikut pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu didakwa merogol mangsa di antara jam 3 pagi hingga 1 petang pada 29 Januari. 


Dua lagi tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama secara berkumpulan pada jam 11.30 malam, 28 Januari lalu.


Kesemua perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah hotel di Bahau. 


Tertuduh berusia 16 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala dua lagi tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. 


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Baharudin Bah Bam, manakala dua tertuduh diwakili peguam masing-masing Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk P. M Nagarajan. Manakala seorang lagi tertuduh tidak diwakili peguam. 


22 Mac depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/7DZnOpS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/0ClXpv4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...